Cara Mudah Buat Sambal Tempe, Kentang Dan Ikan Bilis Goreng Yang Sedap

As Salam,
Cara Mudah Buat Sambal Tempe, Kentang Dan Ikan Bilis Goreng Yang Sedap-Salam Ramadhan ke-25 readers semua:)Syukur, Allah masih lagi kurniakan kesihatan tubuh badan untuk berpuasa dan memohon pengampunanNya .Ramadhan berbaki lebih kurang 5 atau 4 hari lagi.Saya dan anak-anak masih lagi di negeri Pasir Berdengung.haha.Encik Suami masih bekerja oii.Tapi saya pula tidaklah ralat sangat sebab mak ada di rumah saya sekarang.Mak akan balik bersama kami untuk beraya di Kampung kami di Kota Tinggi, InshaAllah.

sambal tempe dan kentang yang sedap
 Sambal Tempe, Kentang Dan Ikan Bilis Goreng Yang Sedap

Sambal tempe dengan kentang dan ikan bilis ni saja saya buat untuk hidangan tambahan berbuka puasa petang nanti.Sebab ada banyak kentang dan tempe yang perlu diolah.Separuh kentang saya dah asingkan untuk buat inti karipap, dan tempe tu pula, saya dah jemu goreng.Jadi, saya buatlah sambal tempe kentang goreng.Sambal tempe ni rasanya pedas dan manis dan kalau suka yang rangup saya ada kongsikan tipsnya kat bawah.

Semua bahan digoreng terlebih dahulu.Memang senang dan sangat mudah nak menyediakan sambal tempe kentang dan bilis goreng ni.

Resepi Sambal Tempe Kentang Dan Ikan Bilis Goreng Yang Sedap
Sumber Resepi : Tiffin Biru
Resepi Olahan : Cik Matahariku
Bahan-Bahan ( saiz hidangan untuk 5-7 dewasa)
3 biji Kentang saiz sederhana ( dihiris nipis)
3 keping tempe (dihiris nips)
1 cawan ikan bilis ( digoreng)
1/2 cawan kacang tanah (optional) 
1 labu bawang besar saiz sederhana (dihiris)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih ( ditumbuk)
1 gengam ikan bilis ( ditumbuk )
2 cawan cili kering blend
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu teh pes asam jawa extra abadi
Minyak secukupnya.

Cara Menyediakan  Sambal Tempe Kentang Dan Ikan Bilis Goreng Yang Sedap
  1. Goreng hingga garing kentang, tempe, ikan bilis dan kacang tanah.
  2. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar, goreng sehingga naik bau.Kemudian masukkan bahan tumbuk tadi.Kacau hingga rata dan sebati.
  3. Masukkan cili kering blend.Kacau perlahan.Masukkan garam, gula dan perasakan.Masukkan juga pes asam jawa extra adabi.
  4. Masukkan 1/4 cawan air supaya sambal tidak hangit.Jangan lebih air pula nanti akan menyebabkan bahan yang digoreng jadi tidak rangup.Masak sambal biar lebih minyak sedikit barulah sedap:)
Sambal tempe dan kentang ini antara kegemaran saya time makan dengan Nasi lemak kalau breakfast di kantin sekolah.Tapi kadang-kadang kecewa jugak, sebab ada masa sambal ini rasa terlebih masin pulak.huhu.Nasiblah kann. 

Kalau ekau dapat sambal tempe ni makan dengan Nasi Panas dah cukup feel tau.haha.

Tips Sambal tempe rangup :
  1. Selepas terbit minyak dan sambal betul-betul kering, barulah tutup api.Biarkan sambal sejuk dahulu.Inilah part yang kita kena jaga kalau nak sambal tempe yang rangup.Kalau sambal masih panas dan kita masukkan bahan-bahan yang digoreng tadi, itu yang jadi ikan bilis dan kacang tanah jadi liat dan tak rangup.
  2. Masukkan bahan-bahan goreng tadi selepas 15 minit atau setengah jam sambal siap dimasak.InshaAllah, akan dapat sambal tempe yang kekal rangup.
 Sambal Tempe, Kentang Dan Ikan Bilis Goreng Yang Sedap-
Boleh juga dihidangkan sebagai side dish untuk dimakan bersama Nasi Himpit, Pulut atau lontong kering:)

Selamat mencuba semua :)



Post a Comment

3 Comments

  1. Suka sambal jawa ni.
    Setiap kali raya tak miss

    ReplyDelete
  2. sedapnya! cik timm selalu follow resipi cik matahari, semua menjadi, sedap pulak tu..hehe

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!