Resepi Mudah Dan Sedap Buat Telur Bungkus @ Telur Bistik Di Rumah

As Salam,
Resepi Mudah Dan Sedap Buat Telur Bungkus @ Telur Bistik Di Rumah-Alhamdulillah. Hari Ke-5 kita di rumah atas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan. Saya pernah beritahu sebelum ini, yang bagi saya dok dalam rumah diam-diam tu sebenarnya "heaven" bagi saya.Tapi ia rupanya tidak bagi Encik Suami dan anak-anak.haha.

Mudahnya buat Telur bungkus yang macam kita makan kat kedai tomyam tu.Anak-anak pun puas hati sebab boleh makan-makan menu  ala-ala restoran tomyam kan:)

Anak-anak dok tanya, betul ke cuti sambung lagi mama? 
Saya jawab, tak tahu lagi, tengok pengurangan atau pertambahan kes, baru boleh kerajaan buat keputusan. 
Kenapa? Saya ingin tahu sebab depa biasanya suka bab cuti-cuti sekolah ni. 
Nak sekolah lah mama..

Yelah kan, sebelum ni, bila cuti kita sibuk ke hulu hilir, pergi sana sini, taklah terasa sangat masa berlalu, Cuti sekolah kali ini, depa dok saja dalam rumah sambil tolong saya ambil alih tugas-tugas rutin di rumah seperti membasuh baju, menyidai dan mengangkat baju di ampaian.Ada yang saya tugaskan mengemas dan menyapu rumah dan menolong saya di dapur.

Ha, cakap pasal bab dapur, hari ini saya tak masak lunch.Saya hanya masak pada sebelah petang lepas Asar.Asalnya nak masak ayam paprik, lepas tu anak kedua mintak saya buat Telur Bungkus macam kat kedai tomyam.Sudahnya, saya masak dua-dua menu sebab masing-masing ada kesukaan sendiri.Tambah lagi mama depa pun tengah rajin dna kemaruk masak! kiki.

Resepi Mudah Dan Sedap Buat Telur Bungkus @ Telur Bistik Di Rumah

Antara bahan-bahan yang saya gunakan untuk buat Telur Bungkus ialah telur 3 biji 
(utk satu hidang ).Askar ramai macam saya, saya buat dua hidang jadi 6 biji telur terus.haha.
Sediakan juga satu mangkuk kecil isi ayam atau daging, carrot, cauliflower, cili hijau, cili kisar, bawang merah, putih, halia, sos cili dan sos tiram. Jangan lupa minyak untuk menumis bahan.

Inti telur bungkus tu saya masak terus untuk dua hidang set Telur Bungkus.Kalau ikut resepi asal yang saya tengok di Google, depa tak letak pun halia, tapi saya tambah sebab nak bagi rasa ala-ala thai gitu.hehe.kononnyalah! Telur dah ready untuk digoreng.Bawang pun dah selamat dihiris.

Mula-mula masukkan hirisan bawang, cili hijau dan semua jenis sos, termasuk cili kering blend. Sukatan bagi sos cili dan sos tiram ialah dua sudu makan, sos cili blend 3 sudu makan sebab family saya suka pedas. Masa ni saya dah perasakan siap-siap dengan sedikit garam dan gula.

Kemudian, masukkan pula isi ayam yang sudah dipotong dadu atau hiris nipis.

Masukkan juga bahan sayuran seperti carrot dan cauliflower-Sebenarnya korang boleh je nak letak sayur campur instant, atau pilihan sayuran lain seperti capsicum, kacang panjang atau apa sahaja yang korang suka.Saya pula, dalam waktu perintah kawal pergerakan ni, saya guna je mana yang ada kat fridge.kita buat dia kann.

Inti Telur Bungkus atau Telur Bistik dah hampir masak.Yay!!

Goreng telur dadar macam biasa.Jangan lupa letak garam sikit time kacau telur dadar ni.Bab goreng telur dadar ni, mestilah korang semua dah expert kann.


yeahh.Dah siap telur bungkus dengan resepi dan cara masak yang simple, ringkas dan sangatlah mudah. Jemput makan semua:)

Kalau ikutkan takde beza sangat telur bungkus dengan telur bistik ni.Yang bezanya ialah cara korang sediakan hidangan tersebut.Intinya tetap sama.Kalau telur bungkus, macam yang saya sediakan ni.Telur bistik pula, kita siram atau curah inti atas telur dadar.

Orait, jangan lupa cuba buat sendiri kat rumah korang ya.Yang pasti memang sedap dan suami dan anak-anak pun makan dengan selera.Alhamdulillah.

Jangan lupa klik atau cari resepi di blog ini dengan #resepicikmatahariku-

Post a Comment

2 Comments

  1. ehehe memang ada orang suka je dok rumah.. and setengah lagi resah dah tak keruan. saya both la ikut keadaan. kadang2 rasa juga nak menjenguk kluar hehe..

    sedap ni telur bungkus. buat sendiri pusa hati letak bahan banyak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,mak-mak ni pun dalam rumah mmg ada je kerjanya kann..hihi..yup, mmg puas hati buat sendiri telur bungkus ni..:)

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!