Cara Mudah Buat Sambal Goreng Jawa Asli ( Johor ) Yang Simple dan Sedap

As Salam,
Cara Mudah Buat Sambal Goreng Jawa Asli Yang Simple dan Sedap-Yeahh.Akhirnya impian anak jawa yang seorang ni terkabul jugak sempena penghujung Syaaban ini.heh.Kemain.Sebenarnya dah lama saya nak kongsi cara family saya buat dan masak Sambal Goreng Jawa yang menjadi signature kebanyakan wong Jowo bila musim buat kenduri kesyukuran atau majlis tertentu.

gambar sambal goreng jawa sedap
Sambal Goreng Jawa Asli Yang Lebih Sedap Dan Original:)

Tambah lagi, sambal goreng yang saya nak kongsi ini mestilah ada sedikit kelainananya sebab bila jawa Muo dan Jawa Kota Tinggi bergabung, masing-masing nak menangkan mak dia punya cara dan resepi kann.kihkih.Apapun, saya dan Encik Suami finally setuju yang sambal goreng jawa air tangan kami ini confirm sedap gitu.ceh.Jangan ambik hati na.This is our recipe right.Omputih pulak tiba-tiba.haha.

bahan-bahan sambal goreng jawa Cik Matahariku
Resepi Sambal Goreng Kami memang simple habis sebab biasanya dalam masyarakat Jawa, sambal goreng ini akan dimakan bersama nasi ambeng dan beberapa extra lauk lain.Jadi, kalau korang nak belajar buat sambal goreng yang basic, inilah bahan dan caranya.InshaAllah sedap dan tidak mengecewakan:)



Resepi Sambal Jawa Goreng Asli ( Johor ) Yang Simple dan Sedap
Sumber Asal Resepi : Mak Cik Matahariku & Mak Encik Suamiku
Sumber Olahan Resepi  : Cik Matahariku & Encik Suamiku
Saiz Hidangan  : 5 -10 orang dewasa
Bahan-Bahan
3 keping Tempe-dihiris nipis dan digoreng
4 keping tauhu-dihiris dan digoreng
8 batang kacang panjang-dihiris
5 biji kentang saiz sederhana-dihiris nipis dan digoreng
3 tangkai cili hijau/ merah-dihiris
2 packet soo hoon- direndam
1 packet tauhu kering /fucuk-digunting saic 3-4 cm dan direndam
10 tangkai cili kering- digunting nipis
satu gengam ikan bilis-digoreng
satu ulas bawang sederhana besar -dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris

Bahan-Bahan Kisar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
satu gengam ikan bilis
satu inci lengkuas
satu batang serai
5 sudu makan cili kering yang sudah diblend

Bahan-Bahan lain
satu sudu makan asam jawa extra Adabi/ perahan air asam jawa
Setengah kotak santan Kara / dibancuh dengan setengah cawan air
Garam dan gula secukupnya
Kicap lemak manis Jalen sukatan lebih kurang satu cawan-
Minyak masak yang secukupnya

cara mudah buat sambal goreng
Bahan-bahan diatas kecuali kacang panjang dan cili hijau, kalau nak sedap, tak payah goreng garing sangat.Dia sedap kalau rasanya lembut sedang elok digigit.Terutamnya tauhu dan tempe tu, kalau dapat yang garing sangat, nanti jadi liat dan buat sambal goreng hilang keenaknnya.Sejuk hati tengok hasil air tangan Encik Suamiku.Bab kupas kentang sampai hiris tempe bagai tu semua kerja dia.Goreng pun dia.I tukang masak je.I is Chef today.lalala. 

sambal goreng jawa johor
Ini pula tauhu kering dan Soo hoon yang kena rendam dulu dan bahan kisar. Hirisan bawang merah dan putih tu tujuannya supaya minyak bahan tumisan akan jadi lebih sedap dan overall akan buat sambal goreng lebih mantap rasanya.This is basic dalam mana-mana masakan yang kena tumis.Ceh gitu.

