Resepi Cranberrries Oats Cookies Sukatan Cawan Yang Sedap dan Crunchy

As Salam
Resepi Oats & Cranberries Cookies Sukatan Cawan-Nak kata jakun, bolehlah jugak.haha.Kebetulan ada rakan guru kat sekolah yang tolong jirannya menjual cookies edisi pra raya.Nampak tak tu.Kita orang kalau kat sekolah, tak kira nak raya sekalipun, memanjang ada je cookies kalau teringin. Kali pertama saya beli dan try Cranberries Oats Cookies ni.Masya Allah.Sedapnya beb!Bab crunchy cookies ni memang ohsem.


 Inilah rupa Cranberries Oats Cookies yang saya beli dengan cikgu kat sekolah saya:)
Selain rangup, cookies ni siap ada topping kacang gajus dengan coklat cair lagi..

Encik Husband jenis laki yang tak minat cookies sangat, tapi first time dia rasa Cranberries ni, dia terus kata, sedapnya cookies ni..:)

Masa beli kali pertama, tak sempat nak snap gambar, masing-masing dah ngap dulu.Tak puas hati, saya order lagi sebekas Cranberries Oat ni kat member yang jual cookies tu kat sekolah. Kali ini saya memang siap-siap ambik pic sebab nak korang tengok betapa marvellous nya Cranberries Cookies ni.Memang recomendded kalau korang nak buat time dekat raya nanti.Crunchy betul!!.

Ini rupa Cranberries Oats Cookies yang saya kongsikan resepinya di bawah.

Beli pulak sebalang je.Rasa menyesal sebab terpaksa berebut dengan anak-anak yang juga suka dengan cranberries cookies.Petang-petang kat rumah sambil bukak blog, sanggup saya google merata tempat cari resepi Cranberries Oats Cookies.Finally! yay..dah jumpa.Kalau korang pun suka cookies ni, jomlah kita buat sendiri secara berjemaah.

Ini pula pic cranberries oats cookies ehsan Google. Nampak beza bentuk cookies yang ini dengan yang diatas kerana penyediaanya.Cookies di atas menggunakan scoop ice cream untuk membentuk cookies, sementara pic kedua menggunakan tangan je dan bulat-bulatkan sendiri.

Bolehlah hidang time tetamu datang berkunjung ke rumah kita nanti.Lagi satu dengan bahan yang mudah, tekstur yang rangup-inilah antara pilihan cookies raya yang saya nak try buat sendiri.Boleh buat kudap-kudap pun sodap ni.

Resepi Cranberrries Oats Cookies Crunchy Sukatan Cawan
Sumber Resepi : Hazila Blogspot 
Disalin semula oleh : Blogger Cik Matahariku

Bahan - Bahan
  1. 2/3 cawan unsalted butter
  2. 2/3 cawan brown sugar 
  3. 2 biji telur bersaiz besar 
  4. 1 1/2 cawan tepung gandum 
  5. 1 1/2 cawan oats 
  6. 1 cawan dried cranberries 
  7. 1 sudu teh baking powder 
  8. 1/2 sudu teh garam 
  9. 1/2 cawan white chocholate chip - saya gantikan dengan chocholate chipp biasa 
 Kalau korang berkenan dengan cookies yang saya order ni, bolehlah buat ikut resepi yang saya dah kongsi, cuma topping atas tu sebenarnya ikut kesukaan masing-masing ya:)

Antara cookies pilihan yang confirm sedap menjelang perayaan:)

Cara Menyediakan Cranberrries Oats Cookies Crunchy Sukatan Cawan
  1. Putar butter dengan gula hingga gebu, masukkan telur dan kacau sebati. 
  2. Ayak tepung gandum dengan baking powder. 
  3. Masukkan ke dalam adunan telur tadi. Masukkan juga oats,dried cranberries dan choc chips.
  4. Gaul sebati.
  5. Panaskan oven pada suhu 160C, lapik dulang pembakar dengan kertas baking.
  6. Gunakan sudu atau ice cream scoop, sudukan di atas dulang. Bakar selama 12-15 minit atau sehingga keperangan.
  7. Sejukkan sebelum masukkan ke dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba semua:)


Post a Comment

0 Comments