Resepi Donut Kentang Yang Mudah, Sedap, Lembut Dan Menjadi Gebu

As Salam,
Resepi Donut Kentang Yang Mudah, Sedap, Lembut Dan Menjadi Gebu- Bersyukur dengan cuti sekolah yang sedang saya nikmati, moment yang paling saya suka ialah apabila saya boleh 24 jam dalam rumah sendiri, dan boleh buat apa sahaja yang saya sukai.Anak-anak pula saya hanya jadualkan waktu tusiyen ( itupun anak yang lebih kecil diajar oleh kakak yang lebih besar ) dan hadkan waktu melayari internet.Selebihnya, semua orang bebas nak buat apa dalam rumah.

Donut kentang yang lembut, sedap dan menjadi sangat gebu dengan resepi yang saya kongsikan ini.

Seperti saya yang menikmati cuti dengan melakukan perkara yang saya sukai, anak-anak juga boleh buat sepah dalam rumah ( lepas main depa akan kemas sendiri), boleh bangun lambat ( selepas selesai solat subuh ), boleh mandi lambat dan request nak mama masak apa untuk breakfast atau lunch.

kata Cuti sekolah kan.hiks.Mak dengan anak cuti sakan.Bapak kena pergi kerjalah ya.hehe.

Boleh tonton cara menyediakan donut kentang yang sangat mudah ini di Channel Youtube Cik Matahariku :

sila klik video untuk melihat cara yang sangat mudah menyediakan donut kentang.

Rupa donut kentang selepas dibentuk saiz bulat dan sudah mengembang dengan jayanya.

Kepada peminat donut, kali ini saya nak kongsikan cara saya menyediakan donut kentang yang sangat mudah, sedap dan menjadi gebu.Kemain cikgu sorang ni.haha.Resepi yang saya kongsikan ini memang akan menghasilkan donut yang lembut dan gebu.

RESEPI DONUT KENTANG YANG MUDAH, SEDAP, LEMBUT DAN MENJADI GEBU
Sumber Resepi : Dari Dapur Aida
Olahan semula oleh : Blogger Cik Matahariku
Bahan-Bahan  A
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
2 sudu gula
- campurkan semua bahan ni dan biarkan kembang ( berbuih )

Bahan-Bahan B
4 cawan tepung gandum ( 1/2 kg tepung )
satu biji kentang saiz sederhana ( direbus dan dilenyek )
2 sudu makan marjerin/ butter
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

 Walaupun taburan gula halus pada donut ini tak semengah mana, maklumlah buat donut dengan askar-askar diraja, tapi kelembutan dan kegebuan donut kentang ini memang tidak dapat disembunyikan.hihi.

Seingat saya, donut kentang antara menu yang paling kerap saya ulang tayang dalam entri masakan saya time cuti sekolah.Maklumlah, donut ni antara kuih yang ringkas dan mudah disediakan.

Donut kentang dengan resepi ini akan menjadi donut yang padat tapi sangat lembut, bukannya donut yang ringan dan isi dalamnya macam kapas. Saya pilih donut yang macam ini daripada donut yang ringan dan isinya seperti "kosong".Ikut selera masing-masing ya:)

Cara Menyediakan Donut Kentang Yang Lembut dan Menjadi Gebu
  1. Ramaskan bahan-bahan B hingga jadi macam serbuk roti.
  2. Kemudian campurkan Bahan A tadi dan gaul rata.
  3. Uli doh sehingga tepung tidak melekat di jari.
  4. Biarkan selama 30 hingga 40 minit. Pastikan bekas ditutup.
  5. Bila doh sudah mengembang, tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan buat saiz bulat-bulat.
  6. Biarkan selama 30 minit.. Lepas tu boleh goreng
  7. Gunakan api kecil dengan minyak banyak supaya isi donut masak dan lebih gebu.
Jika anda menghadapi masalah yis yang tidak berbuih atau mati, anda boleh baca sebabnya di sini :
Resepi ini asalnya ialah untuk buat donut biasa tanpa perlu uli.Saya olah resepi ini dengan menambah kentang untuk buat donut kentang.Saya uli macam biasa,Hasilnya tetap menjadi, malah donut menjadi gebus berganda sebab kita tambah kentang yang sudah dilenyek dalam doh tadi.

Selamat mencuba:)

Post a Comment

12 Comments

  1. sedapnya, gebus betul lah... dana ni jarang sangat buat donat, jenis malas nak masak banyak-banyak
    cumanya bila tengok orang buat seronok betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah,mmg gebu dan sedap😚, donut ni kalau kita buat bnyak, kita boleh frozenkn dgn cara goreng sekejap..

      Delete
  2. Replies
    1. alhamdulillah, faveret anak-anak saya ni sis, sy lebih suka donut yang lembut, sedikit padat berbanding donut yang isinya kosong..

      Delete
  3. Alhamdulillah,baru lps mendonut...sedap sngt Dan menjadi...tq sis resepi yg ikhlas

    ReplyDelete
  4. Terima kasih share resepi...sya dh byk kali buat utk famili...mmg sedap, gebu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama sis:) terima kasih sudi cuba resepi di blog ini, sila cuba resepi yang lain dalam blog ini, semoga bermanfaat:)

      Delete
  5. kenapa sy buat adunan jd lembik...1 cwan air suam ...nasib sy x terus tuang semua...😁😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya kalau saya uli doh untuk buat donut, saya akan masukkan air sedikit demi sedikit, kalau adunan jadi lembik, boleh tambah tepung gandum sedikit demi sedikit juga sampai doh kita jadi elastik dan lembut.Selamat mencuba puan :)

      Delete
  6. Terima kasih utk resepi...donut menjadi.. Alhamdulillah... Moga murah rezeki puan

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih puan doanya.Kalau puan dah berjaya buat doh donut ini, puan boleh guna doh yang sama untuk buat pau kukus, pau sambal, bun manis dan banyak lagi.Selamat mencuba puan:)

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!