As Salam,
Resepi Mudah Masak Ikan Siakap Tiga Rasa Yang Sedap dan Pedas Pasti Membuka Selera-Cuti sekolah dan memang sudah dijangkakan oleh mak-mak se-Malaya-Masuk dapur sehari dekat empat ploh kali.kiki.Masak-makan-habis-masak lagi-Ayah depa pun pening seminggu sekali kena pi pasar.Biasa pi pasar dua minggu sekali.haha. Bertabahlah suamiku:)
Haih.Seronoknya dapat makan sedap-sedap ala-ala kat restora kan.Time saya siap masak dan serve atas meja makan menu ikan siakap tiga rasa ni, kemain anak yang kecik sekali rasa kagum nau dengan mama dia.Siap cakap macam ni.
"wahhh..mama masak ke ni..hebatlah mama!.Ai is kembang kuncup lubang idung time mendengor pujian setinggi langit tu..muehehe.
Padahal ikan siakap tiga rasa ni bukanlah first time saya menyediakannya kat rumah, cuma cara served yang sedikit "fake" ni telah memikat juri-juri di rumah.hiks.
Lagi satu, ikan siakap ni sebenarnya dah siap-siap kena kerat 18 dari pasar lagi, tapi saya susun balik nak bagi nampak ala-ala macam kat restoran gitu. Inilah tips dan trick mak-mak nak bagi anak-anak feel makan kat restoran.Kita buat dia kann.
Kalau nak tengok resepi dan cara saya masak Ikan Siakap Tiga Rasa Yang Sedap dan Pedas ni, korang boleh klik link di bawah dan boleh tengok kat situ:)
Ini masakan ikan siakap tiga rasa yang pernah saya kongsikan dalam blog sebelum ini.
Resepi ini saya ambil dari Blog Kak Azie Kitchen.
Sebenarnya saya ingin juga mencuba masak ikan siakap dengan menu lain, masak stim atau masak black pepper ke, tapi anak-anak tetap request nak siakap tiga rasa. Saya pula biasanya hanya masak ikut permintaan atau kesukaan anak-anak atau bapak anak sahaja.Dah depa yang nak makan kan.Kita pulak masak untuk mengembirakan dan meraikan ahli keluarga gitu.Eh.cehceh.Mithalinya den jadi omak kann.haha.
Inilah antara bahan yang saya gunakan untuk masakan siakap tiga rasa yang sedap dan pedas, yang pasti membuka selera sesiapa yang menyukai masakan pedas.
Siap dapat dua hidang lagi ikan siakap tiga rasa ni.Sebenarnya, sejak awal cuti sekolah, mak saya ada di rumah.Jadi, bila makan sekeluarga, saya akan buat dua hidang.Anak-anak pun senang nak makan, mak pun sama, tak payah nak tarik pinggan lauk sini sana kann.
Bila saya masak ikan siakap tiga rasa ni di rumah, anak-anak memang makan berselera sebab kita tahu inilah taste depa.Cuma saya biasanya taklah strict sangat bab ikut resepi ni, asalkan main ingredients dia ada kat dapur, inshaAllah rasa masakan tu tak akan berubah.Kalau setakat takde tomato, nenas atau cili benggala tu takde, saya okey lagi.Masakan ikan tiga rasa ni yang penting sos atau kuah dia kan.hihi.
Kebanyakan resepi yang saya kongsikan dalam blog ini bukanlah resepi rare atau baru, saya masak benda yang sama, cuma dalam blog ini saya kongsikan cara saya menyediakannya.Tujuannya untuk geng-geng mak dara atau anak dara yang hanya belajar masak selepas kahwin.heh.macam saya:)
Orait, readers semua, thanks for reading this entry.Jangan lupa cari resepi masakan di Blog ini dengan hashtag #resepicikmatahariku-
10 Comments
sedap nih, memang menu ini sentiasa memikat hati lah...
ReplyDeletekalau saya suka tambah daun ketumbar bau dia macam siam-siam gitu hehehe
betul tu, menu ni ibarat signature food bagi mana-mana restoran tomyam kann..kita yang kat rumah, kalau sekali sekala dapat buat sendiri untuk anak-anak memang puas hati.
Deleteahhhh , sedapnyaaaa . . . ikan siakap ada dalam peti tu tapi takda idea lagi nak masak apa .
ReplyDeletebolehlah masak resepi ni, takpun google resepi ikan siakap..macam-macam boleh masak tu nanti..hehe.
Deletewaalaikumussalam. resepi ni memang tak pernah mengecewakan. boleh la buat kita jadi nak tambah nasi. haha
ReplyDeleteyup betul, cara masak ikan siakap ni pun pelbagai cara, saya pilih resepi yang guna cili blend ni sebab family suka pedas:)dan lebih mantap rasa kuah/ sosnya..cubalah:)
DeleteDapp nyer
ReplyDeletealhamdulillah, memang sedap dan anak2 makan bertambah.
DeleteSangat mudah untuk masak . Terima kasih atas perkongsian
ReplyDeletealhamdulillah, sama-sama sis:)
DeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!