Resepi Kek Gula Hangus Kukus ( Kek Sarang Semut ) Yang Sangat Sedap, Kenyal dan Pasti Menjadi Sarangnya

As Salam
Resepi Kek Gula Hangus ( Kek Sarang Semut ) Yang Sangat Sedap, Kenyal dan Pasti Menjadi Sarangnya-wow! kemain bagi title kat post sendiri.haha.Tapi itulah realitinya.Hujung minggu lepas, saya dan Encik Suami dijemput ke majlis doa selamat dan kenduri kesyukuran seorang sahabat suami yang akan berangkat menunaikan haji.

kek gula hangus kukus yang sedap, kenyal dan menjadi sarangnya
Kek Gula Hangus Kukus ( Kek Sarang Semut ) Yang Sangat Sedap, Kenyal dan Pasti Menjadi Sarangnya by Cik Matahariku:)

gambar kek gula hangus yang sedap
Alhamdulillah.Inilah kali pertama saya buat kek gula hangus dan hasilnya sangat mengembirakan.Sebenarnya saya tak perap pun adunan ini seperti yang disarankan oleh mereka yang sudah mencuba resepi ini.Tapi saya percaya, kalau saya peram/perap adunan ini, pasti sarang semut saya lebih cantik dan menjadi kann.InshaAllah:)

Kami jarang sangat jumpa.Raya pun tak sempat jumpa kerana masing-masing ada komitmen beraya bersama keluarga dan saudara mara.Alhamdulillah, Allah rezekikan kami bertemu sebelum mereka berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji.Dari pertemuan inilah yang memberi motivasi kuat kepada saya untuk mencuba dan membuat sendiri Kek Sarang Semut atau Kek Gula Hangus ni.

Video Cara Menyediakan kek Sarang Semut di Channel Youtube Cik Matahariku

Saya dan Shima.Shima ini sebenarnya kawan sepengajian Encik Suami semasa di UTM, Skudai, Johor.Bila kami bertemu, tiba-tiba sahaja kami jadi rapat dan mudah mesra.kuat betul chemistry antara kami.haha.Dia juga seorang guru yang kini bertugas di Penang.Yang kelakarnya, sewaktu kami inigin berpisah pada pertemuan tersebut, Shima beritahu dia mahu doa di sana nanti supaya kami dapat tinggal berjiran dan saya dapat beli rumah baru di area rumahnya di Muar juga.Saya ketawa besar.Macam mustahil impiannya tu sebab saya dan Encik Suami merancang untuk menetap di Port Dickson sahaja.Namun, Allah jua sebaik-baik perancang.

Kek gula hangus sedap dimakan time masih panas bersama air kopi dan teh o ketika minum petang.Salah satu sebab lain kenapa saya suka akan kek ini ialah bau gula hangus itu sendiri.haha.

Saya agak cerewet dengan kek gula hangus ni.Kalau boleh, bila saya dapat makan kek gula hangus ni, biarlah ianya sedap, manisnya, lembutnya, kenyalnya, warna coklat kehitamannya seperti yang saya inginkan.walaweh.Nak tahu dan nak rasa macam yang sedap yang kita pernah makan, jadi kita yang kena buat sendiri.

kek gula hangus resepi sukatan cawan.
Kalau boleh, bila saya dapat makan kek gula hangus ni, biarlah ianya sedap, manisnya, lembutnya, kenyalnya, warna coklat kehitamannya seperti yang saya inginkan.Alhamdulillah, akhirnya saya dapat buat sendiri kek gula hangus seperti yang saya ingini.yay!!

Nampak tak tu, kek sarang semut atau kek gula hangus yang sempat saya rasa time memenuhi undangan Shima ke majlis doa selamat di rumahnya. Selepas balik dari sinilah saya asyik teringat-ingat rasanya dan mahu cuba buat sendiri kek tersebut.

Dah lama jugak tak dapat dan tak jumpa kek gula hangus yang saya suka rasanya.Tapi di rumah sahabat kami, Shima dan Hadi, saya dapat makan kek gula hangus idaman saya.Sedap betul!Nak bertanya resepi, terasa segan pula.Tambah lagi, mereka pastinya sibuk dengan urusan ibadah di sana.Saya simpan je niat tu.

Sahabat kami, Shima dan Hadi bersama keluarga mereka sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Semoga Allah iringi kepergian kalian ke tanah suci dengan segala kemudahan dan rezeki beribadah yang sempurna disana.aamin.

Jadi, saya try mencari-cari di internet, manakah resepi yang dapat menghasilkan rasa yang saya inginkan.Akhirnya, saya nekad nak cuba resepi kek gula hangus Blogger Kak Azlita Aziz ( Blog Masam Manis)


Kek Gula Hangus Kak Azlita Aziz, Memang wow corak sarang semutnya kann.

resepi kek sarang semut yang sedap dan menjadi.
Ini pula kek sarang semut yang saya sediakan dengan resepi yang sama, cuma saya tak peram sehingga 4-5 jam sebab malas nak tunggu.kihkih.Tak sabar nak makan kek yang sedap ni sebenarnya.Kek orang tua kata anak-anak saya:)

Resepi Kek Gula Hangus Kukus ( Kek Sarang Semut ) Yang Sangat Sedap, Kenyal dan Pasti Menjadi Sarangnya
Sumber Resepi : Blog Azlita Aziz
Resepi Dicuba oleh : Cik Matahariku
Bahan-Bahan
1 1/4 cawan gula halus
1 cawan air panas
125 gram butter ( 1/2 cawan butter )
4 biji telur gred A ( saya guna 5 biji telur gred C )
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla

 Mereka yang pakar buat kek gula hangus ni beritahu, kek gula hangus yang menjadi haruslah kenyal dan dibakar, bukan dikukus.Tapi pada pendapat saya, bila dikukus kek ini lebih sedap, kenyal dan tidak menjemukan.

