Thursday, December 20, 2018

Tips dan Cara Masak Ikan Patin Tempoyak Asli Supaya Lebih Sedap

As Salam,
Tips dan Cara Masak Ikan Patin Tempoyak Asli Yang Sedap- Kali ini saya nak kongsikan cara saya masak ikan patin tempoyak yang macam orang Temerloh suka makan tu.heheh.Bukanlah resepi saya sendiri.Saya ambil resepi ni dari Blog Kak Azie.Memandangkan inilah kali pertama cubaan saya untuk masak ikan patin tempoyak, jadi besarlah harapan saya agar Encik Suami menyukai air tangan saya ni.cehwah.:)-

ikan patin masak tempoyak blog cik matahariku
Alhamdulillah, done masak ikan patin tempoyak asli Temerloh.Syukur juga sebab anak-anak pun menyukai ikan patin masak tempoyak ni.Lepas ni boleh ulang masak dan jadi salah satu masakan kegemaran keluarga.

gambar masakan ikan patin masak  tempoyak
Patutlah ikan patin tempoyak ni menjadi kegemaran ramai orang, bukan sahaja orang Pahang, den yang orang Muo ni pun dah jatuh cinta dengan keenakan ikan patin tempoyak.Sampaikan anak-anak saya kata lebih sedap dari asam pedas.Sabo jelah.

Pertama Kali Cuba Masak Ikan Patin Tempoyak
Kalau ikutkan yang sebenarnya, saya tak pernah lagi masak ikan patin.Masa Encik Suami bagitahu dia beli ikan patin, saya terus excited nak masak ikan patin tempoyak.Favourite kami kot.Tapi sayangnya, takde tempoyak pulak kat dapur saya.Jadi, saya masak asam pedas ikan patin terlebih dahulu.Esoknya, balik kerja, Encik Suami belikan tempoyak, sekali dengan kunyit hidup dan daun kesum.Yay!! saya dah boleh cuba masak ikan patin tempoyak:)

Resepi Masak Ikan Patin Tempoyak Asli Yang Sedap
Sumber Resepi : Blog Azie Kitchen
Resepi di cuba oleh : Blogger Cik Matahariku
Resepi ini juga saya olah sukatan mengikut saiz hidangan saya.
Bahan bahan:
1 ekor patin saiz sederhana ( saya masak 8 potongan ikan patin saiz sederhana)
2 senduk tempoyak
4 - 5 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
segengam cili padi hijau dan merah ( kalau suka pedas lebih, boleh tambah)
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum
3 keping asam keping ( kalau suka masam boleh letak)
Sedikit garam

Cara cara Menyediakan Ikan Patin Tempoyak Asli Yang Sedap
  1. Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak. 
  2. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.
  3. Masukkan air sekitar 4 -5 cawan, ke dalam kuali atau periuk.
  4. Masukkan pula bahan yang ditumbuk tadi ke dalam kuali diikuti dengan asam keping.
  5. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.
  6. Setelah menggelegak, masukkan daun kesum dan ikan.Masak dalam 4-5 minit sahaja dan bolehlah tutup api. 
bahan utama masak ikan patin asli
Bahan utama yang digunakan untuk masak ikan patin tempoyak.Pertama kali saya masak tanpa guna bawang merah dan putih, tapi hasilnya sedap yang teramat:)

resepi ikan patin tempoyak asli temerloh blog cik matahariku
Ikan patin dan bahan yang akan saya gunakan untuk masak ikan patin tempoyak. Ada resepi yang guna bunga kantan atau serai, tapi saya hanya guna ikut resepi asal iaitu daun kesum sahaja.

resepi cik matahariku ikan patin tempoyak asli
Ikan patin dan pes tempoyak yang dah ditumbuk dengan kunyit hidup dan cili hidup.Jap lagi kita mula operasi masak ikan patin tempoyak ya!

Langkah pertama lepas ko tumbuk bagai cili hidup dan kunyit dengan tempoyak, masukkan terus dalam kuali yang sedia dah dimasukkan air dalam 4-5 cawan.Ikut kesesuaian masing-masing.Api biar perlahan je masak ni.Nak bagi cili masak betul, kalau tidak, ada orang sakit perut pulak karang.hehe.

mudahnya masak ikan patin tempoyak
 Bila kuah tempoyak dah mendidih atau mengelegak, ko bolehlah masukkan daun makcik kesum dalam tu.Kacau perlahan.Den dah excited time ni.Debor pun ada sebab jap lagi nak masukkan si Patin tu pulak.Nervous sebab tengok orang masak kat youtube macam senang, bila sendiri buat, ehh..rupanya memang senanglah!haha.kerek pulaks.

langkah demi langkah masak ikan patin tempoyak
Yayy!! ikan patin dah selamat  mendarat dalam kuali den. Kita tunggu dalam lima minit dan nanti ko boleh tengok hasilnya ya.Lumayan ke idak.kihkih.

ikan patin masak tempoyak resepi paling sedap
AlHamdulillah.Berjaya akhirnya masak ikan patin tempoyak.Time masak ni Encik Suami belum balik dari Office lagi, harapnya memenuhi taste Encik Suamiku nanti. 

