Ramadhan Day 1 : Menangis Waktu Solat Terawih

As Salam,
Ramadhan Day 1 : Menangis Waktu Solat Terawih-Haih.Ini kisah anak bujangku yang baru sahaja berusia 8 tahun.Malam semalam, saya dan Encik Suami bawa semua bala tentera ke masjid berhampiran rumah untuk menunaikan Solat Isyak dan seterusnya solat terawih.Seminggu ssebelum menjelang Ramadhan, saya ada siapkan tentatif dan pengisian kami sekeluarga dalam menyambut Bulan Ramadhan kali ini.

Pengisian Ramadhan yang seharusnya kita berikan tumpuan

Sebelum ini takde pun sambut Ramadhan dengan pengisian bagai, tapi bila memikirkan anak-anak pun semunya dah dilatih belajar puasa, malah ada yang dah wajib berpuasa.Maka, saya terfikir untuk susun tentatif anak-anak sepanjang Ramadhan ini.Tapi yang simple-simple je.

Tak sangka anak-anak pun macam excited jugak.hehe.Saya memang print out macam kat bawah ni dan tampal dekat dinding ruang dapur rumah.Biar semua alert dan tahu apa nak buat sepanjang  Ramadhan bulan yang penuh barokah ni.Takdelah asyik dok main tab atau phone je kan.

Pengisian ringkas untuk anak-anak sepanjang bulan Ramadhan.

Ramadhan Day 1 : Menangis Waktu Solat Terawih
Alkisahnya, sebaik sahaja kami semua selesai solat terawih dan dalam perjalanan balik ke rumah, Si Ayah buka cerita.
"Tadi ada orang menangis time solat.."
"Siapa? Abang menangis ke..? Mama terus buat serkap jarang.
" ha ah..abang penat, berdiri lama.Orang tu baca panjang sangat..
hahahahhaa.Tergelak kami anak beranak dalam kereta.Si mama sempat mengusik.Mesti orang yang solat sebelah Abang ingat abang sedih hayati bacaan Imam tu..hehehehe.

Si Abang Amsyar tekun belajar di dalam kelasnya.Anak kecil usianya memang sudah mula bertanya hal-hal yang dipelajarinya di sekolah dan mahu tahu lebih dari apa yang dipelajari.

Sebelum ini sibuk si abang bertanya, digalakkan solat terawih tu maksudnya apa ma? Dia maksudkan antara pengisian yang saya tampal di dinding dapur rumah.

Abang Amsyar semasa terlibat dalam lakonan bersama rakan sekelas sempena Minggu Bahasa Melayu-

"Digalakkan tu maksudnya kalau kita dapat buat Solat Terawih tu lagi bagus.Tapi kalau tak mampu, sebab kecik lagi macam Abang, tak buat takpe.."Risau sangat dia kalau solat terawih tu wajib buat kot.

Bersama Cikgu PJ sekolahnya-Abang Amsyar jadi tukang jaga line time acara merentas desa sekolah.Entah ya entah tidak bertugas tu.

Dan malam ini bila si Ayah tanya, esok malam nak ikut ayah pergi masjid lagi tak? Pantas si Abang geleng kepala.Saya terangkan pada anak-anak, we re just nak bagi pengalaman anak-anak buat solat terawih.Kalau hari sekolah, tak pergi masjid takpe.Hari cuti bolehlah kita pergi nanti. Anak-anak angguk kepala.Malam ini pun dekat pukul 10 malam barulah solat terawih selesai.

Sempat mama tangkap pic Abang time solat Dhuha on First Ramadhan. First Day Ramadhan Sekolah saya bercuti.Jadi, saya mintak anak-anak buat solat Dhuha.Kat rumah pun takde buat apa.Baik ko solat nak oii.

Apapun, saya mengambil pendekatan memberi pendedahan kepada anak-anak tentang apa yang sepatutnya kita buat sepanjang Bulan Ramadhan kerana ganjaran dan keberkatan yang Allah turunkan pada bulan ini.Semoga anak-anak kita bila membesar nanti, akan menjadi anak-anak soleh penyejuk mata dan penawar hati.aamin.


Post a Comment

0 Comments