Ada juga sesetengah orang yang tidak boleh melihat ruang berongga sarang semut ini.Ada yang berasa geli, pening kepala dan loya seperti nak muntah.Tapi bagi saya pula, inilah seni membuat kek gula hangus yang tak dapat pada kek moden yang lain:)

Cara Menyediakan Kek Gula Hangus (Kek Sarang Semut ) Yang Kenyal Dan Sedap

  1. Masak gula halus dan biarkan ia larut.
  2. Kemudian masukkan satu cawan air panas dalam larutan gula tadi.Kacau perlahan.
  3. Selepas gula larut, masukkan butter dan cairkan bersama larutan gula tadi.Biarkan api kecil dan perlahan sahaja.
  4. Sediakan telur dan kacau perlahan dengan whisk sahaja.Masukkan pula susu pekat.Kacau perlahan sahaja.
  5. Kemudian, dalam bekas lain, ayak tepung bersama soda bikarbonat.
  6. Masukkan telur yang sudah dipukul perlahan tadi ke dalam bekas tepung, kacau perlahan dengan sudip kayu atau whisk.
  7. Masukkan juga esen vanila.
  8. Akhir sekali masukkan larutan gula hangus tadi.Tuang adunan kek gula hangus ke dalam loyang.
  9. Jangan lupa alas dengan baking paper dan sapu marjerin pada loyang supaya kek tidak melekat selepas diangkat nanti.
  10. Sediakan kukusan dalam 15 minit awal, apabila air kukusan sudah mendidih, masukkan loyang yang mengandungi adunan kek gula hangus.Pastikan penutup pengukus di tutup atau covered dengan kain bersih.Tujuannya supaya air wap kukusan tidak jatuh atas permukaan kek.
  11. Kukus dalam tempoh satu jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Orait, selamat mencuba semua:)



Post a Comment

26 Comments

  1. Kek sarang semut, bersemut-semut ni cantik sarangnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih, memang bersemut-semut tengok kek ni kann..hehhe..

      Delete
  2. Bole guna tepung naik sendiri ke,?sja nak tnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti sebab tak pernah lagi guna tepung naik sendiri untuk buat kek gula hangus ni.

      Delete
    2. Assalamu'alaikum puan. Tadi sa1ya cuba buat kek di atas. Sedap, lembut tapi ia manis sikit dan di bhgn bawahnya sedikit berminyak. Lubang2 di kek pula kecil2. Kenapa ya? Saya kukus lebih 1jam 10minit. Dimana silap saya?

      Delete
    3. Salam, sorry to interrupt. Dulu sy penah gak jd cam situation mcm puan... Lubang kecil2 tu maybe sbb soda bikarbonat kurang lg kot... Ada kenalan pernah share, soda bikarbonat yg menjadi tu yg tutup botol dia color biru klo x silapnya lah.. Sy pun br nak cuba buat balik kek ni esok... Musim2 MCO nieh masak lah plg best nak buat.. Org ramai kat umah, baru seronok nak mkn sama2.. Hehe!!! Anyeay, stay at home, stay safe... May Allah bless us all.. Aamiin... Terima kasih Cik Matahariku sbb share recipe.. 😊

      Delete
    4. terima kasih menjawab bagi pihak saya, selamat mencuba ya:)

      Delete
  3. Replies
    1. setakat yang saya cuba buat, boleh tanpa perap puan.Jika puan nak perap dulu, tiada masalah.

      Delete
  4. Klau guna kukus api , api kuat ke pelan ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya cadangkan puan guna api sederhana, sebab kita akan kukus dia selama hampir 1 jam.terima kasih bertanya:)

      Delete
  5. Lepas masukkan butter, larutan gula kena masak berapa lama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau semua bahan iaitu gula, butter dan susu pekat dah larut dan sebati,boleh tutup api dan biarkan sejuk sebentar.

      Delete
  6. I dah cuba tadi resepi nie tdi,, kek sarang semut i menjadi.. Cantik.. 😊

    ReplyDelete
  7. salam kak..nk tny..cawan tu besar mn eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslam, saya guna cawan minum teh..yang ada tangkai tu..set cawan tea n pot..

      Delete
  8. Alhamdulillah menjadi tq ya resepi ,moga murah lg rezeki cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, tahniah:) boleh juga mencuba resepi lain yang ada di blog ini..semuanya recomendded:)

      Delete
  9. Replies
    1. terima kasih puan mencuba resepi di blog ini, janga lupa buat catatan di resepi puan kurangkan sukatan gula, jika puan suka kuih yang kurang manis ya.

      Delete
  10. Boleh tapis ke adunan sebelum kukus

    ReplyDelete
  11. terima kasih ats perkongsian ilmu

    ReplyDelete
  12. Salam Cik Matahariku,
    Kek sedap dan lembut. Saya juga gunakan resepi Cik untuk buat Kek lain. Improvise sikit. Alhamdulillah menjadi. So far dah buat Banana Walnut Cake, Carrot Cake dan Kek Coklat. Terima kasih Cik Matahariku diatas resepi Cik.

    ReplyDelete
  13. Kalau guna serbuk penaik gantikan soda bikarbonat jd ke?

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!