Cara Mudah Step By Step Buat Kerepek Pisang Yang Sedap dan Rangup

As Salam,
Cara Mudah Buat Kerepek PisangYang Sedap dan Rangup- Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat menziarah kedua ibu bapa mertua di Muo, Johor pada cuti hujung minggu yang panjang ini. Memang tercapai hajat kami anak beranak nak berbuka dengan menu best yang hanya dapat di Johor.Kononnyalah kan.Dia punya sedap tu lain macam.haha.

Cara Mudah Buat Kerepek Pisang Nangka Yang Sedap dan Rangup

Awal-awal anak-anak dan mak anak dah request nak singgah bazaar ramadhan di Bukit Gambir, Muar yang dekat dengan umah mak dan pak mertua.Tak lain tak bukan sebab nak beli murtabak daging dan ayam, air kathira dan juga roti john.Macamlah kat PD nu takde jual benda tu semua.kihkih.

Lagi satu, balik kampung kali ini juga sempatlah saya tolong mak mertua atau Mak Muo saya buat kerepek pisang nangka yang tersangatlah rangup dan sedap dengan rasa lemak masinnya.Waduhh, di goreng dengan campuran air dan bawang putih tumbuk pulak tu.Memang terbaik tips mak Muo saya buat kerepek pisang ni.

Buat kerepek pisang ni taklah susah mana, asalkan korang rajin sikit dan sabar, sekejap je korang boleh siapkan kerepek pisang ni.

Kali ini saya nak kongsikan dalam blog pulak cara mudah Mak Muo saya goreng kerepek pisang.homemade lagi tau:) Asalnya nak buat kerepek pisang tanduk, tapi korang faham jelah.Harga pasaran pisang tanduk yang mahal bebenor time-time dekat nak raya ni.Okey, jom saya kongsi gambar cara mudah goreng kerepek pisang rangup.yeahh!

Langkah bergambar Buat Kerepek Pisang Yang Rangup

First sekali, korang mestilah dah siap tebang pokok pisang atau beli pisang yang dah matang tapi belum sampai tahap nak masak.Lebih kurang warna kulit pisang macam pic pisang nangka akak ni. Satu tandan penuh macam ni, Mak Muo beli dalam RM45 hinggit.Mahal pulak akak rasa.huhu.

lepas tu, pakat-pakatlah anak beranak kupas atau kopek kulit pisang ni.Kalau nak warna kerepek pisang yang kuning cantik, ko kena kopek bersih kulit pisang ni.Kalau tidak, kerepek akan jadi sedikit hitam sebab kulit pisang yang tak dibuang habis.

Then, kita sagat pisang tadi dengan cermat dan berhati-hati ya.Tajam tau pisau sagat ni.Den pun tak confident nak sagat laju-laju. Sagat dalam dua dulang kecil ni dapat penuh, kira okeylah.Kalau ko sagat banyak-banyak, nanti dia melekat dan susah nak asingkan untuk digoreng.Dah jadi kerepek ko tak lawo sebab dia melekat-lekat macam kembor siam pulaks.kihkih.

Inilah hasil sagatan Mak Muo saya.Sangat kemas dan cantik kan, hehe.Masa ni ko dah boleh siapkan bahan sampingan nak bagi kerepek pisang kita rangup.Ko ambik bawang putih dalam 5 ulas gitu, ko tumbukkan  dengan garam, kemudian campurkan dalam  setengah cawan air.Tujuannya nak bagi kerepek tu ada rasa masin dan lebih rangup.

Orait, part paling penting bila ko nak goreng kerepek pisang ni ialah ko kena pastikan minyak penuh satu kuali, api besar dulu, dah siap satu kali atau dua kali gorengan barulah buat api sederhana.Tapi tengok jugak jenis kuali ya.Kalau kuali cepat panas, buat api sederhana je.Selamat dunia akhirat.Lepas dah masukkan kepingan pisang ni dalam kuali, ko bolehlah masukkan dalam satu sudu penuh air garam campur bawang putih yang ko tumbuk tadi dalam kuali.kacau perlahan nak bagi air garam tadi rata sahaja. Masukkan air garam ni setiap dua kali gorengan.Pahe dok kawe ghoyak ni.adehh. 

Alhamdulillah, ini lah hasilnya:) kerepek pisang nan rangup idaman kalbu. Warna kuning ni original tau.Tak payah letak pewarna bagai. 

Selamat mencuba semua:) Thanks reading this post dan selamat berpuasa hari ke-15-Semoga Allah beri lebih banyak peluang dan kesempatan mengerjakan amal kebaikan sepanjang Ramadhan ini dan pada bulan-bulan seterusnya.aamiin.



Post a Comment

23 Comments

  1. oh menariknya..baru tau kegunaan bawang putih dan garam untuk rangupkan kerepek pisang tu..maceh cik matahariku!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis, garam tu untuk bagi kerepek kita ada rasa lemak masin, bawang putih pula untuk kerangupan kerepek, inshaAllah sedap:)

      Delete
    2. Salam cik matahari. Nak ty
      .masa letak air dlm kuali tu x meletup2 ke?

      Delete
    3. salam sis, time letak air garam dalam kuali tu tak meletup-letup pun, sebab dalam kuali tu dah ada kepingan kepek pisang, kalau minyak kosong mungkin meletup2..

      Delete
  2. saya mohon halal ilmu ya puan .. lama saya cari rasa kerepek mcm puan ajar ni .. terima kasih sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih singgah blog ni, saya niatkan ilmu yang dikongsi ini, ganjarannya untuk Mak Muo saya ( mak mertua) sebab saya belajar darinya:)

      Delete
  3. cik matahariku..."Pahe dok kawe ghoyak ni"mung ore kelate ko
    apa apa pon 10qvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. den orang jawa johor, dok kat nogori pasir berdengung..hihi

      Delete
  4. Garam sebanyak mana nak letak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masukkan garam anggaran satu sudu teh atau setengah sudu makan, inshaALLAH.

      Delete
  5. Terima kasih, dok search nak buat kerepek pisang yang sedap, hehehe..musim pkp, ada rezeki dapat stock pisang boleh buat cod kerepek pisang utk raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama, alhamdulillah, semoga dimurahkan rezeki puan dan dipermudahkan urusan:)

      Delete
  6. Terima kasih kerana murah hati share ilmu ni, semoga sentiasa d murahkan rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamin, terima kasih ats doanya, yang lebih baik untuk puan sekeluarga.aamin.

      Delete
  7. salam cik...pisang sy beli ni masih muda sgt@x mmatang lg..try goreng..jd hitam bhgn tengah..dan x kuning laa..ada 4 tandan ni..bg tips ..tq

    ReplyDelete
  8. Makan bulan puasa pun best ni☺️

    ReplyDelete
  9. Saya buat cara macam tu.btl mmg sedap

    ReplyDelete
  10. dah sagat pisang tu,air garam & bawang putih tu gaul sekali dgn pisang sagat td ker?

    ReplyDelete
  11. Terima Kasih sis.ats ilmunya.. boleh try ni..

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!