Resepi Sedap Asam Pedas Ikan Talang

As Salam,
Resepi Sedap Asam Pedas Ikan Talang -Ikan Talang ni sebenarnya taklah selalu sangat saya masak di rumah.Adalah dalam dua tiga kali saya mencuba masak ikan talang tapi dengan resepi kari ikan talang dan ikan talang masak kicap.Cuma hujung minggu baru ni, saya mencuba pula masak asam pedas ikan talang.Alhamdulillah, rasanya memang sedap ( sebab saya masak ikut citarasa sendiri.hehhe).

Asam pedas ikan talang homemade by Blogger Cik Matahariku:)

Ikan Talang sangat sesuai kalau dimasak hidangan berkuah sebab tekstur ikan ini yang tidak mudah hancur bila dimasak cara berkuah.Jadi, saya cuba masak asam pedas style saya sendiri. Dulu-dulu pun saya tak reti masak asam pedas ni, walaupun nama je orang Johor yang terkenal dengan asam pedasnya,saya belajar dengan mak Muo saya cara masak asam pedas.

Jadi resepi yang saya kongsikan ini sebenarnya saya perolehi dengan bimbingan mak Muo saya.Kalau sebelum ini saya ada kongsikan dalam blog cara masak asam pedas ikan mayong, kali ini saya cuba buat sendiri asam pedas ikan talang:)

antara bahan yang perlu ada dalam asam pedas saya ialah daun kesom, kacang bendi, bunga kantan dan beberapa bahan lain yang akan menambah keenakan asam pedas tersebut.

Resepi Sedap Asam Pedas Ikan Talang 
Sumber resepi : Blogger Cik Matahariku
3 ekor ikan talang saiz sederhana ( potong kepada dua bahagian)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai dititik sahaja
satu gengam daun kesum
dua batang ( saiz kecil ) bunga kantan
10 biji bendi muda buang tangkai saiz kecil
satu sudu teh serbuk lada hitam
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 biji tomato
1/2 cawan cili kering blend ( kalau nak kuah pekat, kalau nak kuah cair, kurangkan cili bend)
minyak masak untuk menumis
2 sudu makan pes asam jawa Abadi / 3 keping asam keping
Garam dan Gula sebagai perasa
3 @4 cawan air

Cara Menyediakan Asam Pedas Ikan Talang Yang Sedap
  1. Cuci ikan sehingga bersih
  2. Blend atau tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit. Titik serai.
  3. Hiriskan satu biji bawang merah saiz sederhana.
  4. Masukkan minyak dan tumis hirisan bawang sehingga naik bau.Kemudian,masukkan bahan yang ditumbuk dan serai dalam kuali atau periuk. Masukkan juga serbuk lada hitam.
  5. Masukkan pula cili kering blend dan kacau perlahan.Biarkan sehingga mendidih dan sehingga naik minyak.Pastikan api perlahan sahaja. Masa ni dah boleh juga masukkan garam atau gula.
  6. Bila dah naik minyak, masukkan ikan.Biarkan sebentar supaya bahan yang diblend tadi sebati dengan ikan dulu.
  7. Masukkan 3 cawan air.Kalau nak kuah lebih, boleh tambah.
  8. Kalau kuah dah mendidih, boleh masukkan bendi, bunga kantan, tomato dan daun kesom.
  9. Biarkan sehingga bendi lembut, kemudian sedia untuk dihidang.


Resepi Sedap Asam Pedas Ikan Talang :)

Bila makan asam pedas ikan talang ni, part yang paling sedap ialah bila kita dapat hirup kuah dia dengan gabungan rasa masam, pedas dan sedikit manis:) Ada bau daun kesom dan bunga kantan.Memang mantap.Serai lebih takpe, jangan kurang:)

Resepi ini boleh juga digunakan untuk memasak apa sahaja jenis ikan, saya biasa masak asam pedas ikan kembung, ikan cermin, ikan mayong dan banyak lagi.Selamat mencuba semua:)




Post a Comment

0 Comments