As Salam,
Bersahur Dengan Ikan Patin Tempoyak Asli Temerloh Dan Nasi Putih Panas - Amacam? Dapat tak korang bayangkan, enaknya kalau bersahur dengan Nasi Panas dan Kuah Ikan Patin yang segar, berlemak dan masam pedas rasanya?hehe.Janganlah marah na.Saya saja nak bikin panas.haha. Ini sebenarnya menu sahur kami sekeluarga beberapa hari lepas.
Bersahur Dengan Ikan Patin Tempoyak Asli Temerloh Dan Nasi Putih Panas - Amacam? Dapat tak korang bayangkan, enaknya kalau bersahur dengan Nasi Panas dan Kuah Ikan Patin yang segar, berlemak dan masam pedas rasanya?hehe.Janganlah marah na.Saya saja nak bikin panas.haha. Ini sebenarnya menu sahur kami sekeluarga beberapa hari lepas.
Bersahur Dengan Menu Ikan Patin Tempoyak Asli Temerloh Dan Nasi Putih Panas
Korang mesti sangka tak sempat kan kalau nak masak pepagi subuh sapiee dengan menu ikan patin tempoyak bagai.Sebenarnya masak menu macam ni lah yang paling senang dan cepat, sebab korang tinggal campak-campak je semua bahan.hehe.Tapi dengan syarat korang dah prepare semua bahan nak masak dalam fridge ya.
Macam saya pula, untuk hidangan sahur, saya biasa masak atau sediakan selepas solat sunat terawih.Bangun pagi untuk sahur, saya tinggal panaskan je lauk ni.Orait, saya dah pernah kongsikan resepi masak ikan patin tempoyak asli dalam blog sebelum ni, korang boleh tengok kat sini ya :
Ikan patin ni memang akan mengeluarkan lemaknya apabila kita masak, jadi jangan tersalah sangka bila buat hidangan patin tempoyak asli ini dengan letak minyak masak pula ya. Kuah ikan patin tempoyak asli ini menjadi lebih sedap dengan gabungan tempoyak dan bahan-bahan lain.
Resepi Masak Ikan Patin Tempoyak Asli Yang Sedap
Sumber Resepi : Blog Azie Kitchen
Resepi di cuba oleh : Cik Matahariku
Resepi ini juga saya olah sukatan mengikut saiz hidangan saya.
Bahan bahan:
1 ekor patin saiz sederhana ( saya masak 8 potongan ikan patin saiz sederhana)
2 senduk tempoyak
4 - 5 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
segengam cili padi hijau dan merah ( kalau suka pedas lebih, boleh tambah)
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum
3 keping asam keping ( kalau suka masam boleh letak)
Sedikit garam
Time memasak ikan patin tempoyak ni, jangan pulak korang kacau kuah atau ikan patin ni beriya sangat.Ikan patin ni kalau dah di masak, isinya mudah hancur sebab lembut.Jadi cara kacau ikan patin dalam kuali atau periuk ialah dengan cedok atau ambil kuah, kemudian siram atas ikan perlahan-perlahan.
Cara cara Menyediakan Ikan Patin Tempoyak Asli Yang Sedap
- Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak.
- Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.
- Masukkan air sekitar 4 -5 cawan, ke dalam kuali atau periuk.
- Masukkan pula bahan yang ditumbuk tadi ke dalam kuali diikuti dengan asam keping.
- Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.
- Setelah menggelegak, masukkan daun kesum dan ikan.Masak dalam 4-5 minit sahaja dan bolehlah tutup api.
Selamat mencuba ikan patin tempoyak asli temerloh untuk menu bersahur korang:)
Tips dan Cara Masak Ikan Patin Tempoyak Asli Yang Sedap
- Kalau ikut tips orang jati Temerloh, masakan ikan patin tempoyak yang sebenar tidak menggunakan bawang merah atau putih, hanya guna cili hidup, kunyit dan daun kesum.
- Jika suka akan kuah ikan patin tempoyak yang pekat, masak kuahnya dahulu, kemudian barulah dimasukkan ikan.
- Ikan patin ni jenis ikan sungai.Jadi dah sah-sah bau hanyir ikan ni agak kuat.Jadi, semasa kita cuci ikan patin ni, boleh gunakan tepung gandum.Atau boleh juga guna perahan limau atau perahan air asam jawa. atau rendam dengan asam keping.
- Dalam ikan patin ada satu urat sebesar benang berwarna putih,orang kampung panggil urat hanyir.Apabila urat tu ditarik keluar hanyir akan hilang isi ikan patin bertambah lemak.Urat ni terletak di tengah-tengah isi ikan.
- Pastikan kuah tempoyak sudah mendidih barulah dimasukkan ikan patin ke dalamnya supaya ikan tak hancur
- Kalau hendak masukkan timun lebih baik dimasukkan terlebih dahulu dan dibiarkan ianya agak lembut sebelum dimasukkan ikan. Elakkan mengacau selepas ikan dimasukan. ini bagi memastikan isi ikan tidak hancur.
- Lebih sedap jika menggunakan tempoyak yang fresh.Tempoyak yang menyebabkan kuah ikan patin menjadi terlebih masam atau kurang sedap.
- Berdasarkan pengalaman sendiri, bahan masakan seperti cili hidup, kunyit hidup dan tempoyak hendaklah ditumbuk supaya lebih enak dan sebati berbanding diblend.
Thanks reading this entry! Semoga Allah berkati semua usaha-usaha kita dalam meraih kemuliaan dan keberkatan Bulan Ramadhan.aamin.
1 Comments
masak lemak letak daun kesum memang membangkitkan selera!
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!