Cara Masak Ikan Siakap Tiga Rasa Homemade Yang Mudah dan Sedap Macam Di Restoran

As Salam,
Resepi Mudah Ikan Siakap Masak 3 Rasa Yang Sedapnya Macam Di Restoran-haha.Jangan marah na.Post masak-masak saya kali ini bajet syok sendiri.kiki.Okey, sebenarnya tidaklah saya terlalu perasan sampai angkat bakul sendiri ya, melainkan ia adalah cakap-cakap mereka yang menikmati air tangan saya ni.

resepi ikan siakap tiga rasa Cik Matahariku
Ikan Siakap Tiga Rasa Homemade yang sedapnya macam kat restoran gitu:) 

Terima kasih atas resepi yang dikongsikan oleh Blogger Masakan Kak Azie dari Blog Azie Kitchen. Saya mahu memasak ikan siakap dan terfikir untuk masak resepi ikan siakap tiga rasa.Hidangan ini pula mahu saya bawa ke potluck ke rumah adik saya di Shah Alam.

siakap tiga rasa resepi pedas dan sedap
Hidangan Siakap Tiga Rasa ini memang feveret anak-anak kami sekeluarga bila makan di restoran Tomyam Seafood. Nampak sodap bukan.kiki.

Sebenarnya tidaklah sepenuhnya saya ikut resepi yang dikongsikan oleh Kak Azie, sebab ada bahan yang tidak ada di dapur saya, jadi saya hanya gunakan mana-mana bahan yang ada.Yang bestnya pula, keenakan Ikan Siakap Tiga Rasa ini nyata lebih sedap dari di restoran, itu kata anak-anak dan bapak si anak sayalah.Maklumlah, mana ada anak yang tak suka air tangan ibu sendiri kann.heheh.

Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa Sedap Macam di Restoran
Oleh: Azie Kitchen
Dicuba dan Diolah oleh : Cik Matahariku
Saiz Hidangan : 7-8 orang makan
Untuk Ikan:
2 ekor ikan siakap - di potong slice dan dilumur dengan garam dan kunyit
Tepung jagung - dilumur pada ikan
Minyak - untuk menggoreng ikan

Bahan Menumis:
3 ulas bawang merah -ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 inci halia- ditumbuk
2 batang serai - ketuk

Bahan Sos:
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan -
3 sudu cili kering blend ( saya tambah sebab family suka pedas)
Sedikit minyak bijan - opsyenal ( saya tak letak )

Bahan bahan Lain:
Satu gengam cili padi - dipotong kecil
2 ulas bawang putih-dihiris
1 inci halia - dihiris halus
2 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu ( saya tak letak )
1/2 biji cili benggala - dipotong dadu - opsyenal ( saya tak letak )
Kiub nenas dalam tin - opsyenal ( tak letak)
1/2 biji lemon-diperah jusnya.
1 cawan air supaya sos tidak pekat sangat.
3-4 helai daun limau purut - buang tulang
Daun sup/daun bawang - untuk hiasan
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Ajino-moto secukup rasa

Cara cara Menyediakan Ikan Siakap Tiga Rasa Yang Pasti Menjadi dan Sedap
  1. Ikan dibersih dan ditoskan. Lumur dengan garam kunyit. Biarkan seketika. Bila hampir hendak digoreng, lumur dengan tepung jagung termasuk bahagian dalam perut ikan.
  2. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas, barulah dimasukkan ikan tadi. 
  3. Goreng dengan minyak terendam ikan tersebut. Setelah ikan agak berwarna keemasan, angkat dan toskan minyak.Saya tak suka ikan siakap terlalu garing sehingga menghilangkan kelembutan tekstur ikan.
  4. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan bahan menumis iaitu bawang putih, bawang merah, halia, dan serai yang ditumbuk dan dititik tadi.
  5. Setelah bawang putih kekuningan, masukkan bahan sos iaitu sos cili, sos tomato, sos tiram,  sos ikan dan cili kering blend. Saya gantikan masam nenas dengan jus lemon.Perahkan sedikit jus lemon dan kacau sebentar.
  6. Akhir sekali, masukkan bahan bahan lain iaitu bawang besar, halia, bawang putih yang dipotong dadu. Masukkan sedikit air. Sesuaikan rasa garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.

