Resepi Fruits Pastry Cake Viral Sukatan Cawan Oleh Azlina Ina

As Salam,
Resepi Pastry Fruits Cake Sukatan Cawan Oleh Azlina Ina- Yess. Pertama kali saya jumpa resepi Pastry Fruits Cake dengan sukatan cawan. Katanya buat Pastry cake ni senang je.Saya belum nak cuba lagi, tapi ada hati nak buat sendiri kek ini suatu masa nanti.InshaAllah.

Ini rupa kejadian Pastry Fruits Cake Azlina Ina

Asalnya Azlina Ina kongsi resepi ini di instagram beliau sebab ramai followersnya yang minta dia kongsikan sukatan atau resepi Pastry Fruits Cake ni untuk jualan.Jadi tak payahlah depa ni buat banyak kali kalau order customer tu melambak kan.heheh.



Untunglah geng-geng yang pandai buat segala mak nenek kek ni kan, permintaan homemade cake ni semakin hari semakin tinggi.Tambah lagi kalau ada trend kek viral macam Pastry Fruits Cake ni, bertabahlah korang hari-hari customer order nak kek pastry tu jek.haha.

Kalau ada kalangan mak-mak atau adik-adik students yang pandai, berbakat dan memang ada kepakaran buat homemade cake ni, lagi bagus kalau korang buat bisnes ni dan mulakan dari rumah dulu.Jimat pun jimat.Bukan sikit kot. Kenapa saya cakap macam tu.? Sebab buat bisnes bakeri dari rumah ni sangat menguntungkan.Cuba baca tips dan panduan yang kat sini : Tips Untung Berganda Buat Bisnes Dari Rumah Sahaja-

Boleh klik sini untuk ke instagram Azlina Ina : Azlina_cute

Selepas saya stalk instagram Kak Azlina Ina, saya jumpa juga resepi pastry fruits cake ni dalam sukatan cawan versi untuk makan-makan sendiri kat rumah.Mesti korang pun suka kalau dapat cuba sendiri kek ni kat rumah kan.Kalau nak bagi puas hati, anak pulak berderet macam saya ni, memang harus belajar buat sendiri kek viral ni. 

kek ni nampak moist, dengan gabungan rasa seperti butter cake dan campuran buah yang masam manis.Mungkin sebab rasa inilah yang menjadi kegilaan ramai untuk mencuba dan menikmati kek ini.
Resepi Pastry fruit cakes Sukatan Cawan
Sumber Resepi : Instagram Azlina Ina ( azlina_cute)

Buah-Buahan Segar:
Boleh pilih mana-mana buah-buahan yang sesuai seperti strawberi, peach, blueberries dan buah-buah lain yang kurang juicy.Potong buah kecil-kecil dan nipis dan gaul dengan gula halus.

Bahan-Bahan
1/4 cawan susu segar
1sk cuka
1sk pes lemon / cordial sunquict 1sb (campur dan biar 5 minit)
125g butter
3 biji telur
1 setengah cawan gula ( nak kurangkan boleh )
2 suku cawan tepung gandum ( ayak )
1 sk baking powder

rupa kek pastry fruits yang belum ditabur dengan snow powder:)

Cara Penyediaan Pastry fruit cakes Sukatan Cawan
  1. Mix  butter dan gula smpai berkrim
  2. Masukkan campuran susu segar sedikit demi sedikit sampai habis.
  3. Kemudian,masukkan telur satu persatu sebanyak 3 biji
  4. Perlahankan mixer, kemudian masukkan tepung dan mix sekejap sahaja supaya sebati.
  5. Gaulkan buah-buahan segar dengan gula halus sedikit.
  6. Lapik baking paper atas loyang dan tuang adunan dalam loyang 8x8.
  7. Tabur atau susun buah-buahan segar tadi atas adunan.
  8. Panaskan oven dalam 5 minit terlebih dahulu.
  9. Bakar kek pada suhu 180 darjah dalam masa 45 hingga 50 minit.
  10. Tempoh masa 20 minit terakhir, buka oven dan tutup permukaan kek dengan aluminium foil atau loyang yang lebih besar untuk elakkan permukaan kek hangus ( sebab buah-buah manis cepat hangus ). Teruskan membakar kek sampai masak.
  11. Tabur snow powder atas kek bila kek sudah sejuk.
campuran mix fruits yang fresh menjadikan kek pastry ni dijual dengan harga yang boleh mencecah sehingga rm85 bagi satu kilogram. 


Resepi Pastry fruit cakes Untuk Jualan
Sumber Resepi : Instagram  Azlina Ina

Buah-Buahan Segar:
Boleh pilih mana-mana buah-buahan yang sesuai seperti strawberi, peach, blueberries dll.
potong buah kecil-kecil dan nipis dan gaul dengan gula halus.

Bahan-Bahan A
1/2 cawan susu segar
1sb cuka masakan
1sk pasted lemon 

Bahan-Bahan B
2 cawan 1/2 tepung gandum ( ayak )
2 cawan tepung self rising 
250g butter pure ( baru sedap ) kalau guna majerin atau butter cup kek akan rasa mcm kek butter biasa
2 cawan gula halus
1sk esen vanila
Telur 5 biji

Cara Penyediaan Pastry Fruits Cake Untuk Jualan
  1. Mix  butter dan gula smpai berkrim
  2. Masukkan campuran susu segar sedikit demi sedikit sampai habis.
  3. Kemudian,masukkan telur satu persatu sebanyak 5 biji
  4. Perlahankan mixer, kemudian masukkan tepung dan mix sekejap sahaja supaya sebati.
  5. Gaulkan buah-buahan segar dengan gula halus sedikit.
  6. Lapik baking paper atas loyang dan tuang adunan dalam loyang 8x8.
  7. Tabur atau susun buah-buahan segar tadi atas adunan.
  8. Panaskan oven dalam 5 minit terlebih dahulu.
  9. Bakar kek pada suhu 180 darjah dalam masa 45 hingga 50 minit.
  10. Tempoh masa 30 minit terakhir, buka oven dan tutup permukaan kek dengan aluminium foil atau loyang yang lebih besar untuk elakkan permukaan kek hangus ( sebab buah-buah manis cepat hangus ). Teruskan membakar kek sampai masak.
  11. Tabur snow powder atas kek bila kek sudah sejuk.
Bakery Azlina Ina yang terletak di Klang

Pastry Fruits Cake untuk jualan di kedai Azlina Ina.

Harapnya perkongsian Resepi Pastry Fruits Cake Sukatan Cawan Oleh Azlina Ina ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada para suri rumah atau sesiapa sahaja yang mahu membuat sendiri atau membuat jualan kek ini kepada pelanggan sedia ada.

Kalau anda mahu lihat sendiri, step by step cara sediakan pastry fruits cake ini, saya ada kongsikan cara bergambar langkah membuat kek viral ini di sini : Langkah Demi Langkah Buat Pastry Fruits Cake oleh Ainie Syeema-

Selamat mencuba, andai ada kekurangan dalam perkongsian resepi ini, mohon readers terus ke instagram Azlina Ina untuk dapat keterangan lebih lanjut akan pembuatan kek pastry viral ini.

Thanks for reading this entry:)

Post a Comment

0 Comments