As Salam,
Cara Masak Ayam Kicap Pedas Original Yang Sedap Style Cik Matahariku- Sejak ada hastag Resepi Cik Matahariku, saya rasa dah tiba masanya saya share dalam blog antara masakan homemade saya yang menjadi favourite anak-anak dan keluarga.Asalnya, masakan ayam kicap biasa, tapi bila saya perhatikan dalam banyak resepi, ada part cara saya masak kicap, tak sama dengan kebanyakan resepi yang saya perolehi.
Ayam Masak Kicap Pedas makan dengan nasi putih panas dah cukup menyelerakan anak-anak saya di rumah. Ini belum lagi kalau dapat makan dengan sayur kobis goreng atau kangkung goreng.Meletup kann.haha.
Jadi, apa salahnya saya kongsi kat sini.Kot ada yang nak try versi Ayam masak Kicap Pedas Style Cik Matahariku.Kann.Jom, kita check it out:)
Cara Masak Ayam Kicap Pedas Yang Sedap Style Cik Matahariku
Sumber Resepi : Blogger Cik Matahariku
Bahan-Bahan :
Ayam setengah ekor atau saiz sederhana ( digoreng separuh masak dengan garam dan kunyit )
Bawang besar dua biji ( Hiris tebal )
Kentang 2 biji saiz sederhana ( potong ikut wedges)-digoreng sekejap.
Bawang merah 4 ulas ( ditumbuk/dikisar )
Bawang putih 4 ulas ( ditumbuk/dikisar )
Halia 2 inci ( separuh di hiris, separuh ditumbuk/ dikisar )
Cili Padi 10-15 tangkai ( boleh kurangkan atau tambah ikut kepedasan yang disukai )
Cili kering blend 3 sudu makan
Serai dua batang ( dititik sahaja )
Bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga.
Kicap Jalen flavor lemak manis ( recomended brand of soy sauce.heh.)
Gula dan perasa
Cara Menyediakan Ayam Kicap Pedas Yang Sedap Style Cik Matahariku
Bahan-bahan utama masakan ayam kicap pedas homemade Cik Matahariku.heh. Ada bahan yang kena tumbuk/ kisar, ada juga yang kita hiris je.Ayam pula goreng separuh masak.Kalau goreng garing sangat, nanti ayam jadi liat dan keras.Ada kentang dan cili kering blend.Benda basic yang wajib ada haruslah Kicap Lemak Manis Jalen-most favourite all the time:)
Apabila minyak dah panas, masukkan bahan-bahan hirisan tadi. Saya memang suka goreng bawang besar tu dahulu untuk kebanyakkan masakan saya sebab bau bawang yang digoreng dapat meningkatkan aroma makanan itu sendiri.Ini juga tips kalau ko nak kuah kicap ko lebih sedap.Cubalah! Lebihkan bawang lagi bagus.
Bila dah naik bau masakan tu, barulah ko masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi.Kacau bagi sebati.
Masukkan pula cili kering blend.Cili kering blend ni kena rebus dulu, kemudian baru blend.Ini juga tips kalau nak masakan pedas kita lebih sedap dan selamat.Sebabnya cili kering tu kira dah dimasak terlebih dahulu dengan cara merebus kan.
Rupa paste kuah ayam kicap kita selepas ko masukkan cili blend.Jap lagi barulah kita masukkan kicap ya.
Untuk sukatan kicap, ko agak-agak bila masukkan ayam nanti dia sedang elok ayam tengelam sikit dalam kuah. Tips paling penting yang saya perhatikan, ada yang suka tambah atau masukkan air dalam kuah kicap ni kan.Tapi bagi saya pula, saya tak pernah tambah air dalam masakan ayam kicap saya. Bila kita masukkan ayam yang dah goreng nanti, ayam tu jugak akan keluarkan air. Jadi, rasa sebenar kicap akan "out" bila kita tambah air dalam kuah kicap kita.
Masukkan ayam yang dah goreng separuh masak tadi,kentang dan juga cili padi.Masa ni boleh kecilkan api sedikit.Kita nak bagi sebati semua bahan.Kalau api besar, alamat kering kontang kuah kicap kita karang.
Tutup sebentar sekitar 5-7 minit supaya ayam kicap kita lebih empuk, kicap dapat meresap sampai ke isi ayam dan rasa kuah kicap lebih mantap.Ceh gitu.
Ayam Masak kicap Pedas Style Cik Matahariku- Tanpa tambah air- originally with Jalen soy sauce:)
Alhamdulillah, selesai masak-masak with Cik Matahariku:)
Thanks read this entry, Semoga sudi mencuba resepi ayam kicap pedas style saya:)
Jangan lupa #resepicikmatahariku-
7 Comments
Boleh licin sepinggan sekali hadap aje tu
ReplyDeleteAlhamdulillah, masak ayam kicap ni memang ramai peminatnya kann..:)
Deletesedap tu, ayam masak kicap ni all time favourite akak, lagi-lagi bila makan dengan nasi ambeng
ReplyDeletebetul sangat sis, nasi ambeng memang ngam makan dengan ayam masak kicap!
Deletelapaaa sedapnya tengok
ReplyDeletecubalah resepi ni, inshallah, bukan setakat sedap ditengok je..sedap juga dimakan..hihi..
DeleteResepi yg bertambah nasi ni..
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!