Friday, January 17, 2020

Tahun Baru Dengan Pageviews Blog Yang Ke-47 Juta Views-Its Ohsem!

As Salam,
Alhamdulillah.Tahu-tahu pageviews blog dah menjangkau lagi.Kali ini blog saya capai 47 juta views.Saya pernah kongsikan sebelum ini, yang sebenarnya saya dah tak berapa nak excited dengan pageviews blog yang meningkat bulan demi bulan.Mungkin itu bukan lagi target saya dalam berblog. Yup! dasar dah berubah.Ceh gitu:)
Blog Cik Matahariku selangkah ke hadapan dengan pengenalan QR Code yang tersendiri.
Melangkah ke 47 Juta Pageviews pada tahun 2020, tahun ke-10 berblog:)

Lalu, apakah yang mendorong saya untuk maintain dalam berblog?

Saya sudah mula mahu kembali kepada niat asal saya ingin berblog.Blog adalah ibarat luahan perasaan dan perkongsian saya tentang hal-hal yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Harapnya niat itu tidak berkubur kembali. Kadang-kadang dalam berblog banyak benda yang kita akan jumpa.Antaranya tentang buit duit dengan blog.

Saya tak nafikan yang ini.Semangat berblog tu datang berkobar-kobar bila tengok pendapatan Adsense.Bukan sedikit pulak tu jumlahnya.Rasa nak berhenti kerja dan buat blog full time.Tapi bila fikir semula.Benda boleh dapat dengan buat part time, kenapa nak full time kann.haa gitu!

Orait, Bagaimana saya meningkatkan traffik Blog walaupun saya hanya update blog jarang-jarang sekali. Meskipun blog ini hanyalah sebuah blog personal, ada tiga perkara yang saya mahu korang cuba buat, InshaAllah akan berhasil seperti saya.

Tips Berjaya Mengekalkan Traffik Tinggi Sepanjang Musim
  1. Tulis entri tentang topik yang ada nilai evergreen.
  2. Buat content yang asli, panjang sekitar 300 patah perkataan.
  3. Berikan tajuk entri yang semua orang pasti klik entri kita.

Mudah sahaja kan.Hendak seribu daya.

Kali ini saya tak berapa nak taip panjang-panjang, sebab time menaip ni pun dah dekat masuk waktu maghrib.

Selamat mencuba.Semoga berjaya!


RANDOM POST :

19 comments:

  1. wahhh bestnya dah 47 juta PV, tahniah cik matahariku...

    ReplyDelete
  2. seronoknyaaa !! semoga makin maju jaya =)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih WP yang rajin lawat blog ini, semoga yang terbaik juga untuk blog WP:)

      Delete
  4. Tahniah Cik Matahari ~
    47 juta tu bukan mudah tu masih jauh bagi saya..
    thanks for the tips.. tahniah sekali lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih, yup..tak mudah sebenarnya, but InshaAllah, keep writing and sharing, u will get the result, content is the king! happy blogging sis:)

      Delete
  5. wahh tahniah cik matahariku. Bkn senang tu nak dapat 47 juta. Btw tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih.InshaAllah, menulis blog juga perlu ada planning, ada target yang kita nak capai, barulah blog boleh maju..

      Delete
  6. Masyukk tu cikgu income adsensenya sampai tahap boleh berenti kerja hehe...teruskan brkhidmat utk anak bangsa dan netizen cgu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, syukur semuanya rezeki kann..inshallah,aamin.

      Delete
  7. alhamdulillah tahniah. salam blogwalking ^_^

    ReplyDelete

Sila kongsi Komen anda disini dan terima kasih atas kesudian singgah membaca post dalam blog ini- Semoga ada manfaatnya kepada anda semua:)

Loading...