Resepi dan Cara Mudah Buat Roti Puri Yang Sedap Dan Menggelembung Elok

As Salam,
Resepi dan Cara Mudah Buat Roti Puri Yang Sedap Dan Menggelembung Elok-Syukur.Dapat Cuti Sekolah extra tahun ni.Walaupun kena kuarantin dok dalam umah, tak boleh keluar tanpa urusan penting, sebagai wanita bekerjaya, dok dalam umah memang sesuatu yang heaven.hiks.Saya tak kisah kalau kena masak pagi dan petang, sebab anak-anak memang suka makan.So, hargai dan manfaatkan masa yang ada sebab kita tahu moment kita dengan anak-anak ni cepat je berlalu kan.

Roti Puri ni antara favourite saya kalau pi breakfast kat mamak.Setakat ni memang tak jemu lagi saya menghadapnya.Roti puri n roti puri n roti puri.hahha.

Tahu-tahu nanti anak semua dah belajar kat kolej, tinggal kita dok berdua dengan Encik Suami.Masa tu kita akan terkenang saat-saat membesarkan anak-anak.Mesti rindu moment sekarang kan.heh.

Orait, dah lama Cikgu sorang ni tak kongsi resepi masak-masak kan.Entahlah.Masak je setiap hari.Tapi mood nak share dalam blog belum mari.Takpe.Kita buat mana yang sempat dulu ya.Kali ini, sempena Day 2-Kuarantin@home- saya gigihkan diri buat sendiri roti puri kat rumah.Biasanya kalau weekend, Encik Suami akan bawa saya pi breakfast sebelum kite orang pi pasar berdua.

Roti puri dengan resepi yang saya cuba ni memang mudah, teksturnya memang lembut walaupun nampak rangup gelembungnya.Bahan yang digunakan menyebabkan tekstur roti puri ni tetap sedap dan tak liat walaupun dah sejuk.

Tapi pagi ni, ketua keluarga je boleh keluar rumah, so saya pagi-pagi subuh sapiee dah mengoogle resepi roti puri yang mudah dan senang, yang sesuai dengan bahan yang ada kat kitchen saya.


Jadi, nak mudahkan kerja sambil uli tepung sambil tengok resepi ni, saya print screen je resepi buat roti puri dari web "daridapur.com"-


Ini pulak, cara membuat roti puri yang sedap dan pasti menjadi-ceh gitu:)

Memandangkan time buat roti puri ni anak-anak masih sambung tido kat bilik depa, saya dapatlah buat roti puri dengan aman dan sentosa.kihkih.

Bahan-bahan seperti tepung gandum, marjerin, minyak, yis, susu, garam dah saya gaul sebati dalam bekas. Air suam juga digunakan untuk uli tepung dan bahan-bahan tersebut. Excited nak menguli ni.Lengan pun dah sado semacam je ni.haha.

ni rupa doh roti puri yang saya dah uli.harap-harap kuranglah satu kilo lemak kat lengan saya yang sado ni dok menguli doh roti puri ni.aamin.hiks.

Bentukkan bulat doh tadi dan biarkan selama 15-30 minit.Ada juga saya baca resepi yang lain, tak payah biarkan doh pun boleh juga.Tapi saya kan lurus, ikut resepi baik-baik sebab nak buat sampai success-yeahh.

lepas dah siap bentukkan bulat, marilah kita teruskan exercise untuk lengan yng sado dengan gelek pulak doh tadi dan bagi leper semua doh roti puri tu.Nanti senang kita tinggal goreng je.

Masukkan roti puri bila minyak dah betul-betul panas.Siram minyak atas roti puri supaya roti akan mengelembung dengan jayanya.yay!!-Pastikan juga kita guna minyak yang penuh supaya mudah roti digoreng nanti.

taraa.Dah siap jugak kari ayam tanpa santan untuk dibuat cicah dengan roti puri homemade.Tak sabar den nak ngap dah roti puri favourite saya ni.pheww.

Alhamdulillah.Akhirnya, saya tak payah risau kalau tak dapat lepak mamak lagi lepas ni.Roti puri homemade dah berjaya disediakan.yeahhh.

Orait, terima kasih ikuti cerita saya masak roti puri yang sedap dan menjadi.InshaAllah, doakan saya diberi kekuatan dan kerajinan untuk kongsi lebih banyak resepi saya di rumah sempena kuarantin time ni.aamin

Sampai Jumpa lagi.wassalam.

Post a Comment

0 Comments