Friday, August 02, 2019

Langkah Demi Langkah Buat Kek Batik Indulgence Cheese Bake Yang Sangat Sedap Oleh Azlina Ina

As Salam,
Langkah Demi Langkah Buat Kek Batik Indulgence Cheese Bake Yang Sangat Sedap Oleh Azlina Ina- Bila dah satu Malaysia sibuk nak makan dan buat sendiri Kek Indulgence Cheese yang Viral ni, terpaksalah saya usahakan langkah demi langkah membuatnya supaya mak-mak yang rajin belajar dan luv to bake macam saya ni, tambah lagi askar ramai kat rumah, haruslah belajar buat sendiri.Ko dengan anak beranak nak ulang makan berapa kali pun, poket selamat dan jimat gitu.kiki.

Kek Batik Indulgence Cheese Bake Yang Sangat Sedap Oleh Azlina Ina

Jangan marah na bakers-bakers sekalian.Pastilah korang punya kek tetap lagi best dan mengancam kan.Macam kak Azlina Ina ni, sebenarnya kek batik indulgence with cheese ni dah lama beliau share dalam Fb, tapi tulah.Netizen ni kadang-kadang tunggu viral baru nak ambik port.Tak gitu:)


Langkah Demi Langkah Buat Kek Batik Indulgence Cheese Bake Yang Sangat Sedap Oleh Azlina Ina
Kalau sebelum ini saya kongsikan resepi dan gambar sahaja, Korang boleh tengok kat sini untuk dapatkan resepi yang details : Resepi Kek Batik Indulgence Cheese Bake Yang Sangat Sedap Oleh Azlina Ina-Kali inisaya kongsikan pula langkah demi langkah Kak Azlina Ina buat Kek Batik Indulgence Cheese Bake ni.Pastinya sangat melting dan mengugat deria rasa korang.ceh.

 Biskut marie jenama Hwa Tai ni katanya disukai oleh Azlina ina sebab lebih sedap dan tak rapuh sangat.Cantik bila kita patah-patahkan dia.Sediakan dalam dua pack biskut marie ni.

tak payah beriya time patah-patahkan biskut marie ni.Patah dua sudah.Jangan patah hati ya..mueheh.

Bahan lain yang kita gunakan ialah butter seketul 250g,1 cawan milo, 3/4 cawan serbuk koko,
1 1/2 cawan susu pekat bersamaan satu tin, 1/2 tin susu cair atau guna susu segar 3/4 cawan.
Gambar susu cair takde dalam pic ni ya.

 Lepas korang dah cairkan butter, masukkan pula serbuk koko dan serbuk milo dalam kuali.Kacau sampai sebati dan larut semua bahan.

 Masukkan pula susu pekat bersamaan satu tin ya.

 Yang ni, masukkan pula susu cair.

 Masak campuran bahan tadi sampai jadi pekat macam dalam gambar.

 Bila dah pekat dan likat, bolehlah masukkan biskut abg patah amin kita dalam kuali tu.Gaul cepat-cepat sebelum campuran tu jadi keras, jadi susah nak gaul nanti.

 Kemudian masukkan dalam loyang 9x9.Padat-padatkan biskut marie tadi.

 Ini pula cara sediakan cheese bake dia. Gunakan 500g cream cheese,150g gula halus dan 4 biji telur 
nak blender boleh nak mixer boleh.Bila dah campurkan bahan-bahan tadi,tuang atas kek batik dan ratakan.Kemudian tutup permukaan loyang dgn aluminium foil.Panaskan  oven dulu, lepas tu masukkan kek batik tadi.Gunakan api atas saja dengan suhu 170 darjah dan tempoh masa 20 minit atau bergantung lah suhu oven memasing. Selepas 20 minit,boleh cek sentuh gune jari kalau dah tak melekat kat jari masak la tu.keluakan dan biarkan sejuk kejap.masuk peti ais chiller 1jam.

sementara tu buat lapisan Choclate ganace. Bahan-bahannya ialah 300g beryls dark compound kalau korg suke manis buat lah milk compound ,200ml whipping dairy dan 2sb butter.Nak bagi larut choclate compound tu, boleh guna kaedah double boil,boleh nak masuk pengukus, boleh nak masuk oven pun boleh.lepas semua bahan dah cair, kacau semua bahan  dengan whisk sahaja. Dalam bekas lain, larutkan 2 sb gelatin halal, 1/4 cawan air panas, satukan smpai larut tuang dalam ganace tadi kacau dengan perlahan. 

ok bile kek batik ko tadi dah keras, cheese die dah cantik setting, baru tuang ganace tadi dalm loyang dan sejukkan semula semalaman.ok sisip tepi2 dgn pisau yang dah celup air panas dan lap.keluarkan dan potong.ikut kaedah yang sama mcm tadi.

taraa.Inilah hasilnya:) Kek Batik  Indulgence Cheese bake yang sedang hot dan viral.

Selamat mencuba semua:)






RANDOM POST :

2 comments:

  1. Sedappnyaaa. Siap ada cheese lagi. Fuhh 😋

    Done follow sini 502#

    ReplyDelete
    Replies
    1. thnks drop ur comment here sis:) kek batik ni dah upgrade, sebab tu ada cheese bagai..dan rasanya memang lagi mantap gitu..:)

      Delete

Sila kongsi Komen anda disini dan terima kasih atas kesudian singgah membaca post dalam blog ini- Semoga ada manfaatnya kepada anda semua:)

Loading...