Resepi Kek Marble Susu Moist Dengan Sukatan Cawan Oleh Azlina Ina

As Salam,
Resepi Kek Marble Susu Sukatan Cawan Oleh Azlina Ina- Kali ini saya mencuba pula kek Marble Susu dengan Sukatan Cawan yang telah dikongsikan oleh Azlina Ina.Kek Marble ni memang moist, sedap dan tidak jemu untuk kita ulang makan.AlHamdulillah.

Resepi kek marble tapi kejadiannya macam kek zebra pulak.Saya masih failed nak buat corak marble.Apapun yang penting kek ni memang sedap beb!

Resepi Kek Marble Susu Moist Sukatan Cawan
Sumber Resepi : Azlina Ina
Dicuba oleh : Blogger Cik Matahariku
Bahan-bahan:-
1 1/2 ketul butter (SCS)- Saya guna satu cawan Buttercup
3/4 cawan gula kastor
5 biji telur gred A
1 sudu (kecil) esen vanila
1/2 cawan susu pekat
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu (kecil) baking powder
3 sudu (besar) serbuk koko

Memang puas hati ikut resepi Azlina Ina. Step nak membuatnya pun mudah sahaja.Kalau korang suka makan kek klasik macam ni, bolehlah cuba buat sendiri kek marble susu ni kat rumah:)

Cara Menyediakan Kek Marble Moist Sukatan Cawan
  1. Masukkan Gula,butter,esen vanila ke dalam mixer atau bekas adunan dan putar dengan kelajuan tinggi selama 15-20 minit sampai gebu. 
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, akhir sekali putar 15 minit. 
  3. Kemudian masukkan susu dan putar sebati.
  4. Masukkan pula tepung sedikit-sedikit  sambil perlahankan mixer dan masukkan semua. Speedkan balik dan putar selama 3-4 minit.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian masukkan 3 sudu (besar) serbuk koko. 
  6. Masukkan dalam loyang berselang seli sampai habis. 
  7. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 C selama 15 minit pertama. 
  8. Turunkan suhu pada 150 C selama 45 minit. Bila masak terbalikkan atas redai kek dan buang baking paper, kemudian terbalikkan semula serta merta pada kedudukan asal.
Adunan asal yang belum saya campurkan dengan serbuk koko untuk hasilkan warna coklat

orait, yang ni saya dah bahagikan kepada dua adunan, jap lagi saya try buat dia selang seli pulak.

mula-mula saya letakkan warna asal adunan iaitu warna vanilla putih kekuningan

orait, dah siap letak warna selang-seli.Ending dia macam tak cantik pulak kan.huhaii.

dah siap.Sedia untuk dibakar dalam oven yang saya dah panaskan dengan suhu 180 darjah mulanya, bila nak masukkan kek ni, saya perlahankan suhu kepada 170 darjah dalam tempoh 45 minit.

Selepas 30 minit, kek marble saya dah semakin mengembang dan memenuhi ruang loyang kek:)

Alhamdulillah, menjadi dengan jayanya kek marble susu saya.Sedapnya dapat makan kek marble time panas-panas.pheww.

Kek Marble ni juga menjadi kesukaan anak-anak saya.Senang sikit lepas ni, kalau depa teringin nak kek bagai, saya buatkan je kek klasik ni.hahaha.

kalau minum petang dapat sekali jamah kek marble panas-panas ni memang nyamanlah!

Kek marble juga antara kek favourite customer yang paling laris mendapat tempahan dalam kalangan rakan-rakan saya yang buat perniagaan kek dari rumah sahaja. Kalau korang ada skill buat kek, cubalah buat bisnes dengan mulakan ambil tempahan buat kek yang mudah macam kek marble ni.
Kalau tak tahu cara nak mula berniaga kek dari rumah, boleh je daftar dan dapatkan panduan kat sini.
Daftar dan Dapatkan Panduan Berniaga kek dari rumah-InshaAllah dapat membantu korang yang berminat nak mulakan bisnes kek dari rumah.


Terima kasih singgah blog saya sebab nak cari Resepi Kek Marble Susu Sukatan Cawan Oleh Azlina Ina- Selamat mencuba semua readers:)

Post a Comment

10 Comments

  1. Assalamualaikum cik matahari.. Maaf sya nak tnya. 1 1/2 butter tu kalau ikut sukatan timbang bersamaan 345g kan..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumuslam puan, kalau rujuk pada jadual sukatan cawan ke gram, 1 cwn butter bersamaan 250g, 1/2 cwn bersamaan 125g, selamat mencuba puan:)

      Delete
  2. Assalamualaikum... terima kasih ats ilmu yg sgt berguna...saya akn cuba buat...utk keluarga dulu sblm ke gerbang jaya...saya doakn cikgu terus d beri kesihatan yg baik,maju & terus maju...doakn jg utk saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumuslm puan, terima kasih singgah blog ini, aamin untuk doanya..untuk puan sekeluarga juga, semoga semuanya dalam lindungan ALLAH.Aaamin.

      Delete
  3. Assalamualaikum.. nak tanya.. kalau kek nie dikukus boleh tak..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kukus sis:)saya pernah cuba mengukusnya dan kek tetap moist:)

      Delete
  4. Share resepi ye..tq.Semoga dimurahkan rezeki..Aamiin

    ReplyDelete
  5. cik Matahari, klau kukus brapa minit?

    ReplyDelete
  6. Berapa harga ya klu nak jual marble kek jelita yg saiz 8x8,Puan?

    ReplyDelete
  7. Maaf puan....utk resepi nie guna loyang saiz brp yer..?

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!