Cara Semai Bayam Brazil Ke Medium Tanah Supaya Lebih Subur Dan Cepat Membesar

As Salam,
Cara Semai Bayam Brazil Ke Medium Tanah Supaya Lebih Subur Dan Cepat Membesar-Diam tak diam dah hari ke-10 kita dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semoga semua barisan frontliner atau backliner tetap tabah, kuat dan dedikasi melaksanakan tanggungjawab mereka demi negara tercinta.Kita sebagai rakyat marhein ni, jangan lupa doakan mereka setiap kali usai solat.Doa adalah sebaik-baik senjata bagi kita sebagai muslim.InshaAllah.

Pokok bayam brazil sudah saya pindahkan ke medium tanah supaya lebih subur dan cepat membesar.

Sebelum ini saya tanam sementara dalam bekas berisi air.Tak sangka saya bila melihat daun-daun baru tumbuh dengan sangat pantas.Betullah seperti yang diberitahu rakan-rakan yang menanam pokok bayam brazil, pokok ini sangat mudah tumbuh dan membesar, malah cepat pula mengutip hasilnya.

Ini bermakna, usia bayam brazil atau dipanggil juga Brazillian Spinach yang saya angkut dari Sungai Besar tempohari juga sudah berusia 10 hari.Korang ingat lagi post terdahulu saya tentang bayam brazil ni ? Kalau korang terlepas post yang itu, boleh tengok kat sini : Mudahnya Tanam Bayam Brazil Dalam Bekas Berisi Air-

Akhirnya Encik Suami belikan juga saya tanah hitam, tu pun sengaja saya selitkan dalam list barang dapur time dia nak keluar beli barang dapur yang dah semakin menyusut sejak seminggu dia berbelanja.Alhamdulillah.Syukur pada Allah, kerana minat saya untuk berkebun ni semakin bercambah ditambah lagi dengan cuti kuarantin di rumah-jadi banyak masa saya boleh peruntukkan untuk mengurus pokok-pokok ni.heh.Macamlah banyak nau pokok yang saya tanam.Padahal ciput je kot.Angan-angan je lebih.

Tak susah pun cara semai pokok bayam brazil ni, saya cuma pindahkan dahan atau keratan batang yang saya tanam sementara dalam bekas berisi air ke medium tanah hitam yang dibeli di Tesco.Harapnya bayam brazil ini tidak diganggu serangga perosak.huhu.Inilah yang paling saya risau jika menanam pokok-pokok di rumah.

selain tanam dalam pot atau bekas botol terpakai, pokok bayam  brazil ni jugak boleh ditanam terus atas tanah dengan siraman sehari sekali. Kalau nak pokok yang sihat dan rimbun, kita digalakkan memetik pucuk-pucuk bayam brazil ni atau dahan yang muda supaya ia akan menumbuhkan tunas baru yang lebih subur.

Orait, semoga dapat beri manfaat kepada readers blog ini semua:) Saya akan kongsikan lagi perkembangan pokok bayam brazil ini selepas beberapa hari lagi nanti.InshaAllah.aamin.

Post a Comment

4 Comments

  1. Memang senang sangat untuk menanam pokok Bayam Brazil.. Tak perlu rendam, kerat batangnya dan cucuk di atas tanah :)

    ReplyDelete
  2. betul tu, sblum ni sy tanam dlm air dahulu sbb takde tanah di rumah, maklumlah dok umah yg tanahnya cuma seciput kat luar pagar.. hihi.. tq singgah blog ni:)

    ReplyDelete
  3. Antara pokok paling mudah di tanam... cucuk2 je dah besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh..begitu ya..saya baru first time cuba tanam, tak dapat bayangkan perkembangannya cam na..tapi memang excited tgk pokok ni cepat tumbuh..

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!