Berbuka Puasa Dengan Puding Sagu Gula Melaka Yang Lembut, Sedap dan Sejuk di Tekak

As Salam
Berbuka Puasa Dengan Puding Sagu Gula Melaka Yang Lembut, Sedap dan Sejuk di Tekak- Alhamdulillah, Iftar Hari ke-11 Ramadhan, saya sempat buat Puding Sagu Gula Melaka.Ini pun sebab teringin nak buat sendiri.Kalau buat sendiri, kita buat banyak dan boleh simpan dalam fridge.Bila-bila teringin, benda tu dah ada dalam fridge.Tinggal ngap je.Best kan?hehe.

Berbuka Puasa Dengan Puding Sagu Gula Melaka Yang Lembut, Sedap dan Sejuk di Tekak

Sehari sebelum ini, saya ada beli dua bekas puding sagu Melaka ni di Bazaar Ramadhan, rasanya sedap dan secukup manis.Cuma sagunya kurang lembut.Bila ada peluang buat sendiri, saya boleh buat sagu tu lembut macam yang saya suka.yay!

Memang gigih buat puding sagu ni, sampai saya buat dua colour,Nak nampak lebih menarik supaya anak-anak pun suka nak makan puding sagu ni.Bapak apatah lagi kann.heheh.

Resepi Puding Sagu Melaka Sukatan Cawan Yang Sedap, Mudah dan Lembut di Tekak
Sumber Resepi : iresepi
Resepi berjaya dicuba oleh : Cik Matahariku
Bahan-Bahan:
Bahan untuk sagu:
1 1/2 cawan sagu
1 liter air ( jika perlu tambah air, tambah sedikit demi sedikit semasa merebus buah sagu)
Bahan untuk kuah santan:
2 1/2 cawan santan (dari 1/2 biji kelapa)
1 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan, carik dan simpul
Jika tak suka santan, boleh gantikan dengan susu cair.
Bahan untuk sirap gula melaka:
1 ketul besar gula melaka
3 sudu besar gula merah serbuk Thai
2 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan, carik dan simpul

Nampak tak kembang semacam biji sagu yang saya sediakan.Rasanya sangat lembut dan betul-betul ikut taste saya.Alhamdulillah:) 

Puding sagu ini turut menjadi kegemaran Encik Suami dan anak-anak.

Cara Penyediaan Puding Sagu Yang Sedap
  1. Rendamkan biji sagu bersama air selama 1/2 jam. Anggaran air sehingga tenggelam dua ruas jari.
  2. Rebus sagu di atas api perlahan sehingga hilang putih di tengah-tengah biji. Jika air kurang tambahkan sedikit supaya sagu masak dengan sempurna. Cara lain nak tahu sagu dah masak, ia bertukar menjadi jernih.
  3. Tuang sagu di atas penapis dan bilas dengan air mengalir supaya kanjinya keluar.
  4. Toskan dan masukkan pewarna kesukaan anda. Kacau sekata. Sudukan sagu ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti ais selama 30 minit. Sagu akan terbentuk dan kental apabila sejuk.
  5. Keluarkan dari acuan dan hidang bersama kuah santan dan sirap gula melaka.

Cara untuk Penyediaan kuah santan Puding Sagu Melaka
  1. Masak santan bersama daun pandan, tepung beras dan garam di atas api perlahan.
  2. Kacau sekata supaya santan tidak berketul. Apabila kuah sudah mendidih dan pekat, angkat dan sejukkan.

Cara untuk Penyediaan sirap gula melaka:
  1. Masukkan air di dalam periuk bersama gula melaka, gula merah Thai, gula pasir dan daun pandan.
  2. Masak sehingga sirap mendidih pekat dan ketulan gula hilang. Kacau sebati.
  3. Tapis dan sejukkan.
 Kalau dapat satu cawan puding sagu melaka yang sejuk, buka puasa rasa lebih complete kann.haha.

Selamat mencuba readers semua:)
Puding Sagu Gula Melaka yang lembut, sedap dan sejuk di tekak.


Tips Penyediaan Puding Sagu Yang Sedap:
Kuah santan: Kuah santan haruslah sedikit pekat dan masin. Tidak terlalu masin tetapi cukup untuk mengimbangi rasa manis dari sirap gula melaka.
Sirap gula melaka: Tambahkan gula merah Thai kerana rasanya yang sedap dan warnanya yang pekat kehitaman. Bila dimasak bersama gula melaka, warna yang terhasil sangat cantik dan rasanya sangat sedap

Saya pula tidak menggunakan santan time saya sediakan puding sagu gula melaka.Saya gantikan dengan susu cair ( tak kisah jenama apa). Orait semua, selamat mencuba ya!


Post a Comment

0 Comments