Resepi Cempedak Goreng Rangup Yang Paling Simple dan Mudah

As Salam,
Resepi Mudah Cempedak Goreng Rangup-Yay! Petang tadi sempat saya gorengkan cempedak yang kami bawa dari kampung di Muo.Mak Muo saya ni, kalau anak-anak balik kampung, time nak balik rumah kite orang, bekalannya memang macam-macam.Ibarat ko dok asrama, mak ko akan bawakkan bekal makanan satu beg besar kan.kihkih. 

Tambah lagi sekarang ni musim cempedak kan, naik sebu dan kembung perut akak dok melantak cempedak.Moh le kita main masak-masak buat cempedak goreng yang rangup dan mantap! ceh gitu sekali.

taraaa..inilah cempedak goreng yang dah selamat dikendurikan anak beranak saya petang tadi.

Janganlah marah kalau ko ada member yang tanya macam mana nak goreng cempedak ek? akak dulu pun sejenis yang macam tu.Nasib baik rajin belajar masak.Iyolahh.Tapi kalau ikutkan, memang ada je member-member kita termasuk yang dah jadi bini atau mak orang yang tak reti goreng cempedak tau.Itu belum lagi part cempedak goreng ko bogel je..( opss..terkasar bahasa pulok..) walaupun ko dah salut tepung bagai time menggorengnya kan.muehhehe.

Orait, tugas akak kali ni, nak kongsi dengan sesiapa yang dulu spesis macam akak jugak, tak reti nak goreng cempedak supaya tepung dia tersalut cantik kat ulas cempedak tu dan bonus kalau salut tepung yang ko goreng rangup pulak jadinya.Memang heavenlah.hamboii.

Memanglah rupa paras cempedak goreng ni tak semengah mana, tapi bagi akak cempedak goreng macam ni lah yang menjadi pujaan akk.mueheheh.

Resepi Mudah Cempedak Goreng Rangup
Sumber resepi : Blogger Cik Matahariku

Bahan-bahan Cempedak Goreng Rangup
Sebiji Cempedak yang saiz sederhana
2 cawan tepung gandum
satu cawan setengah air masak
secubit garam
1/3 sudu teh baking powder
Pewarna kuning/ serbuk kunyit secubit
Minyak untuk mengoreng yang secukupnya

Cempedak goreng rangup dengan resepi yang paling simple dan mudah.

cara mudah nak keluarkan ulas cempedak, ko guling-guling sekejap cempedak tu sebelum ko belah.Nanti ulas cempedak tu akan melekat kat batang /tangkai yang tengah tu,Senanglah kita nak keluarkan ulas cempedak tu nanti.

Cara Menyediakan Cempedak Goreng Rangup
  1. Keluarkan ulas cempedak dan masukkan dalam bekas yang sesuai. Kalau nak senang time ko nak keluarkan ulas cempedak tu, ko guling-gulingkan dulu cempedak, lepas tu bila ko belah cempedak tu, ulas cempedak tu akan melekat terus kat empulur ke entah apa nama tangkai yang kat tengah-tengah isi cempedak tu. Nanti senanglah sikit kerja ko nak keluarkan ulas cempedak tu.heh.
  2. Masukkan secubit garam, pewarna kuning atau secubit serbuk kunyit ( supaya warna cempedak goreng ko nampak lawalah sikit, baking powder dalam tepung.Gaul bagi sebati dulu.
  3. Kemudian bancuh tepung dengan air masak sedikit demi sedikit.Nak tahu bancuhan tepung ko dah okey ke belum, ko try jatuhkan bancuhan tu.Kalau bancuhan tepung tu jatuh elok, tak putus-putus, means dah okeylah tu.Means adunan perlu sedikit pekat.
  4. Bolehlah panaskan minyak dan masukkan ulas cempedak dalam bancuhan tepung.Kalau minyak dah panas boleh masukkan seketui-seketui ulas cempedak dalam kuali.
  5. Tips Bancuhan tepung untuk dapatkan cempedak goreng yang tersalut cantik ialah bancuhan tepung jangan cair sangat ya.Tu yang jadi cempedak ko terbogel.opsss.Nampak isi dari luar kan.
  6. Rahsia kerangupan cempedak goreng ialah campuran tepung dan baking powder tu.Minyak pun kena sederhana banyak, dan masukkan ulas cempedak seketui-seketui dalam minyak yang sudah panas.Barulah mantap cempedak goreng kita nanti.yeahh. 
  7. Kalau nak menikmati cempedak goreng yang sebenar, jangan makan time panas.Naya ko nanti.Sebab dalam ulas tu ada biji cempedak yang panas selepas kita goreng tadi.Sabar sikit.Tak kan lari cempedak goreng tu beb!
Nampak mantap dan rangup kan salutan tepung cempedak goreng akak..hihi.

Selamat mencuba semua, dan boleh kongsi kat komen kalau anda berjaya mencuba resepi ini ya:)

Post a Comment

4 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!