Snake Plant @ Daun Lidah Mertua Tanaman Hiasan Indoor Untuk Bilik BOSS Di Sekolah

As Salam, 
Snake Plant Tanaman Hiasan Indoor Untuk Bilik BOSS Di Sekolah-Tatkala saya menaip entri ini, saya sebenarnya terkenang-kenang akan pokok Snake Plant @ Sansevieria  yang saya tinggalkan di sekolah.huwaa. Rancangan dan aturan Allah tentulah lebih baik dari segalanya.Cuti sekolah dua minggu, jadi saya menjangkakan, pokok snake plant saya boleh bertahan tanpa siraman.Apabila PKP diumumkan, saya pula rasa bersalah meninggalkan pokok kesayangan di sekolah.

gambar pokok lidah mertua yang subur dan cantik
Snake plant atau dikenali juga dengan nama Sansiviera, sangat mudah dijaga.Tidak perlu kepada penyiraman yang kerap, cukup hanya disiram 2-3 kali seminggu.

Orait, korang yang bukan peminat pokok-pokok hiasan indoor kenal dok pokok snake plant ni? mueheh.Den pon dulu tahu nama pokok ni hanyalah lidah mak mertua.Tapi masih tak faham awat depa bagi nama lagu tu.kiki. Snake plant banyak nama lain seperti Snake Plant Sansiviera, pokok lidah jin, lidah buaya dan beberapa nama lagi.

saya pinjam gambar ni dari Google image. Sesuai lah nama pokok ni dengan bentuk daunnya yang panjang macam lidah.kann?

Pokok snake plant yang saya beli di salah sebuah nursery pokok di Pekan Lukut, Port Dickson.Terima kasih Abg Hensem tolong pindahkan pokok ni dari pasu kecik ke pasu pilihan (pasu bajet sebenarnya).heheh.

Kalau ikutkan hari ini kami geng cikgu-cikgu sudah mula kembali menjalankan tugas di sekolah.Tapi dengan arahan PKP akibat wabak Covid-19 yang semakin serius melanda negara kita, maka kita semua kena #stay@home jelah.

Tidak lupa saya ingin sampaikan ucapan jutaan terima kasih kepada semua barisan frontliner dan juga backliner yang terlibat secara langsung dan tidak dalam menanggani wabak ini.kalian telah berkorban dan berjihad dalam memastikan kelancaran, keselamatan dan kesihatan kami semua dalam kondisi terbaik dan maksima.

Semoga Allah beri ganjaran terbaik dan setimpal dengan apa yang kalian usahakan dengan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat untuk kalian sekeluarga.aamiin.

 Pokok snake plant ni sebenarnya saya plan nak letak kat laluan SPBT di sekolah saya.Melihat pada saiz pokok dan gabungan warna hijau dan kuning yang cantik, saya pilih untuk letakkan snake plant ni di sudut bacaan Bilik BOSS di sekolah.

Sempat lagi bergambo dengan pokok yang dah siap dipindahkan ke dalam pasu putih.Asalnya nak beli pasu putih tinggi atau hitam yang lawa sikit, tapi bajet tak cukup.hihi.Total saya beli 4 pokok snake plant ( termasuk yang kecik tu) dengan pasu plastik, tanah hitam bagai dalam RM 80 sahaja.Kalau ikut perasaan nak beli pasu yang lawa sahaja dah cecah RM 68 sebiji, belum lagi kira harga sepokok snake plant tu RM 18-

snake plant yang kecik tu dah tahu siapa punya kan.haha.Budak kemetot ni sibuk mintak nak jaga pokok katanya.Kesian pulak.saya suruh cari pokok yang kecik je dan harganya RM10 bagi pokok snake plant saiz macam tu.Hujung-hujung nanti dah tahu kan siapa yang kena jaga pokok ni.huh.

Inilah laluan SPBT di sekolah saya atau saya namakan laluan ni SPBT WALK- 

Nampak tak tu tiga "ketul" pokok snake plant yang saya beli saya letakkan di setiap tiang bilik BOSS dan bilik jiran iaitu Bilik Kesihatan sekolah. Tak sempat lagi saya nak ambik pic dari dekat.Apa khabarlah snake plant ni lepas seminggu lebih saya tinggalkan ni.Hari tu ada terfikir jugak nak bawak balik time cuti sekolah panjang-tapi jadual awal cuti dah penuh.Bila nak ambik, dah pulak kena PKP.Bertabahlah ya.

Saya suka pokok hiasan indoor jenis macam ni selain money plant sebab ia memang mudah nak dijaga.Kebaikannya pun banyak jugak. Setakat yang saya tahu, ia pemberi oksigen yang bagus, boleh menyerap udara kotor dan berbau seperti asap rokok, asap kilang dan bau-bau tidak menyenangkan yang lain.

Trylah tanam atau beli pokok snake plant ni dan cuba letakkan dalam rumah anda.Pasti lebih menarik sebagai hiasan dan pada masa sama dapat manfaat untuk kesihatan ahli keluarga:)

Sampai jumpa lagi.Thanks reading this entry!


Post a Comment

6 Comments

  1. Pokok sansevieria namanya
    Semai guna keratan daun dia aje pun boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. betul juga, cuma sy tak confident lagi mak pindahkan anak pkokk dia..

      Delete
  2. Suka tanam pokok ni untuk indoor dan outdoor. Mudah tanam dan mudah jaga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis..pokok ni tk payah siram setiap hari..

      Delete
  3. Nursery dkt lukut tu dkt mana ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nursery ni sekitar jalan ke Giant Lukut, sebelum traffic light.

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!