As Salam,
Resepi Mudah Kek Minyak Susu Azlina Ina Dengan Sukatan Cawan-Masuk tahun 2019, belum pernah lagi saya buat kek.Kali ini saya nak cuba buat kek minyak versi Azlina Ina.Mesti korang dah pernah tengok kek gebus gebas minyak susu air tangan bakers yang dah selim melim tu kan?heheh.
Harapnya cobaan kek minyak dengan resepi baru ini menjadi dengan jayanya.Time taip post ni, kek minyak susu saya sedang dibakar dalam oven.Kek minyak susu ni boleh dikukus dan juga dibakar.Saya pilih untuk buat versi bakar.Jom kita tengok resepinya dulu:)
rupa kek minyak susu sebelum dibakar:) saya guna pewarna hijau epal, merah dan warna asal adunan.Warna hijau epal tu kurang menyerlah pulak kan, tak nampak sangat warna hijaunya.
Resepi Mudah Kek Minyak Susu Azlina Ina Dengan Sukatan Cawan
Sumber resepi : Azlina Ina
Dicuba oleh : Blogger Cik Matahariku
Bahan-bahan
3 biji telur
1 sk esen vanilla
1/2 cawan gula halus
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
3-4 sudu besar susu tepung
1/2 cawan susu pekat
1/4 cawan butter yang dicairkan
1/4 minyak masak
tambah 1 sk baking soda ( jika dikukus)
kek minyak susu yang saya buat dah siap:) rasanya dah sedap dan moist.Cuma warnanya sahaja tak semengah mana.haha.
Mulakan perniagaan bakeri anda dari rumah dengan modal yang sangat rendah dan untung yang lumayan:)
Mulakan perniagaan bakeri anda dari rumah dengan modal yang sangat rendah dan untung yang lumayan:)
Cara menyediakan Kek Minyak Susu Azlina Ina Dengan Sukatan Cawan
- Ayak tepung, baking powder dan susu tepung
- Satukan telur, esen vanilla dan gula.Mix hingga gebu.
- Masukkan susu pekat dan mixkan.
- Masukkan pula butter cair dan minyak masak dan mixkan.
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit
- Bahagikan warna kepada beberapa adunan.
- Isikan adunan selang seli ke dalam loyang
- Panaskan oven, bakar dalam suhu 170 darjah, guna api atas bawah ( boleh ikut kepanasan oven masing-masing ).Tempoh membakar dalam 45 minit atau sehingga masak.
kek minyak ni memang sedap makan time panas-panas.
hirisan kek minyak susu untuk hidangan anak-anak dan encik Suami.
rupa kek minyak sebaik dikeluarkan dari oven.Frust sikit sebab tengok rupa tak macam yang saya inginkan.Tapi kek berkembang dengan baik, moist dan sedap:)
Kek minyak susu versi Azlina Ina:)
sebelum dibakar, warna kek bukan main cantik.kihkih.
Alhamdulillah, syukur dapat peluang belajar dan cuba buat sendiri kek minyak susu.
kalau korang nak cuba buat kek ni, cubalah buat.Bila dah petang-petang, makin sedap pulak kek minyak ni.Tak jemu dimakan tau:)
Thanks for reading this entry, harap dapat dimanfaatkan oleh readers semua.Sampai jumpa lagi.
3 Comments
lama tak buat kek minyakk.. paling mudah nak buatnyaa.. nampak gebuu
ReplyDeletebetul tu, kek minyak lebih sedap dikukus sebenarnya kan..:)
DeleteTak pernah try tpi lepas tgok kek marble versi kukus terus buat hehehe selalu dgr kek kena bakar, kalini kene kukus ... 😊 #sayadahcuba
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!