Resepi Kek Buah Kukus Homemade Tradisional

As Salam,
Resepi Kek Buah Kukus Homemade Tradisional-Seronoknya saya rasa bila jumpa resepi kek buah kukus yang saya tengok paling best dan sedap hasilnya.Tambah excited, bila empunya resepi beritahu dalam facebooknya bahawa resepi kek buah kukus yang dikongsinya itu adalah resepi warisan bondanya yang kini sudah berusia 76 tahun. wahh.

Kek Buah Kukus Homemade Tradisional
Kek kukus buah ini ada sejarahnya yang tersendiri dalam keluarga kak Has. Resepi asal ini mak kak Has belajar daripada emak kawan baiknya.
Hampir 50 tahun mak kak Has membuat kek kukus buah ini untuk dihidangkan kepada tetamu dan sebagai buah tangan terutamanya di Hari Raya.
Kini mak kak Has sudah pun berusia 76 tahun. Beliau ingin kak Has mewarisi minat dan kebolehan beliau membuat kek kukus buah ini. Beliau juga berhajat untuk berkongsi resepi ini dengan kalian semua.
 Puan Hasniza Hassan yang berkongsi resepi Kek Buah Kukus dalam fb.

Banyak sebab kenapa saya kongsikan resepi kek buah kukus ini dalam blog, antaranya saya memang penggemar kek buah kukus sejak kecil lagi.Mungkin saya banyak terikut-ikut dengan kesukaan mak saya yang ketika kecil saya, mak saya sering bawakan kek buah ini kalau pulag dari kenduri dari rumah jiran-jiran kami.haha.

Saya masih ingat rasa, tekstur dan kelembapan kek buah kukus homemade yang saya makan ketika itu, tapi sukar untuk saya dapat rasa tekstur yang sama pada masa kini.Jadi, bila jumpa resepi yang klasik macam ni, saya jadi jatuh cinta dan saya tahu betapa enak dan lembapnya kek buah kukus yang dikongsikan saudari Hasniza Hassan ini.Terima kasih kerana sudi berkongsi dengan kami semua resepi warisan keluarga:)

Resepi Kek Buah Kukus Homemade Tradisional

Resepi Kek Buah Kukus Homemade Versi Tradisional
Sumber Resepi : Hasniza Hassan (fb)
Bahan A.
600gm tepung gandum
4 sudu teh Cream of Tartars
2 sudu teh Bicarbonate of Soda
300gm Mixed Fruit
-gaul semua dan ketepikan-

Bahan B.
450gm planta margerin
225gm gula halus (biasanya mak kak Has akan kisar halus gula kasar)
5 biji telur ayam gred B/A
3 sudu teh esen vanila
-pukul sehingga ringan-

Bahan C.
225gm gula kasar/pasir digoreng ( disangai)

Cara Penyediaan Kek Buah Kukus Klasik Homemade
  1. Campurkan semua bahan-bahan A.Gaul supaya sebati dan ketepikan.
  2. Masukkan bahan B : Planta dan gula yang telah dikisar halus dalam bekas.
  3. Pukul hingga ringan.
  4. Masukkan telur satu persatu. Kacau perlahan-lahan.
  5. Masukkan esen vanila.
  6. Masukkan campuran A ke dalam adunan B.
  7. Gaul hingga sebati dan ketepikan seketika.
  8. Bahan C : Goreng gula kasar hingga mendidih dan berbuih-buih. JANGAN masukkan air.
  9. Sentiasa kacau semasa menggoreng. 
  10. Goreng gula mesti sampai berbuih-buih. JANGAN masukkan air. Apabila dah berbuih, tutup api dan cepat-cepat masukkan dalam adunan kek dan gaul rata. Sekiranya lambat, gula akan mengeras.
  11. Gaul rata gula yang digoreng dalam adunan.
  12. Masukkan adunan yang dah siap ke dalam loyang kek.
  13. Adunan ini perlu ditutup rapat. Walaupun dah ditutup dengan penutupnya, masih dibalut dengan aluminium foil dan ikat keliling dengan tali. Tujuannya supaya wap daripada kukusan tak masuk ke dalam kek.
  14. Sementara nak buat kek tadi, siapkan kukusan untuk mengukus kek. Didihkan air dalam 2/3 bekas kukusan.
  15. Masukkan kek dalam kukusan dan kukus selama lebih kurang 4 jam 15 minit.
  16. Setiap 45 minit, periksa air kukusan. Tambahkan dengan air mendidih ke paras 2/3 bekas. Jangan tambah guna air biasa. Selalu yang kami buat ialah didihkan air tambahan di sebelah kukusan.
Selamat mencuba readers semua:)


Post a Comment

0 Comments