Resepi Dan Cara Masak Kari Ikan Senangin Yang Menyelerakan

As Salam,
Resepi Dan Cara Masak Kari Ikan Senangin Yang Menyelerakan- Wahh.Terpaksalah terima hakikat ya readers blogku.Sejak cuti sekolah ni, saya asyik update blog dengan aktiviti masak-masak dan makan-makan.haha.Yup! kerjaya cikgu sorang ni dah berubah 360 darjah time cuti sekolah.Bertabahlah.Anyway, memasak juga salah satu cara hilangkan kebosanan dan mencari ketenangan bukann.iyolahhh.

Kari ikan senangin, fresh dari dapur Cik Matahariku:)

Kalau ikut ceritanya, ikan senangin ni saya beli dari seorang teman di sekolah.Kebetulan suaminya baru pulang dari menjala, dan saya dan Encik Suami memang suka makan ikan fresh dari laut.yeahh.Sebenarnya saya dah beli sejak minggu sebelum cuti sekolah lagi.Tapi asyik lupa nak ambik sebab tinggal kat fridge geng Office.huhu.

Jadi, bila dah ambik , teruslah saya balas dendam masak ikan tu.Sebenarnya tak pernah masak ikan senangin pun.Sambil saya bersihkan ikan kat dapur, sambil mintak anak google resepi, ikan senangin ni sedap masak apa? Depa bagitahu, masak kari mama.Kalau gitu, kita usahakanlah ya.

Inilah rupa ikan senangin yang belum dibersihkan lagi.Baru lepas keluar fridge.Berat ikan ni sekitar 1 kilo setengah, saya beli dengan harga rm37.

Masa ni dok  teringat kat Encik Suami yang dah kat office.Selalunya dia yang tolong siang dan bersihkan ikan atau ayam kalau balik dari pasar.huwaaa,siapa nak tolong den ni ha.Bertabahlah weii.

Orait, walaupun baru kali pertama masak ikan senangin, tapi ini bukanlah kali pertama saya masak kari ikan, jadi basic masak kari ikan tu dah ada.Marilah kita masak bersama-sama ya:)

Resepi Kari Ikan Senangin
Sumber resepi : Blogger Cik Matahariku
Bahan-bahan
Ikan senangin  saiz sederhana ( saya potong saiz kecil dan masak dalam 9 bahagian)
5 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup/ serbuk kunyit satu sudu teh
( semua bahan diatas ditumbuk kecuali ikan / blend kasar)

5 sudu makan kari babas
2 sudu makan cili kering blend
2 keping asam keping
2 ulas bawang merah untuk dihiris
satu gengam daun kari
Bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga ( 1 set)
satu kotak santan kara/ harmoni
Air yang secukupnya
Minyak yang secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakan Kari Ikan Senangin yang menyelerakan
  1. Tumbuk bahan yang disebutkan diatas.
  2. Panaskan minyak yang secukupnya dalam kuali/ periuk.
  3. Masukkan bawang merah yang dihiris, bunga lawang and the gang dan daun kari.Biarkan sekejap sehingga naik bau.
  4. Masukkan pula bahan-bahan yang ditumbuk/ blend kasar.
  5. Masukkan cili kering blend, serbuk kari dan air dalam setengah cawan.
  6. Kacau bahan diatas sehingga sebati dan biarkan sehingga terbit minyak.Biarkan api kecil sahaja.
  7. Masukkan ikan senangin dan biarkan sekejap.Masukkan satu cawan air diikuti santan kotak.
  8. Masukkan juga asam keping.
  9. Biarkan sehingga mendidih dan tutup api bila rasa kari ikan dan secukup rasa.
Antara tips masak kari supaya sedap ialah pastikan time kita masak tu, kita biarkan bahan-bahan yang ditumis bersama serbuk kari tu sehingga terbit minyak dengan api yang perlahan.InshaAllah, kari yang korang masak memang sedap macam kari mamak beb:)

bila kari ko dah terbit minyak, marilah kita masukkan ikan senangin yang dah selamat di"kerjakan"oleh blogger mama ni.kiki.

Kacau perlahan bagi sebati dengan bahan-bahan masakan kita tadi.Masa ni kita jangan terus masukkan air atau santan, biar dulu depa berkenal-kenalan antara satu sama lain.Ceh gitu.

orait, agak-agak dalam 2-3 minit, kita dah boleh masukkan air dalam kuali.kacau perlahan lagi.biar air mendidih jap, baru kita masukkan santan.Kalau masa ni nak masukkan santan cair pun dah boleh.Tapi saya guna santan kotak je, jadi saya masukkan last sekali nanti. Satu lagi tips kalau masak ikan ialah, bila mata ikan dah macam tersembul keluar tu, means ikan dah masak.Kalau ko tak masak kepala ikan, ko tekan sikit isi ikan dengan sudip, kalau dia terbenam, means ikan ko dah masak le tu.

orait, masa ni kita dah masukkan santan.Biarkan sehingga mendidih tapi jangan risau, bila kita guna santan kotak, kuah kari kita jarang nak jadi santan tu sampai berketul-ketul.Ini antara sebab saya suka guna santan kotak dalam masakan:)

Alhamdulillah.Siap akhirnya kari ikan senangin kita.InshaAllah, sedap hingga bertambah-tambah nasi:) Makan pulak dengan sambal belacan dan sayur kobis goreng.perghh.


Terima kasih kepada anda yang selalu mengikuti entri masakan saya.Semoga memudahkan dan membantu korang yang baru belajar masak kari ikan.Resepi ini boleh digunakan juga untuk memasak pelbagai jenis ikan yang disukai:)

Keep reading this blog and thank you:)

Post a Comment

6 Comments

  1. Cantik kejadian ikan senangin masak kari tu... selalu nampak senangin di pasar, tapi tak terfikir nak masak apa. Nanti kalau beli senangin, bolehlah try resepi Cik Matahariku. Tq for sharing darling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak, malu pulak chef Amie nak tiru resepi kite..kikih..:) thanks coming this blog kak:)

      Delete
  2. Saya tertanya, yang dah kita tumbuk tu masuk time bila? Sebab lepas panas minyak kita masukkan hirisan bawang merah dan tiga sekawan dan daun kari tu mmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis, thanks komen kat blog ini.Maaf saya tertinggal step yang masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tu, saya dah edit dan update selepas terima komen sis.Terima kasih kerana prihatin, bangga saya ada readers yang macam sis..:) Orang lain pun akan dapat kebaikannya..aamin.

      Delete
  3. Terima kasih atas resepinya,sy dah cuba sedap..kari mcm nie sy suka..semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurah rezeki..Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama puan, terima kasih juga mencuba resepi di blog ini :)

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!