Cara Mudah Tanam Tomato Di Rumah Dengan Hanya Daripada Buahnya

As Salam,
Cara Mudah Tanam Tomato Di Rumah Hanya Daripada Buahnya  - Sungguhlah.Saya sangat bersyukur apabila minat terhadap dunia perkebunan menjadikan saya semakin serius belajar dan mendalami pelbagai ilmu menanam sayuran dan tanaman lain.Kadang-kadang gigih bukak Youtube atau follow mana-mana grup berkebun di FB,semata-mata nak dapatkan tips dan tengok cara orang lain berkebun.Gembira tengok tanaman kawan-kawan yang subur dan menjadi.

pokok tomato subur dan menjadi
 Tomato adalah sayuran jenis berbuah yang sering digunakan dalam masakan di Malaysia.
Gambar ini saya pinjam dari SINI.

Pagi tadi, saya sempat buat sedikit aktiviti menyemai biji benih tomato dengan merujuk kepada cara menanam yang dikongsikan di Youtube.Memang mudah sangat dan hasilnya pokok tomato tumbuh hijau dan subur.Tak perlu kita beli biji benih di nursery, Shopee atau Lazada.Best kan?

Cara Mudah Tanam Tomato Di Rumah Hanya Daripada Buahnya

 Sebelum kita nak mula tanam tomato dari bijinya, kita kena sediakan bekas semaian dan juga tanah yang sesuai.Saya gunakan tanah hitam yang dibeli di Tesco.Bekas biru itu, saya panggil tapis.Guna bekas jenis ni sebab dah sedia berlubang-lubang bagi memudahkan pengaliran air.Saya alas dengan kitchen tissue sebab ia lembut dna mudahkan air mengalir.Selain itu, tujuannya supaya tanah tak bersepah keluar dari bekas.

 Okey, saya dah masukkan tanah dalam bekas semaian.Cukup letak tanah separuh dari aras bekas.Kemudian siram tanah dalam bekas semaian dengan air supaya tanah menjadi lembut dan mudah untuk digemburkan.

 Ini benih biji tomato yang sudah saya potong nipis kepada beberapa bahagian.Hirisan tomato inilah yang akan kita tanam dalam bekas semaian bersama dengan biji tomato yang terdapat dalam hirisan tomato. Sebiji tomato tu adalah saiz buah tomato yang saya beli.Jadi, saya buat anggaran, jika ada rezeki, buah tomato saya nanti akan sebesar itu saiznya.aamin.

 Orait, beginilah caranya kita semai benih tomato melalui hirisan tomato yang sudah masak.

 Hirisan tomato tadi saya dah kambus atau timbus dengan tanah hitam sekali lagi.Tujuannya supaya benih tomato tadi dapat tumbuh dan menjadi anak pokok tomato.Kemudian, saya spray dengan sedikit air atas tanah tu.

Kalau ikut jadual penanaman pokok tomato, ia akan mulai tumbuh dan mengeluarkan daun selepas 7 hari atau 10 hari.Saya letakkan di tempat yang mudah mendapat cahaya matahari secara minima dahulu. Katanya selepas 3 bulan, kita sudah boleh menuai hasil daripada tanaman tomato ini.Okey, kita tunggu dan lihat ya:)

Sebenarnya ini adalah kali pertama saya cuba menanam tomato dengan kaedah ini.Selalunya, saya hanya mampu tengok je pokok tomato orang lain hidup subur.hihi.

Ini adalah antara cara saya mengisi masa tatkala kita semua dalam PKP.Mudah-mudahan saya ada rezeki untuk menjaga pokok tomato ini sehingga besar dan membuahkan hasil.aamin.

Thanks reading this entry, Selamat berkebun kepada readers-readers saya yang berminat dengan tanaman dan sayuran seperti saya, semoga Allah jadikan kesukaan dan minat kita ini sesuatu yang bermanfaat untuk diri dan keluarga kita.aamin.



Post a Comment

11 Comments

  1. Waa tak sabar nak tgok hasil tomato berbuah... sy tak pandai menanam lagi.. mahu belajar juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, nanti saya kongsikan perkembangan tomato ini, sebenarnya bila mula minat bertanam pokok ni, kita akan sendirinya akan mahu untuk belajar dan ambik tahu tentang tanaman..selamat belajar:)

      Delete
  2. Saya pernah jugak cuba tanam tomato sendiri. Saya semai guna biji nya saja. Naik jugak dalam 10cm macam tu. Lepas tu tak hidup. Hehe.. Lepas ni boleh cuba kaedah ni pulak. Tq ye cik Matahariku, share cara ni.. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks to you too:) saya pun baru pertama kali mencuba dgn kaedah tanam tomato dari buahnya, sdg menunggu proses pertumbuhn pokok ni..InshaAllah saya akan update perkembangannya nanti.

      Delete
  3. Hebat...tq memberi idea...semenjak pkp nie...bawang pon sy tanam...😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, ya, berkebun antara pilihan terbaik waktu PKP ni.Selain mendapat hasil, kita juga taklah bosan sangat duduk dalam rumah kan..

      Delete
  4. Assalamualaikum,nama apa ye kaedahnya

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Cik Matahariku, ada update pokok tomato nya? dah dapat hasil tak?

    ReplyDelete
  6. Cikgu CikMatahariku.. nak tahu apa perkembangan pokok tomato ni... saya peminat tomato setiap / hampir setiap hari makan. Kadang2 tak dpt beli tomato hampa jugak. Bagus kalau dpt tanam sendiri. Tp rumah saya takde tanah langsung so menarik juga kalau bielh tanam dlm pasu dgn jayanya...

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!