Langkah Demi Langkah Bergambar Menyediakan Ikan Siakap Tiga Rasa Yang Sedap

Biasanya kalau beli ikan siakap untuk hidangan di rumah, suami saya akan minta pakcik kat pasar tu potong slice siap-siap.Jadi, resepi ikan siakap saya ni taklah rupa sekor ikan siakap sejebon.haha.Orait, ini rupa ikan siakap yang dah dilumur dengan garam dan kunyit.Saya guna serbuk kunyit je.Eh, jangan lupa lumur sekali dengan tepung jagung ya!

Ini pula rupa ikan siakap yang dah siap goreng.Saya tak suka ikan siakap yang garing sangat, nanti time makan jadi hilang tekstur ikan yang lembut tu. 

Orait, ini bahan-bahan yang saya guna untuk tumis dan ada juga yang akan dihiris.Walaupun dalam resepi asal semua bahan hanya dihiris, saya olah untuk menjadikan kuah sos ikan siakap tiga rasa ini supaya lebih mantap ( ceh gitu )dengan tumbuk kasar bawang merah 3 ulas, bawang putih 2 ulas, serai dititik dan halia 1/2 inci juga ditumbuk kasar.

Ini pula bahan-bahan yang perlu dihiris untuk dimasukkan dalam sos ikan siakap tiga rasa nanti. Biasanya kita akan jumpa hirisan tomato, nenas atau cili benggala dalam hidangan siakap tiga rasa kann, tapi resepi ini saya olah sebab kat dapur saya takde cik tomato, cili benggala dan nenas.Rasa masam untuk hidangan ini saya ganti dengan perahan jus lemon.Gambar sebiji lemon tu bukanlah maksudnya saya perah sebiji jus lemon tu, karang masam mencuka pulak cik abg awok makan.haha.rasa masam ni korang adjust sendiri ya.

Masa ni, saya sedang sediakan sos ikan siakap tiga rasa kita. Campuran sos cili, sos tiram, sos tomato, cili kering blend ( sebab family saya suka pedas ), sos ikan dan perahan jus lemon.Masa ni jugak dah boleh sesuaikan rasa dengan garam, gula dan rasa masamnya. Boleh tambah secawan air atau lebih kalau tak mahu kuah pekat sangat.

last sekali masukkan bahan-bahan yang dihiris tadi. Kacau perlahan dan biarkan seketika.Bila nampak kuah dah sedikit pekat dan terbit minyak, maknanya kuah sos ikan siakap tiga rasa ini sedia untuk dihidang. 

Inilah hasilnya Ikan Siakap Tiga Rasa homemade daripada Cik Matahariku Kitchen ya.hehe.
Jemput makan semua:)

Close up sikit.Bagi saya secara personal, sos ikan ini  menjadi sedap kalau dapat rasa serai atau bau serai, daun ketumbar dan juga halia, tambah sedikit rasa masam.pheww.Memang mantap rasanya nanti. Cili kering blend tu saya tambah untuk jadikan sos lebih pedas, barulah ngam kat tekak kami sekeluarga:)

Selamat mencuba olahan resepi Ikan Siakap Tiga Rasa ini kalau korang suka yang lebih pedas.Kalau tak suka pedas, cukup guna sos cili dan potongan cili padi. 

Doakan saya sekeluarga dipermudahkan semua urusan kami dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab dalam keluarga, kerjaya dan juga sesama manusia.aamiin.

Sampai jumpa lagi:)


Post a Comment

3 Comments

  1. aduuu febret kita sekeluarga ni! sedap makan panas2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..family saya pun suka ikan siakap tiga rasa ni:)

      Delete
  2. sdpnya..sy dgn fmly memg slalu beli siakap..kdg mk stim....kdg msk 3 rasa..favorite..letk nenas byk byk..epal ijau pun sy letak....btw..ade nak psg cuckoo penapis air bole wsp sy ya 0166371460..hehe

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!