Cara Menyediakan Sambal Goreng Jawa Asli Yang Sedap
  1. Sediakan semua bahan-bahan yang perlu dihiris dan digoreng.
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Masukkan hirisan bawang merah dan bawang putih.Goreng sehingga naik bau.
  4. Masukkan bahan-bahan yang dikisar.Biarkan seketika dan kacau bagi rata.
  5. Masukkan pula cili kering blend, perahan air asam jawa dan perasakan dengan gula dan garam ( letak garam dalam secubit dulu,sebab kicap akan buat sambal goreng automatik cukup lemak masinnya.Kacau sehingga sebati dan biarkan mendidih sekejap.
  6. Masukkan hirisan kacang panjang dan cili merah hijau.Masukkan juga tauhu kering/ fucuk ( Toskan dulu airnya).
  7. Tutup kuali seketika untuk lembutkan kacang panjang dan tauhu kering/fucuk.Kalau tak buat macam ni nanti tauhu kering tu tak lembut dan tak sedaplah sambal goreng kita:) 
  8. Selepas 10 minit, boleh masukkan santan dan tuang kicap.Kalau suka sambal goreng yang lebih gelap warnanya, boleh tambah kicap lagi.
  9. Kacau sehingga rata dan sebati semua bahan.
  10. Akhir sekali masukkan tempe, tauhu, kentang dan kacau lagi.Biarkan sehingga sambal goreng nampak sedikit kering dan berkilat.Jangan lupa kacau sekejap.Gunakan api kecil sahaja sebab nak bagi santan tadi betul-betul masak dan jadikan sambal goreng tahan lebih lama.
  11. Angkat dan masukkan dalam bekas yang sesuai.Sedia untuk dihidangkan:)
resepi sambal goreng jawa johor yang sedap
Sambal Goreng Jawa time panas-panas baru lepas masak ni.Dalam kuali lagi ko.Masa ni pun anak-anak dah sibuk tanya mama masak apa tu? Sedapnya bau! of course.I am ur mum hokey.haha. Sebenarnya yang bagi naik bau dan sedap tentulah campuran bahan kisar tadi, ada serai dan lengkuas.Ini rahsia sambal goreng jawa asli.Kalau ko buat tak masukkan dua benda ni, its not real sambal goreng jawa.huk alohhh.

rahsia sambal goreng jawa lebih sedap
Ini pula hasil pendapatan hidangan Sambal Goreng Jawa Asli kita untuk hari ini.Kan dah bagitahu awal-awal tadi, masyarakat Jawa masak sambal goreng jawa ni bukan hari-hari biasa, sebab hasil bahan yang dicampurkan tadi akan jadi banyak.No worries.Kalau korang buat sambal goreng ni kering, of course kita boleh simpan dia dalam bekas kedap udara dan frozenkan.gitu.

Orait, saya buat sambal goreng jawa ni sekali dengan ayam masak kicap.Memang dah ngam sangatlah kan.Dah boleh buat set nasi ambeng.Adalah juga rezeki untuk jiran sebelah sempena dengan esok bermulanya Awal Ramadhan.Kata Dok Nogori Pasir Berdengung, nak jugaklah buat ala-ala sambutan Mantai gitu.hehehe.

resepi ayam masak kicap
 Ayam masak kicap lemak manis

resepi sambal goreng jawa paling sedap
Konjongan untuk jiran sebelah sempena Hari Mantai :)

Akhir sekali, terima kasih banyak-banyak kat korang yang gigih baca resepi ni sampai habis.Selamat mencuba.InshaAllah, saya kongsikan hanya resepi-resepi yang sedap dan jadi bila korang nak try nanti.Kalau korang tak jawa pun, sambal goreng ni memang kena cuba sebab manalah tahu korang bakal berjodoh dengan side-side jawa kannn.Hey, orang lelaki dari side sini boleh diharap sangat-sangat tau:) rajin tu harus.kihkih.

sempat lagi update instagram ko:)

Selamat Meraikan Ramadhan Kareem semua readers Blog Cik Matahariku:)-Semoga Ramadhan tahun ini menjadikan kita lebih cemerlang dalam akhlak, ibadah dan tindakan.Aamin.


Post a Comment

2 Comments

  1. Assalamualaikum wbth Cik Matahari,
    Ajar kan bagaimana nk buat cicah nya sekali pls, guna cili kering ke cili fresh...

    AnnaMawar63@gmail.com
    010 453 0069

    Asli Org Johor.

    ReplyDelete
  2. Salam cik Matahari
    Ajar mcmana nk buat pulut kuning Johor Style guna kunyit hidup...
    Camana nk siapkn pulut dsb..

    Thank u cik mentari.

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!