Part paling heaven dengan ikan patin tempoyak ni ialah bila ko dapat hirup kuah tempoyak patin ni.MasyaAllah.Sedapnya weii.Siapa yang tak suka tempoyak atau tak makan ikan patin, korang patut cuba sekali untuk seumur hidup tau.Thanks kepada mereka yang kongsi petua dan resepi untuk masak ikan patin tempoyak ni.Allah jua yang dapat membalas kebaikan ini dengan sesuatu yang lebih baik kepada kalian.aamin.

Tips dan Cara Masak Ikan Patin Tempoyak Asli Yang Sedap
  1. Kalau ikut tips orang jati  Temerloh, masakan ikan patin tempoyak yang sebenar tidak menggunakan bawang merah atau putih, hanya guna cili hidup, kunyit dan daun kesum.
  2. Jika suka akan kuah ikan patin tempoyak yang pekat, masak kuahnya dahulu, kemudian barulah dimasukkan ikan.
  3. Ikan patin ni jenis ikan sungai.Jadi dah sah-sah bau hanyir ikan ni agak kuat.Jadi, semasa kita cuci ikan patin ni, boleh gunakan tepung gandum.Atau boleh juga guna perahan limau atau perahan air asam jawa. atau rendam dengan asam keping.
  4. Dalam ikan patin ada satu urat sebesar benang berwarna putih,orang kampung panggil urat hanyir.Apabila urat tu ditarik keluar hanyir akan hilang isi ikan patin bertambah lemak.Urat ni terletak di tengah-tengah isi ikan.
  5. Pastikan kuah tempoyak sudah mendidih barulah dimasukkan ikan patin ke dalamnya supaya ikan tak hancur
  6. Kalau hendak masukkan timun lebih baik dimasukkan terlebih dahulu dan dibiarkan ianya agak lembut sebelum dimasukkan ikan. Elakkan mengacau selepas ikan dimasukan. ini bagi memastikan isi ikan tidak hancur.
  7. Lebih sedap jika menggunakan tempoyak yang fresh.Tempoyak yang menyebabkan kuah ikan patin menjadi terlebih masam atau kurang sedap.
  8. Berdasarkan pengalaman sendiri, bahan masakan seperti cili hidup, kunyit hidup dan tempoyak hendaklah ditumbuk supaya lebih enak dan sebati berbanding diblend.
cara mudah dan ringkas masak ikan patin tempoyak asli temerloh
Kalau dah dapat makan ikan patin tempoyak ni, ko dah tak payah cari sayur atau menu lain.Cukup nasi panas dengan patin tempoyak ni, memang dah feel.Dah complete:)-

Sumber tips masakan ikan patin diperolehi dari komen pembaca di Blog Azie Kitchen dan saya rumuskan di sini. Semoga dapat beri lebih banyak kemudahan kepada pembaca yang baru pertama kali mahu mencuba masak Ikan Patin Tempoyak Asli.Saya sudah mencubanya, anda bila lagi:)

Selain masakan ikan patin, anak-anak saya juga mengemari masakan ikan siakap tiga rasa. Alhamdulillah, resepi yang saya ikut ini memang menjadikan ikan siakap tiga rasa lebih sedap, seolah-olah kita makan ikan siakap masakan restoran. Kalau korang suka ikan siakap tiga rasa, bolehlah cuba resepinya di sini : Ikan siakap Tiga rasa yang sedap macam di restoran:)


RANDOM POST :

3 comments:

  1. salam.. menarik utk dicuba.. takyah nk gi jauh dh utk mkn patin tempoyak lps ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, patin tempoyak ni mudah je resepinya.Kena cuba sendiri,then boleh masak ikut selera sama ada nak buat dengan kuah yang pekat atau sebaliknya:)

      Delete

Sila kongsi Komen anda disini dan terima kasih atas kesudian singgah membaca post dalam blog ini- Semoga ada manfaatnya kepada anda semua:)

Loading...