Resepi Popia Goreng Inti Sayur Yang Sedap, Rangup Dan Mudah Disediakan

As salam,
Resepi Popia Goreng Inti Sayur Yang Sedap Dan Mudah Disediakan- Cuti sekolah ni, tak habis-habis buat stok makanan untuk anak beranak kat rumah ni.Nampak nau family saya ni ahlinya asyik makan saja.Tengok badan pun tahu.haha.

resepi popia goreng sayur yang rangup dan sedap
Popia Goreng Inti Sayur yang intinya sangat sedap, popianya pula rangup.

Sebenarnya bukan sebab tu sahaja, kebetulan pula sejak awal cuti sekolah, rumah saya tak berhenti dikunjungi saudara mara yang datang bercuti ke PD.Alang-alang depa dah sampai PD, haruslah kami pelawa singgah ke rumah kan.Ada juga yang memang rancang untuk datang dan menziarah kami.Maklumlah sejak masuk rumah baru, tak buat-buat lagi house warming.ahaks.Kira setel lah bila kami jemput mereka semua datang dan singgah ke rumah jika berkesempatan.Al Hamdulillah:)

Jadi, bila ada stok makanan kat umah, kita tak kelam kabut nak terima tetamu kan.semuanya dah ready.Saya pula suka sediakan hidangan ringkas seperti popia sayur, karipap, roti sardin gulung, donut dan apa sahaja yang simple-simple sebagai side dish jika ada tetamu datang rumah.

Popia inti sayur ni memang senang nak sediakannya, tapi kalau aura malas ko tengah datang, buat apa pun tak jadi kann.mueheh.samalah kita:)

Orait, jika korang readers "tetap dan berpencen" blog ini, pasti korang dah jumpa banyak resepi dan cara mudah sediakan popia goreng ni kan.Inti sayur yang saya kongsikan cara membuatnya pun saya dah share dalam blog.Tinggal korang je, entah buat ke idak ikut resepi yang saya kongsi tu.heh.

Resepi Popia Goreng Inti Sayur Yang Sedap, Rangup Dan Mudah Disediakan

Marilah kita belajar buat inti popia sayur yang sedap secara berjemaah.kiki. Antara bahan yang saya gunakan untuk buat inti popia sayur ialah timun, carrot, sengkuang.Bahan tumis intinya pula bawang merah, bawang putih, udang kering atau ikan bilis dan juga telur.Paling penting ialah ko mesti ada kulit popia itu sendiri dan juga sagat sayur.Sagat tu boleh cari kat DIY atau mana-mana kedai "murah" dengan harga dalam RM5-RM6 sahaja.

Kalau nak elakkan sayur cepat berair, sagat dulu carrot, sengkuang kemudian akhir sekali timun.Kalau bajet lebih, boleh juga guna timun jepun.Kalau korang guna timun biasa macam dalam pic tu, pastikan sagat setakat isi dia sahaja, jangan sampai sagat biji dia.Tujuannya supaya popia kita akan kekal rangup bila di goreng nanti.

Bahan tumis ni sebenarnya ikut kita.Ada orang tak makan udang kering sebab alergik, jadi boleh ganti dengan ikan bilis.Kali ini saya bajet lebih, semua sekali saya belasah.haha.

kulit popia pula sebenarnya tak kisah brand apa pun, yang jadikan popia kita sedap dan rangup,bukan dari kulitnya, ia datang dari intinya dan cara penyediaan inti.InshaAllah, kalau betul caranya, popia kita akan menjadi popia paling sedap kat dunia.ecehceh.gitu sekali!

Ni macam gambar ulangan kann.hihi.Yang atas tadi takde pic telur, kali ini baru teringat telur.Telur ni antara tips nak bagi inti popia sayur kita jadi ada rasa lemak sikit selain rasa sayur kann.Barulah ngam kat tekak.Ceh gitu.

Taraa.Tiba-tiba dah siap inti sayur kita. hihi. Saya ada share kat entri yang lain cara masak inti popia.
Boleh search kat blog ni ya.

Time masak inti popia sayur ni, tak payah lama sangat atas dapur.Cukup sekadar bahan tumisan dah naik bau, perasakan, masukkan telur dan akhir sekali masukkan sayur.Kacau bagi rata semua sayur, then tutup api dan angkat.Masukkan dalam bekas bertapis untuk sejatkan air.( jika sayur berair).Masa ni saya masukkan terus dalam bekas biasa sebab sayur yang ini kering sahaja.Tips tak nak sayur mudah berair, bahan tumis tu tumbuk kasar sahaja, tak payah blend.

Orait, boleh check entri kat sini, untuk dapatkan resepi lengkap dan cara bergambar buat popia goreng inti sayur yang sedap.

  1. Resepi Mudah Popia Goreng Inti Sayur
  2. Cara Buat Inti Popia sayur Yang Sedap dan Mudah
  3. Tips Pastikan Popia Sayur Kekal Rangup 

Apapun, terpulang kepada cara pilihan sayur yang korang suka.Ada orang tak suka timun atau sengkuang.Tapi bagi saya, elakkan guna taugeh dalam inti popia kita sebab taugeh ni cepat mengecut apatah lagi kalau kita frozenkan dia.Bila taugeh mengecut, ia akan menyebabkan popia kita jadi kurang enak.

popia goreng yang sedap
popia goreng kekal rangup dan kulitnya licin selepas di goreng kerana cara menggoreng dengan api perlahan, minyak yang sederhana banyak dan setiasa di kaup balik dalam kuali.InshaAllah.

Selamat mencuba semua, sila tinggalkan komen jika korang dah mencuba ya:)



Post a Comment

2 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!