Tart Nenas Cheese Sukatan Cawan Resepi Viral Azlina Ina

As Salam,
Tart Nenas Cheese Resepi Viral Azlina Ina-Dah lama saya follow seorang Cikgu Baker dan Cookies yang sorang ni.Dari zaman dia aktif kongsi resepi percuma dalam Facebook hinggalah beliau punya instagram sendiri.Memang betul.Kebanyakan resepi yang dikongsikan menjadi bila dicuba oleh pengikutnya dan paling penting sedap-sedap belaka.

tart nenas cheese azlina ina
Tart Nenas Cheese sukatan Cawan Resepi Viral Azlina Ina

Daya tarikan Cikgu sorang ni bukan sahaja kerana kepakarannya membuat pelbagai kek viral dan cookies yang sedap, sense of humor yang dimilikinya turut membuat pengikut-pengikutnya sering terhibur apabila membaca status-statusnya di instagram atau facebook.Bagi saya secara peribadi, itulah yang membuat saya tidak jemu untuk selalu mengikuti perkembangan cikgu bakers ini. Namanya juga sudah menjadi brand yang terkenal.Siapa yang tidak kenal Azlina Ina. Kann?

Pengasas dan Pemilik Bakery yang terkenal dengan Kek 
dan cookies yang Viral Saudari Azlina Ina

Azlina Ina sudah mula mencari pekerja  part time di Kilang Bakerynya yang kedua:)
Berkat berkongsi resepi dan tidak kedekut dalam berkongsi tips membuat kek dan cookies kepada pengikutnya di media sosial.

Kali ini, sekali lagi saya mahu kongsikan Resepi Tart Nenas Cheese Viral yang pernah beliau kongsikan dalam facebooknya di SINI.Bagi sesiapa yang berminat untuk buat jualan atau untuk hidangan kuih pada hari raya, bolehlah ikut resepi ini.Gigih saya kumpul dan taip semula resepi ini supaya mudah untuk diri saya ikut resepi ini pada lain kali jika mahu membuatnya:)

Tart Nenas Cheese Sukatan Cawan Resepi Viral Azlina Ina
Sumber Resepi : Facebook Azlina Ina
Disalin oleh : Blogger Cik Matahariku

Bahan-Bahan Doh
500 gram atau 2 cawan butter
3 sudu susu pekat
3 sb gula halus
2 sudu minyak sapi Ghee
1 biji telur gred A atau 2 biji gred b (ambil telur kuning sahaja)
Esen vanilla
Pewarna kuning lemon
125g cream cheese tatura
4 cawan tepung gandum
1 sudu tepung kastard

Bahan Inti
Jem nenas yang secukupnya.Kalau beli yang ready made, kalau rasa masam, masak balik tambah gula sikit.

Bahan Sapuan Tart nenas
2 biji kuning telur
Keju parut secukupnya

Cara Menyediakan Tart Nenas Cheese sukatan Cawan Resepi Viral Azlina Ina
Langkah Demi Langkah Dengan Gambar


Campurkan 500g butter, 3 sudu susu pekat dan 3 sb gula halus, 2 sudu minyak sapi Ghee
1 biji Telur gred A, kalau guna telur gred B guna 2 biji.Ambil kuningnya sahaja ya.Masukkan sekali esen vanilla dan pewarna kuning lemon.Kacau semua bahan sehingga rata. 


Campurkan sekali dengan 125g cream cheese tatura yg lembut
gaul pakai tangan pon boleh nak pakai senduk boleh, sukati kau lah😂

 Tart cheese ada perbezaan bahan daripada tart biasa.Untuk elak tart nenas kita jadi terlalu rapuh, tengok penggunaan bahan betul-betul. Masukkan 4 cwn tepung gandum (standby lg 1/2 cawan jika adunan sedikit lembut. Ina guna cawan minum kopi je ye..korg boleh gune mana-mana cawan tapi kene add on sikit-sikit dalam adunan 1 sudu tepung kastad.Gaul guna tangan sampai jadi doh yang cantik.

resepi tart nenas cheese paling sedap
 ok lepas tu bentuk kan lah tart nenas ikut kesukaan masing-asing ya.Kalau nak buat yang buat gebus macam dalam pic. letak jem kat tengah-tengah tart. Bahagian luar, sapu kuning telur yang dah dicampur dgn pewarna kuning lemon.Resepi yang ini tak payah campur susu segar sebab nak parut cheddar atas dia.Panas kan oven dan bakar suhu 170 dalam masa 25 minit atau bergantung suhu oven masing-masing.

