As Salam,
Kari Ayam Lebih Sedap Dengan Satu Bahan Ini, Dimakan Bersama Roti Jala Yang Kekal Lembut - Alhamdulillah, Allah masih memberi kita kesihatan tubuh badan sehingga dapat menunaikan ibadah puasa hingga hari yang ke-21.Syukur, saya dan adik beradik sempat buat Iftar Jamaie bersama bonda kami, walaupun masing-masing dalam lokasi yang berbeza.
Hidangan lengkap roti jala dengan kari ayam sedap dengan resepi istimewa mak mertua saya:)
Semalam, perancangan saya dan Kak Ateh akhirnya menjadi kenyataan apabila kami merancang untuk buat majlis buka puasa bersama-sama di rumah adik perempuan kami yang menetap di Shah Alam.Abang Long pun join sekali dan datang dari Batu Pahat, Johor dengan bawa Ibu kami bersama.Memang seronok bila berkumpul, tambah lagi kami buat pot luck.Jadi masing-masing bawa makanan yang sudah siap dimasak dari rumah.Memang jimat dan pastinya semua makanan sedap-sedap!
Cakap pasal pot luck, korang nak tahu apa bekalan yang saya bawa ke rumah adik di Shah Alam? Saya sediakan roti jala dengan kuah kari ayam.Depa siap tanya saya buat sendiri ke tempah? Yelah kan, dalam bulan puasa, buat pulak roti jala, orang-orang yang gigih je sanggup buat ko.haha.
Korang yang biasa buat roti jala ni memang tahulah kan, time bancuh adunan roti ni sangat penting untuk pastikan kepekatan adunan tu sesuai untuk dikirai atas kuali.Adunan tak boleh pekat sangat atau cair sangat.Kalau tidak roti jala korang jadi tak lawa dan tak kemas.Itu belum lagi kalau guna acuan lama macam saya, boleh berkecah dapur dibuatnya.
Buat roti jala ni memang agak rumit sebab ia akan ambil masa untuk kita siapkannya satu demi satu.Bagi saya pula, sebab nak cepat siapkan, saya buat dengan dua kuali yang berbeza.Satu jenis yang pan leper, satu lagi kuali biasa.Ah, belasah je.Kita buat dia kann.
Orait, Nah, saya kongsi resepi cara saya buat roti Jala dan kari ayam marvelous.Ceh gitu:)
Bahan-Bahan Buat Roti Jala :
3 cawan tepung gandum
3 ½ cawan air / santan / susu cair
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
1 sudu kecil rata garam
sedikit minyak (untuk lengser pada kuali)
Cara-Cara Membuat Roti Jala Yang Kekal Lembut:
3 cawan tepung gandum
3 ½ cawan air / santan / susu cair
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
1 sudu kecil rata garam
sedikit minyak (untuk lengser pada kuali)
Cara-Cara Membuat Roti Jala Yang Kekal Lembut:
- Campurkan semua bahan-bahan di atas menggunakan whisker hingga sebati. Tapiskan.Kalau nak cepat, boleh blend dalam blender bahan-bahan di atas.
- Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak pada kuali.
- Dengan menggunakan acuan roti jala ceduk adunan tadi dan kirai ke dalam kuali menjadi seperti jala .
- Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat & masukkan ke atas pinggan lalu dilipat atau digulung mengikut kesukaan anda.
- Buat hingga habis. (tak perlu lengser minyak setiap kali nak kirai roti jala,lengserkan sekali sekala saja kerana dah ada marjerin dlm adunan.Jika guna non stick pan lagi senang )
- Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan mesti sentiasa dikacau adunan terlebih dahulu supaya adunan sebati semula daripada proses mendapan.
- Hidangkan samada bersama kuah kari, rendang, serawa durian atau apa saja kuah kegemaran anda.
Roti jala kekal lembut walaupun selepas 24 jam:) rasanya memang sedap, berlemak dan boleh dimakan begitu saja.
Resepi Kari Ayam Sedap
Sumber : Mak Mertua Cik Matahariku
Bahan-Bahan Untuk Buat Kari Ayam
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
2 biji kentang ~ potong dadu atau belah kepada dua atau 4 bahagian pun boleh
3 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih ditumbuk halus/ kisar
4 ulas bawang merah ditumbuk halus/kisar
1 cm halia ditumbuk halus/kisar
4 sudu besar rempah kari ayam
2 sudu kecil cili kering blend
3 sudu makan serbuk ketumbar/ tumbuk ketumbar ( resepi istimewa mak mertua)
sikit saja air asam jawa/ 1 keping kecil asam keping
1 kotak santan kara atau sebarang jenama/santan sebenar
air secukupnya utk kuah (nak pekat jgn byk sgt)
sikit minyak
garam & perasa secukupnya
bunga lawang, kayu manis dan biji pelaga (1 set)
daun kari 3 tangkai
Kari Ayam Lebih Sedap Dengan Satu Bahan Ini iaitu Serbuk ketumbar.Yup! masa baru-baru kahwin kari ayam inilah yang saya belajar dari mak mertua atau Mak Muo.Serbuk ketumbar akan jadikan kuah kari ayam lebih sedap, pekat dan tidak muak sebab ada santan kann.
Cara-Cara Menyediakan Kuah Kari Ayam Istimewa Yang Sedap
- Panaskan minyak, masukkan hirisan bawang merah, daun kari dan tiga sekawan kayu manis and the gang.Biarkan sehingga terbit bau.
- Masukkan bahan yang ditumbuk dan bahan campuran rempah. Kacau dan biar hingga wangi.
- Masukkan isi ayam dan sedikit air. Biar mendidih dan ayam hampir masak.
- Masukkan bahan-bahan lain spt ubi kentang, santan, garam & perasa dan masak hingga kentang empuk.
- Renihkan kuah dengan api yang kecil sehingga terbit minyak.
- Biarkan secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama roti jala atau apa saja kegemaran anda.
Selain roti jala yang kekal lembut, korang pun mesti utamakan kari ayam yang sedap.Saya pula,memang akan buat kuah kari yang sedikit pekat jika mahu dimakan bersama roti jala.Barulah ngam kann.
Selamat mencuba semua:) Thanks reading this entry..
2 Comments
Nk cuba brbuka nnti ni hehe
ReplyDeletesilakan cuba cikgu, semoga dipermudahkan ya:)
DeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!