Langkah Demi Langkah Buat Fruits Pastry Cake Oleh Ainie Syeema

As Salam,
Langkah Demi Langkah Buat Fruits Pastry Cake Oleh Ainie Syeema-Allhamdulillah, Allah bagi kesempatan yang baik untuk kita manfaatkan lebih banyak lagi hidup pada hari ini.Saat saya berkongsi resepi kek viral ini dengan sukatan cawan, saya mendapat views yang berganda-ganda banyaknya, walaupun baru beberapa jam saya share post tersebut dalam facebook, google plus dan blog saya sendiri.

Pastry Fruits Cake by Ainie Syeema

Nampaknya ramai kalangan pembaca alam maya yang begitu berminat untuk belajar dan mahu buat sendiri pastry fruits cake ni.Kali ini saya usahakan cara mudah step by step buat pastry cake yang telah dikongsikan oleh seorang Bakers iaitu Ainie Syeema dalam FB beliau.

Best kan jadi bakers ni.Tambah lagi kalau pekerjaan tu memang passion kita.Tak susah pun sebenarnya kalau nak buat bisnes bakeri ini di rumah.Kalau ada kalangan readers blog saya yang mahu tambah ilmu dan dapatkan tips untung berganda dengan buat bisnes bakeri di rumah, bolehlah tengok kat sini ya : Tips Untung Berganda Buat Bisnes Bakeri Di Rumah-

Tips Untung Berganda Buat Bisnes Bakeri Di Rumah-

Ainie Syeema

Langkah Demi Langkah Buat Pastry Fruits Cake Oleh Ainie Syeema

Bahan Bahan :
1. Butter 100 gram.
2. Gula Caster 160 gram
3. 3 biji Telur Ayam saiz A atau B saja. 
4. Tepung Gandum 210 gram 
5  Baking powder 1tsp. Diayak bersama tepung gandum.
6. Vanilla Flavor 1tsp. 
7. Lemon Zest / kulit orange 1tsp.
8. Sourcream / Greek Yogurt 100 gram
8. Buah buahan yang masam. 

Step By Step Menyediakan Pastry Fruits Cake Ainie Syeema

 Bahan-bahan membuat pastry fruits cake

 Step 1 : Pastikan butter berada dalam suhu bilik. Tapi bukan lembik. Dan bukan juga keras kejong. Yang sedang sedang saja 🎶. Pukul bersama dengan gula caster sehingga menjadi creamy.

Step 2 : Okay, cun dah. Adunan menjadi creamy, dan bertukar warna menjadi sedikit putih.

 Step 3 : Masukkan telur satu persatu. Sambung pukul perlahan lahan. Sampai telur hilang dari pandangan saja. Jangan over beat masa ni.

 Step 4 : Masukkan campuran bahan kering yang sudah diayak tadi. ( ayat buku resepi)

 Step 5 : Kau orang pun mesti hampir hampir terlupa pasal dua benda alah ni kan. Haha. Sepatutnya kena masuk masa selepas masuk telur tadi. Layan Tik Tok la ni sampai lupa.

 Step 6 : Terakhir sekali, masukkan Greek Yogurt atau Sourcream. Beli dah lama dah Yogurt ni tapi baru kesempatan nak buat. Expired date pun di saat hari kek ini dibuat. Haha.

 Step 7 : Ini adunan yang dah sebati serasi bersama. Wangi sungguh. Bau Vanilla, bau masam lemon zest, bau butter lagi.

Step 8 : Masukkan ke dalam loyang bersaiz 8inc yang telah diglis dan dilapik dengan parchment paper. Pastikan oven dah dipanaskan terlebih dahulu. Basic baking tu kan.

 Step 9 : Maka susun lah buah buahan mengikut kreativiti masing masing ya. Seeloknya cari buah yang masam masam dan tidak 'watery'. Tapi kalau nak rare, letak buah tembikai pun boleh.

Step 9 : Maka susun lah buah buahan mengikut kreativiti masing masing ya. Seeloknya cari buah yang masam masam dan tidak 'watery'. Tapi kalau nak rare, letak buah tembikai pun boleh.

 Cucuk dengan lidi / cake tester untuk pastikan kek dah betul masak. Nak cucuk dengan jari pun boleh kalau kebal. Sejukkan kejap baru diletakkan diatas papan.

Untuk dekorasi, boleh dust dengan snow powder atau icing sugar. Kalau nak buat jual, seeloknya guna snow powder, ianya tahan lama berbanding icing sugar. Tak larut dalam kek.

Terima kasih banyak-banyak kepada chef bakers  Ainie Syeema yang kongsikan step by step buat pastry fruits cake ini dalam facebook beliau.Semoga dengan perkongsian ini, Allah kurniakan ganjaran yang seluasnya dan kemurahan rezeki berganda buat beliau.aamiin.










Post a Comment

5 Comments

  1. ok.. nanti nak try... kita simpan dulu resepi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, saya pun simpan dalam blog sebab lain kali nak buat sendiri..:)

      Delete
  2. Hi, boleh bagi resepi ini dalam sukatan cawan. Sy teringin sangat nk buat Fruits Pastry Cake tapi kebanyakkan resepi dlm sukatan gram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi sis:) boleh tengok resepi fruit pastry cake dalam sukatan cawan kat sini ya :https://cikmatahariku.blogspot.com/2018/09/resepi-pastry-fruits-cake-viral-sukatan.html

      Delete
    2. Terima kasih puan.. 😍😍😍

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!