Ini rupa tart nenas cheese yang dibuat dalam bentuk bulat atau bebola tart nenas cheese:)

Kalau nak gulung macam biasa pun boleh.Ini rupa tart nenas cheese Azlina yang sedang viral menjelang bulan puasa dan raya pada tahun 2019. Beliau telah membuka kilang bakery kedua bagi menampung permintaan tart nenas cheese yang viral ini.

Harga jualan bermula daripada 25 biji ialah RM23.90 bagi diva,Kalau tak Diva, jual RM20 pun dah dapat untung:)


Ini pula balang tart nenas cheese original Azlina Ina.Tengok kegebusan dan inti yang padat pun rasa dah teringin nak cuba sekarang jugak kan..:)Yang ini dijual 27 to 30 pieces RM29.90-

Tart Nenas Cheese Sukatan Adunan Untuk Jualan
Bahan A : Penyediaan Doh Tart Nenas
Tepung gandum 10cawan +-(ikut cawan masing2 dan keselesaan doh yg korg nak tekan nanti, Jadi tuang sikit-sikit ) biasa cawan cikgu 1 cawan 100g
4sb tepung jagung
5sb tepung kastard
5sb tepung susu
Bahan B
500g butter premium( kalau nak gune butter cup terpulang cikgu tuk jualan guna premium butter) cth scs atau tatura salt/ unsalt tambah sikit garam kat tepung
250g cream cheese tatura
8 sb susu pekat
4 sb minyak sapi Ghee
3 biji kuning telur
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna kuning

tart nenas cheese sukatan cawan yangsedap
Bagi saya sebagai peminat tart nenas cheese yang tegar, tart yang sedap seharusnya sedikit rapuh, cair dalam mulut dan bila kita gigit tart tu, terasa lemak masin tart bersatu dengan manis dan masam jem nenas.pheww.ngences!haha.

Cara Menyediakan
  1. Kacau sebati bahan B di atas dgn senduk pun boleh.Kemudian masukkan dulu 3 cawan tepung gandum, 2 sb tepung custard,di ikuti 2 sb tepung jagung.Kacau kan dulu bagi sekata.
  2. Tuang baki semua jenis-jenis tepung yang tinggal dan tuang tepung gandum tadi sedikit demi sedikit.Sambil menguli kalau rasa lembut sangat boleh tambah tepung gandum lagi.
  3. Sediakan jem nenas yang sudah digentel-gentel.
  4. Masukkan sikit adunan doh ke dalam acuan tart tekan nipis
  5. Letak jem gulung kan
  6. Bawah tray sapu butter dan letakkan tart yg dah korg bentuk kan tadi
  7. Sapu tart dengan kuning telur dan sedikit susu segar dan sedikit pewarna kuning.
  8. Parutkan cheddar atas tart.
  9. Panaskan oven 170 dalam masa 5 minit kemudian masukkan tart dan bakar suhu 160 masa 25 minit tgk oven korg jugak la ye, kalau nmpk permukaan tart dah gold means masak
  10. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dahulu, kemudian baru susun dalam balang.
Boleh juga dapatkan Resepi Tart Nenas Gulung Original air tangan Azlina Ina di bawah ini :

Alhamdulillah, selamat mencuba.Semoga usaha saya menyimpan resepi ini dalam blog menjadi manfaat dan kemudahan buat semua readers supaya dapat memahami dengan lebih jelas cara membuat tart nenas cheese Azlina Ina.aamiin.



Post a Comment

8 Comments

  1. nak raya ni tart nenas la paling laku... adeh terbayang dah ni cair di mulut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. no wonder cookies ni menjadi-jadi harganya kan.haha.Tambah lagi kalau ada cheese, memang kena belajar buat sendiri kalau ahli keluarga ramai.

      Delete
  2. tart nenas ni feveret kita!!! sedapnyaaa!

    ReplyDelete
  3. Saya tak berapa minat tart nenas. Tapi suami syka. Jadi kena belajar juga buat sendiri. 😅

    ReplyDelete
  4. As...sis, nk tny, tart cheese tu, minyk sapi & susu pekat guna sudu makan @ sudu kecil?

    ReplyDelete
  5. Maaf nk tny.. Balang plstik untuk tart nenas tu size apa ya..?

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!