Kek Coklat Milo Kukus Moist Sukatan Cawan Resepi Azlina Ina Kesukaan Budak-Budak

As Salam,
Mudahnya Buat Kek Coklat Ikut Resepi Kek Coklat Milo Moist Sukatan Cawan Azlina Ina-Mesti korang pernah buat atau pernah tahu pasal kek milo yang viral atau kek coklat moist lembap kat mana-mana media sosial kan?Haa, kali ini saya nak kongsikan mudahnya nak buat kek coklat plus milo resepi kak Azlina Ina yang katanya dah jadi Jutawan kek sekarang:) 

resepi kek coklat milo kukus
Kek Coklat Milo Kukus Moist By Blogger Cik Matahariku:)

yang ini pula kek coklat milo moist kak Azlina Ina-Amacam? menjadi tak kek coklat milo kukus saya kat atas tu.kikih.

resepi kek coklat milo moist azlina ina
Bagi saya, kek ini lebih kepada taste budak-budak.Depa suka milo dan manis.Tambah dengan topping yang melimpah, apa lagi yang mengembirakan budak-budak ni kann.

Saya buat kek ni pun sebab nak lepaskan gian membaking.haha.Sejak sebelum puasa dah plan nak buat kek coklat sendiri.Tapi tulah kan.Plan kemain.Sudahnya ko order je kek dari kengkawan.kihkih.

Kali ini saya sengaja ingin mencuba resepi lain bagi kek coklat selain resepi kek coklat sedap yang saya pernah kongsikan di sini : Kek Coklat Moist Yang Sedap- Saya memang kureng sikit kalau buat kek milo semata, jadi saya nak mencuba resepi kek coklat milo iaitu gabungan serbuk koko dan milo.Mehlah kita berjemaah cuba resepi kek coklat milo kukus kak Azlina Ini ni.

Kek coklat milo ni sebelum saya curahkan toppingnya rasanya tidaklah terlalu manis, jadi bila kita curah topping, barulah terasa manisnya dan ia jadi lebih enak.

Buat Kek Coklat Milo Kukus Dengan Anak Lelaki
Korang bayangkanlah, saya buat kek ni hujung minggu, anak-anak pula tengah busy siapkan homework, sambil kita sibuk nak mix telur bagai, masa tulah dok tanya macam mana nak buat ayat dalam karangan.Ko rasa?Masa mama nak membaking, masa tulah korang pakat buat rajin kan.Sabo jek.pheww.

sudahnya budak kemetot ni offer nak tolong.Mama rasa nak huge u kuat-kuat tau.ahaks

Satu lagi sebab yang menguatkan semangat nak buat kek coklat kukus ni ialah saya nak cuba pengukus baru yang Encik Suami belikan kat Tesco sejak beberapa bulan nan lalu.Entah bulan entah tahun lepas.kiki.Rasa bersalah je sebab pahala pemberian suami tak mengalir lagi.heh.


Dia punya kilat memang tak boleh tahan kan.Nampak sangat kebaharuannya kan.Saiz food steamer ni memang besar.Dua tingkat lagi ko.Harganya sangatlah murah time Encik Husband beli.Tengah promosi rasanya masa tu.Tak silap hanya RM29.90 sahaja.

 Ni pula ruang dalam pengukus.Besar kan? Memang puas hati kalau korang buat bisnes jenis kuih atau makanan yang dikukus.

Resepi Kek Coklat Milo Sukatan Cawan
Sumber resepi : Instagram Azlina Ina
Berjaya dicuba oleh : Cik Matahariku
Bahan-Bahan:
5 biji telur
1cawan gula halus
1sudu besar ovalate
1sudu kecil esen vanila
2 cawan tepung gandum
½ cawan serbuk koko
Sedikit garam halus
1sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat*
3/4 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
3/4 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
3/4 cawan air panas
1 cawan milo

Mudahnya Buat Kek Coklat Ikut Resepi Kek Coklat Milo Moist Sukatan Cawan Azlina Ina


 Akhirnya, berguna jugak food steamer pemberian Encik Suamiku yang tersayang ni.Semoga pahalanya mengalir sehingga apa yang saya kongsikan ini memberi manfaat kepada semua pembaca blog ini.aamin.

Banyak cara nak kukus kek ni.Ko buatlah macam mana gayapun, asalkan wap air pengukus tu tak jatuh atas kek ko yang gebus tu nanti.

taraa.kek coklat milo kukus yang moist dah siap.Masa ni saya kukus ngam-ngam 60 minit, tu pun saya tinggal je sebab tengah bersiap nak hantar anak balik hostel. Lepas tu terus potong separuh sebab si kakak nak bawak balik hostel.Masa ni memang tak sempat nak buat topping bagai.

Orait, ni rupa kek yang dah siap topping.Bagi saya secara personal, kalau makan kek coklat milo ni tanpa topping memang biasa-biasa je rasanya.tapi bila dah curah topping, barulah ngam kat tekak saya rasanya. 

Dah macam-macam aksi kek coklat milo kukus ni saya kerjakan.haha.Korang cubalah buat sendiri.Bagi budak-budak dalam rumah saya atau semua budak lain pun saya rasa depa memang akan kata kek coklat milo ni sedap. 

Cara Menyediakan Kek Coklat Milo Resepi Azlina Ina
  1. Mix bahan-bahan seperti telur, gula halus, ovalette dan esen vanila sehingga kembang elok.
  2. Masukkan 3/4 cawan susu pekat(milo dah manis jadi susu pekat cikgu kurangkan)dan masuk kan 1 cawan minyak masak.Slowkan mixer.
  3. Kemudian, masukkan pula bahan-bahan yang diayak seperti tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.Boleh kacau guna spatula sahaja sehingga sebati.
  4. Masukkn 1 cawan milo dalam 3/4 cawan air panas nak bancuh dalam jug atau mug pun boleh asalkan sukatan secawan.pastikan guna air panas dan bancuh milo dan air panas tadi.
  5. Kacau supaya larut dan masukkan dalam adunan tadi dan kacau rata
  6. Panaskan kukusan dan kukus api besar 10 minit kalau pengukus jenis berkaca kalau pengukus biasa 20 minit.
  7. Masukkan adunan kek tadi ke dalam pengukus apabila air sudah mendidih.Jangan lupa tutup pengukus dengan kain atau plastik supaya kek tak terkena wap air.
  8. Kukus dalam tempoh 45-60 minit, boleh cuba dulu dengan lidi atau tooth pick nak pastikan kek sudah masak atau belum.
Ganache ( topping kek coklat ) Azlina Ina
350g coklat compound dark beryls patah2 kan
1 cawan whipping cream
3 sudu majerin
panas kan dan whisk kan smpai semua cair
biar kan sehingga 2 jam kemudian baru curah atas kek.

Untuk kek coklat milo kukus moist saya, saya gunakan topping seperti di bawah.Saya tak ikut resepi Azlina Ina sebab kat fridge takde whipping cream n coklat compound.Den guna mana yang sonang tapi sodap.

Topping Kek Coklat Milo Kukus Cik Matahariku
4 sudu besar serbuk koko
5 sudu besar susu pekat
3 sudu besar butter/ minyak
2 sudu besar susu cair

Orait, selamat mencuba kepada penggemar kek milo, tapi yang ini versi kek coklat plus milo. Kalau korang dah cuba n berjaya, kongsilah kat ruang komen ya.Readers lain yang belum mencuba nak tahu jugak review korang tentang resepi ni.

Sampai jumpa lagi:)



Post a Comment

0 Comments