As Salam,
Kalau korang suka biskut semperit Dahlia, saya juga ada kongsikan resepi Azlina Ina ini di sini : Resepi Biskut Semperit Dahlia Sukatan Cawan-
Selamat mencuba semua :)
Cara Mudah Step By Step Buat Semperit klasik Gold (Panjang) Resepi Azlina Ina-Kali ini sempena Hari Raya yang bakal menjelang dalam beberapa hari lagi, saya tahu ramai yang sedang mencari resepi cookies sebagai salah satu persiapan raya.Yup! kuih raya antara sebab hari raya kita nampak lebih happening kann.hehe.
Semperit klasik Gold (Panjang) Resepi Azlina Ina-kalau dapat yang hangit sikit pun sodap kan.kihkih.
Saya nak recommended kat korang salah satu koleksi resepi yang ada dalam simpanan saya, yang mungkin korang pun ada simpan jugak resepi ni.Resepi Semperit Klasik Gold (Panjang) air tangan Azlina Ina-
Bagi peminat semperit klasik, korang mesti tercari-cari resepi nak dapatkan semperit panjang yang rangup, melting dan bila kita bakar dia kat oven, baunya bukan main harum kan.haha.Jom, kita tengok macam mana nak buat semperit klasik yang panjang dengan rasa yang rangup, melting dan of course sedap beb!
Kalau nak upgrade jadi lebih lawa, korang boleh je tabur coklat rice atau buat doh dengan colour yang berbeza.Itu semua atas kreativiti korang ya.
Resepi Semperit Klasik Gold (Panjang)
Sumber resepi : Fb Azlina Ina
Bahan-Bahan
1 cawan butter ( tak payah cairkan)
1/2 cawan susu pekat ( kalau suka ) atau boleh ganti gula kastor (3/4 cawan)
2 sb susu tepung
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
2 cawan tepung kastard
sedikit pewarna kuning
sedikit esen vanila
sebiji telur (ambil kuningnya sahaja)
Untuk Sapuan atas biskut semperit :
Kuning telur dicampur dengan sedikit pewarna kuning.
Step By Step Cara Menyediakan Semperit Klasik Gold Panjang Azlina Ina
Mula-mula sekali campurkan butter, susu pekat sedikit pewarna kuning dan esen vanila ke dalam bekas.Kacau perlahan dengan sudip atau senduk kayu sahaja.
kacau sampai tekstur dia jadi macam ni.Nampak butter tu dah jadi lebih ringan kann.
Kemudian, masukkan tepung gandum, susu tepung dan tepung jagung.Gaul dan uli hingga sebati.Akhir sekali barulah masukkan tepung kastard sedikit demi sedikit.Uli sampai dah lembut dan selesa kat tangan.
rupa doh semperit klasik gold yang bakal korang buat sekejap lagi.Belum jadi semperit pun dah nampak kegebusannya kann.haha.
Terap guna acuan semperit yang korang ada.Kalau ikut acuan asal yang Azlina Ina guna, dia guna acuan tart nenas.Ikut suka koranglah ya.Asal bahagia. Kalau nak cantik potongannya, korang boleh guna pisau.Nak bagi sama panjang, itu skill masing-masing.
Ini pula semperit klasik gold panjang yang dah siap disapu kuning telur. Gunakan berus yang biasa korang guna buat sapu kuning telur atas tart nenas tu.Boleh juga korang pinjam berus lukisan anak-anak yang tak pakai tu.
Rupa dan tekstur Semperit Klasik Gold yang dah siap dibakar. Sebelum nak bakar, panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180 darjah dalam masa 5 minit.Gunakan api atas bawah.Kemudian selepas 5 minit, tukar suhu kepada 160 darjah dan bakar dalam amsa 15 minit.Bila warna semperit dah bertukar kuning keperangan atau gold, bolehlah korang angkat keluar dari oven.
Orait, seronok rasanya bila dapat buat semperit klasik Gold panjang macam ni.Mahunya mak-mak sembunyikan cookies ni kalau dah siap sebab anak-anak memang suka semperit yang macam ni.haha.
Kalau korang suka biskut semperit Dahlia, saya juga ada kongsikan resepi Azlina Ina ini di sini : Resepi Biskut Semperit Dahlia Sukatan Cawan-
Semperit Dahlia Azlina Ina
Selamat mencuba semua :)
Semoga Allah permudahkan niat dan usaha kita untuk meraikan tetamu yang datang berkunjung ke rumah dengan biskut raya yang enak dan rangup serta melting macam Semperit Klasik Gold ni.hehe.aamiin.
19 Comments
Suka makan aje, buat tak pernah.
ReplyDeleteuntunglah WP:)
DeleteTimekasih puan,saya kongsi resipi ini,saya dh cuba,sedap sangat sangat.
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga menjadi jariah berpanjangan buat saya dan puan..aamin.Terima kasih cuba resepi di blog ini.
DeleteAssalamualaikum sis..sy dh cuba resipi sis..ermmmm sedap sangatttt😋😋😋terima kasih sis❤️❤️
ReplyDeleteAlhamdulillah dah cubaaa, terima kasih ya dengan pengkongsian.
ReplyDeletekuning telur tu nak campur ke dalam batter masa awal2 ke? ke pewarna sahaja
ReplyDeletemasukkn dlm adunan, kemudian utk hiasan, guna kuning telur juga campur pewarna kuning
ReplyDeleteSusu tepung msuk ms bila..semperit klasik tu..mcm xtlis je..ke sy yg slh bc.
ReplyDeleteMaaf, sy tertinggal susu tepung kt bahagian masukkan tepung jagung n tepung gandum tu. Boleh masukkan masa tu ya. Tq, sy dah edit bahagian penyediaan resepi tu.
DeleteKak,semua jenis tepung itu harus di ayak atau tak pelu?
ReplyDeleteuntuk dapatkan tekstur semperit yang rangup tapi lembut, boleh ayak supaya tepung lebih ringan.
DeleteAdunan dia keras susah untuk tekan supya dia keluar.. nak buat macam man ye ?
ReplyDeleteboleh tambah butter atau marjerin pada doh, sedikit demi sedikit sehingga dapat kelembutan doh yang diingini.
DeleteTq Cikgu share resipi.. InsyaAllah..nak Cuba buat..
ReplyDeleteAdunan Jadi keras, ssh nk keluar dr acuan. Kt mn Salah nya ya?
ReplyDeletejika doh keras, boleh tambah butter atau margerin pada doh sedikit demi sedikit.Patikan acuan juga disapu tepung sedikit.
DeleteNk tanye kalau trlupe letak kuning telo xpe ke...
ReplyDeleteMacam mana kalau guna gula kastor astu adunan jadi serbuk dan tak melekit
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!