Resepi Apam Coklat Kukus Yang Sedap dan Moist

Dengan Bismillah
As Salam dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah.Syukur ya Allah.Hai semua:) Kali ini saya menaip blog dari umah mertua den kat Muo, Johor. Hujan lebat sejak awal pagi.Lepas breakfast dan sidai baju, saya ambil kesempatan menaip blog ini sambil dikelilingi anak-anak yang sedang siapkan kerja sekolah.hehe. Bertabah jelah.Sempat lagi, ko bukak blog time balik kampung eh. Lagipun mak saya takde kat rumah, bolehlah isi masa terluang dan ambik kesempatan time internet tengah laju kot.muehehhe. Dasar menantu hantu ni.Eh..takpe kot, sebab internet kat umah mak Muo ni, Encik Suamiku yang sponsored. 

Orait, panjang pulak intro post kali ini.Sebenarnya, saya nak kongsi gambar dan resepi Apam coklat kukus yang moist dan confirm sedap beb!

 Amacam? Inilah apam coklat kukus yang berjaya di cuba oleh saya:)

 Apam ni sekejap je nak kukusnya pun, setakat nak buat bekal anak pi sekolah boleh sangat.

Apam Coklat Gebu ( klik link untuk lihat blog tuan punya resepi )
Dicuba oleh : Blogger Cik Matahariku

Resepi Apam Coklat Kukus Yang Sedap dan Moist
1 cawan tepung
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak masak (@ mentega cair)
1/2 cawan susu pekat
1 biji telur
2 sb serbuk coklat
1/2 sk baking soda
1/2 sk baking powder

Cara Penyediaannya :
Satukan semua bahan dan gaul rata. Oleskan acuan lompang dengan minyak. Tuangkan adunan dan kukus selama 10 - 15 minit dalam kukusan yg telah dididihkan airnya terlebih dahulu.

 Bila kita buat comel-comel macam ni, senang sikit nak ngap kan.hehhe.

Nampak tak ke"moist"annya apam coklat kukus ni kan. Sedap jugak kalau sempat kita sediakan buat minum petang sekeluarga.

 Selamat mencuba readers semua, jangan lupa share komen kat bawah kalau anda sudah cuba
resepi apam coklat kukus ni ya:)

Thanks for reading this entry guys!



Post a Comment

2 Comments

  1. Ada apa, hanya ingin memberitahu kamu aku menikmati poosting
    ini. Itu lucu. tetap posting!

    ReplyDelete
  2. aku bukan pembaca internet yang jujur tetapi web kamu memang keren keep it up!
    aku akan teruskan & bookmark web kamu untuk kembali lagi
    nanti seluruh yang terbaik

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!