Breaking

Monday, March 23, 2020

Mudahnya Tanam Bayam Brazil @ Brazillian Spinach Plant Dalam Bekas Berisi Air

As Salam,
Mudahnya Tanam Bayam Brazil Dalam Bekas Berisi Air- Hai! Mesti korang dah kenal sejenis sayuran dengan nama Bayam Brazil kan? Atau dikenali jugak dengan nama saintifiknya Alternanthera Sissoo.Tanaman ini dipercayai berasal dari Brazil kerana paling banyak dijumpai di negara ini. Nama lain bagi bayam ini ialah Sissoo spinach, Samba lettuce dan Poor Man’s Spinach.

Percubaan menanam Bayam Brazil dalam bekas berisi air. 

Orait, saya mempunyai beberapa kisah menarik berkaitan dengan tanaman ini dan memang teringin sangat nak tanam bayam brazil ini di rumah.Tambah-tambah lagi sejak mula minat berkebun ni, segala mak nenek sayuran saya nak tanam.haha.

Hari ke-6 keratan batang bayam brazil ini saya letak dalam bekas berisi air dan sudah mengeluarkan daun-daun kecil serta akar yang banyak.Subhanallah.Allah yang Maha menghidupkan dan menyuburkan segala tanam-tanaman.

Sebenarnya, sulit juga saya nak dapatkan keratan batang bayam brazil ini sebab saya tak ada sumber nak dapatkan tanaman itu sendiri.Tambah lagi, bila saya join Grup berkebun Di Rumah ( FB), depa dok pakat tunjuk bayam brazil yang depa tanam hidup dengan sangat subur, dengan warna daunnya yang kerinting hijau tu, memang sangat menguji kesabaran saya.heh.

Ibaratnya macam budak kecik yang nak ais krim magnum, nak jugak! nak jugak!teruk beno ghupanya ni.kiki.Sehinggalah satu tahap, saya berdoa semoga Allah mudahkan saya untuk dapatkan keratan batang ni.( Betapalah lemah dan kerdilnya kita ni kan, nak tanam bayam brazil pun siap doa bagai.Tapi itulah hakikat yang kita selalu lupa nak buat, mintak doa padaNya walaupun dalam hal-hal yang kecik kononnya.).Padahal, semua urusan kita, yang pada kita ada kecil dan besar, sepatutnya sebagai hamba bila kita meminta kepadaNya, semua urusan kita adalah BESAR, jika tidak kerana pertolongan Allah, mana mungkin kita mampu melakukannya.Allahurobbi.

Sebelum saya tanam keratan batang bayam brazil ni, saya bersihkan dan ambil daun-daunnya.Semua daun yang korang nampak antara celahan batang tu ialah daun yang baru tumbuh.Penuh daunnya kan, dari bawah sampai ke atas.Alhamdulillah.

Walaupun dua minggu sekali saya kerap ke pasar PD, tetapi kami belum pernah jumpa lagi depa dok jual bayam brazil kat pasar.Akhirnya, Allah kabulkan doa saya dengan cara yang tidak terfikir pun oleh saya.Saya ringkaskan cerita, saya mendapat keratan batang bayam brazil ini tatkala menyertai rombongan menghantar pengantin anak buah ke Sungai Besar, Selangor pada hari Ahad lepas ( Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan ). Yang lebih istimewanya, pokok bayam brazil ini ditanam secara meluas di kawasan homestay yang saya menginap iaitu di D'Bayu Impian HouseStay.Naik rambang biji mata saya nengok pokok bayam brazil tumbuh macam rumput kat tepian kolam di housestay itu.

D'Bayu Impian HouseStay, Sungai Besar, Selangor.Tempat saya mendapat keratan batang bayam brazil.Jauh jugak perjalanan bayam brazil saya ni dari Sungai Besar ke Port Dickson.hehe.

Tambah menyeronokkan saya lagi, bila saya minta izin dari owner untuk ambil sedikit keratan batang bayam brazil tu, sungguh-sungguh pula owner housestay tu beri kebenaran dan katanya ambillah banyak mana pun, sebab dia memang nak biakkan tanaman tu.Allahuakbar.Nampak sangat desprate saya kan dengan tak malu siap mintak izin nak pokok bayam brazil tu.haha.Inilah yang orang sebut : Usaha dan doa tangga kejayaan.Ceh gitu:).With Allah All Impossible is Possible:)

Ini antara post dari teman-teman di Grup Berkebun di Rumah tentang Bayam Brazil.
Tak sabar nak tengok tanaman saya subur dan hijau macam ni.Semoga Allah izinkan dan rezekikan untuk saya menanam dan menjaga pokok ini.aamin.

Angan-angan saya tinggi.InshaAllah.Saya akan dapat juga tanam bayam brazil ini di rumah saya sendiri.Siap dah standby dua bekas/pasu besar untuk saya tanam pokok ini nanti.Buat masa ini saya letak dalam bekas berisi air sebab belum ada tanah yang mencukupi untuk dibuat tanam pokok ini.

 Pertama kali saya tahu tentang pokok ini adalah daripada jiran lama ketika tinggal di KL.Jiran saya menunjukkan tanaman ini dalam pasunya, saya teruja tengok daun bayam brazil yang sangat hijau dan subur.Sejak itulah, nama bayam brazil ini dah melekat kat kepala saya, walaupun ketika itu saya belum pernah merasa keenakan daun ini lagi.Katanya sedap dibuat ulam cicah sambal belacan.Alamak..tu memang feveret saya!

Semoga perkara pertama yang kita terfikir bila melihat tanaman yang hijau dan subur ialah betapa besarnya kuasa Allah menjadikan apa sahaja di dunia ini dengan tiada yang sia-sia.Subhanallah.

Orait, cukuplah saya share story pasal bayam brazil ni.Doakan kemudahan saya dalam memulakan minat dalam dunia perkebunan.hehe.aamin.

semoga daun brazil ini akan membesar dengan sihat dan subur seperti tumbuh di atas tanah.aamin.

Sampai jumpa lagi, tunggu perkembangan pertumbuhan bayam brazil saya ya!


4 comments:

  1. Replies
    1. ya WP,saya ada dengar juga daun brazil ni boleh dibuat masakan seperti goreng belacan, masak lemak putih dan juga goreng dengan tepung..macam-macam kann..:)

      Delete
  2. Dah tanam bayam brazil. mudah dan sedap dimakan. Sukanya bila tengok rimbun macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pula baru pernah cuba sekali mkn sbg ulam, rs daunnya mmg biasa je kann.. tapi khasiatnya bnyk..

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!

Post Top Ad

Your Ad Spot