As Salam,
Agar-Agar Lapis Milo Yang lembut dan Sedap Resepi Sukatan Cawan-Alhamdulillah.Syukur atas kesempatan masa yang Allah pinjamkan, dapatlah saya akhirnya gagahkan diri yang sedia gagah (haha) untuk update blog.Dah 18 Syawal wei.Kejap bona eh masa berlalu pergi.Banyak rumah tak habis beraya lagi nih.Puasa Ganti pun tak setel lagi.huhai.Camno.Berayo tak habis-habis.isk.
Hujung minggu ni terajin sikit.Kami buat makan-makan sikit kat rumah, sebab Encik Suami ajak kawan-kawan datang rumah, dan kami jemput jiran-jiran dan adik beradik yang berhampiran.Sebenarnya banyak juga menu yang kami sediakan.Buat masa ini saya update desert yang saya sediakan dulu ya.
Resepi Agar-Agar Lapis Milo Dan Susu Yang lembut dan Sedap Sukatan Cawan
Sumber resepi : iresepi.com
Berjaya dicuba : CikMatahariku
Bahan-Bahan:
1 bungkus atau 25 gram agar-agar kering
6 cawan atau 1200ml air
1 tin susu cair
1 1/4 cawan gula pasir ( atau 1 cawan jika anda suka kurang manis)
1/3 cawan serbuk milo
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh garam halus
2 helai daun pandan
Cara Menyediakan Agar-Agar Lapis Milo Dan Susu Yang lembut dan Sedap
sebenarnya segala mak nenek puding atau agar-agar adalah favourite saya,cuma anak-anak kurang gemar, saya cuma buat kalau ada tetamu datang ke rumah.Nasiblah kann.Jadi Chef ni, ko hanya masak apa yang orang lain suka makan je.kihkih.
Resepi Agar-Agar Lapis Milo Dan Susu Yang lembut dan Sedap Sukatan Cawan
Sumber resepi : iresepi.com
Berjaya dicuba : CikMatahariku
Bahan-Bahan:
1 bungkus atau 25 gram agar-agar kering
6 cawan atau 1200ml air
1 tin susu cair
1 1/4 cawan gula pasir ( atau 1 cawan jika anda suka kurang manis)
1/3 cawan serbuk milo
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh garam halus
2 helai daun pandan
potongan agar-agar lapis milo yang saya dah pindahkan ke piring kecil.Sangat mudah membuatnya dan jimat juga.muehehe.
Kalau korang nak tahu rasanya macam mana, agar-agar ni lebih sedap daripada agar-agar milo biasa sebab resepi ini kita ada tambah serbuk koko dan guna susu cair, jadi rasanya tak muak dan tak terlalu manis:) Bolehlah cuba buat kalau time cuaca panas.Rasa sejuk je lalu ikut tekak ko.hehe.
- Basuh agar-agar kering. Masukkan air dan rendam selama 5 minit. Panaskan api dan masak agar-agar sehingga cair dan tidak berketul.
- Masukkan gula dan daun pandan yg dicarik dan disimpul. Apabila gula sudah cair, masukkan susu cair dan kacau sebati.Bahagikan cecair agar-agar kepada nisbah 2 bahagian untuk perasa milo dan 1 bahagian perasa susu.
- Untuk perasa milo, masukkan serbuk milo dan serbuk koko. Kacau dengan whisk sehingga sebati. Tuang dalam bekas dan masukkan agar-agar milo di dalam peti ais sehingga permukaan membeku.
- Untuk bahagian susu, masukkan garam dan kacau sebati.
- Cakar bahagian permukaan agar-agar milo supaya lapisan atas melekat. Tuang bahagian susu di atas lapisan milo dan sejukkan kembali di dalam peti ais.
- Apabila beku dan sejuk sepenuhnya, potong dan hidangkan.
Saya juga ada membuat sedikit olahan resepi untuk agar-agar milo ini.Kali ini saya buat agar-agar Milo Coklat iaitu campuran Milo dan serbuk koko.Korang boleh klik sini untuk tengok resepi sukatan cawan yang saya kongsikan : Agar-Agar Milo Coklat Resepi Sukatan Cawan
Olahan resepi agar-agar milo coklat iaitu campuran milo dan serbuk koko.Warnanya lebih cantik, sedap dan manis.
Jemput makan, jangan lupa cuba resepi yang dikongsikan ya:)
Selamat mencuba readers semua:)
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!