Cara Mudah Buat Agar-Agar Santan Pandan Tanpa Telur Cantik Berlapis

As Salam,
Agar-Agar Santan Pandan Tanpa Telur Cantik Berlapis  !-Yay! saya pernah beritahu sebelum ini kan, saya peminat pelbagai jenis agar-agar.haha.Sejak saya buat agar-agar milo dan coklat tempohari, anak-anak saya dah "jatuh hati" dengan agar-agar.Padahal, sebelum ini mereka sangka agar-agar tu rasanya macam jelly atau sumi tu.Manalah depa tahu rupanya agar-agar homemade ini lebih sedap, lembut dan fresh tau.

Agar-agar santan pandan tetap menjadi lapisnya walaupun tanpa telur:)

cara mudah buat agar-agar santan pandan
Agar-Agar Santan Pandan Tanpa Telur Cantik Berlapis

Sama ada kita buat agar-agar biasa ( hanya tambah pewarna atau perisa kesukaan) atau kita buat agar-agar dengan santan, gula melaka atau milo, sebenarnya tidaklah banyak sangat bezanya.Kita tetap kena pastikan kuantiti air mencukupi supaya agar-agar yang kita hasilkan tidak keras atau istilah lainnya kurang atau tak cukup sukatan air.

agar-agar pandan sukatan cawan
 Part paling penting bila kita buat agar-agar ialah menentukan sukatan air.Bagi saya secara peribadi, kalau kita guna 1 paket agar-agar 20g, sukatannya ialah 1.5 liter. Kalau susah nak tentukan 1.5 tu macam mana, korang boleh guna botol mineral yang 1.5 liter tu.Ikutlah mana-mana, botol kecik yg 500 ml tu pon boleh, cuma ko kena tambah sukatan air jadi 1.5 litre atau 1500 ml ya.

agar-agar pandan santan yang mudah disediakan.
Kebanyakan kita yang beginner baru nak try buat agar-agar ni selalu risau kalau agar-agar kita tak berlapis cantik kan.Yelah, kata buat agar-agar santan pandan, normally orang lain buat akan berlapis macam kat atas.Korang chill je.InshaAllah, kalau kita berani mencuba, agar-agar kita pasti menjadi jugak akhirnya.

Resepi Mudah Agar-Agar Santan Pandan Tanpa Telur
Olahan Semula Resepi : Cik Matahariku
Bahan-Bahan
Satu paket agar-agar tali 20g
1.5 litre air masak
1 kotak santan kara / 1 cawan santan
1 cawan gula pasir
3 sudu besar perahan air pandan
Secubit garam
1 sudu kecil Pewarna hijau 

Cara Menyediakan Agar-Agar Santan Pandan Tanpa Telur
  1. Masak agar-agar dalam periuk dengan 1.5 liter air.
  2. Masukkan sekali 1 cawan gula pasir dan air perahan pandan.Biarkan agar-agar dan gula sampai larut.
  3. Bila agar-agar dah larut, masukkan satu kotak santan yang sudah siap dikacau ke dlm periuk tadi. 4. 
  4. Kemudian, masukkan pewarna hijau.Kacau sehingga larutan tadi semakin pekat atau mendidih ( Bila larutan agar-agar mengeluarkan buih dan mengelegak kuat), itu tandanya kita dah boleh tutup api.
  5. Tuang agar-agar santan pandan ke dalam acuan atau bekas dengan menggunakan tapis.Biarkan sejuk dahulu di luar sebelum dimasukkan dalam peti ais.
  6. Sejukkan dalam peti ais dlm tempoh 2-3 jam sebelum dihidangkan.Tak payah masukkan dalam tempat beku ya, letak je kat bahagian chiller.

agar-agar santan pandan untuk jualan
 Agar-agar pandan tanppa telur ini pasti menjadi pilihan kepada anda yang tidak menyukai bau atau rasa telur dalam agar-agar.Saya mencuba resepi ini sebab Encik Suami sangatlah sensitif dengan bau telur sama ada dalam agar-agar atau kek.Kena pandai "uruskan telur" kalau nak buat dessert yang macam ni atau dia akan komplen.hehe.

berbuka puasa dengan agar-agar santan pandan tanpa telur
 Agar-agar pandan tanpa telur ini lebih mudah disediakan sebab kita tak payah risau sama ada larutan santan dan telur akan sebati atau tidak.Kita just tambah santan dan kacau bagi larut sehingga mendidih.

agar-agar santan pandan tanpa telur yang lembut dan sedap
Selamat mencuba kepada sesiapa yang ingin buat sendiri agar-agar pandan santan tanpa telur, InshaAllah akan berhasil juga akhirnya mendapat lapisan yang cantik:)

Thanks reading this entry, sampai jumpa lagi.

Post a Comment

9 Comments

  1. Lazatnya.
    Mari kita jaga kesihatan diri ya ketika musim mencabar ni.

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaa !! sejuk2 ni tengah2 hari makan perggh..

    ReplyDelete
  3. Wow, cantik kejadiannya. Ingatkan kalau tak letak telur tak dapat layer atas tu..silap rupanya ye sebab kejadian awak buat ni, cantiknya..rasa nak makan..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, cubalah buat, saya pun dulu ingat kalau tak letak telur, tak jadi lapisannya.haha.

      Delete
  4. sebelum ni pun saya sangka telur penyebab agar -agar santan pandan ni berlapis, rupanya tanpa telur menjadi jugak..cubalah buat sis, mudah saja, rasanya tetap sedap dna berlemak manis..:)

    ReplyDelete
  5. Nak tanya santan kara tu kotak kecil ke besar?

    ReplyDelete
  6. Salam sis...nak tanya mcm mana nak dpt kan air perahan pandan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau cara saya, saya blend 3 atau 4 helai daun pandan, then tapis airnya.Boleh cuba cara saya ni ya puan:)

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!