Murtabak Maggi Mini Yang Sedap, Rangup Dan Mudah Disediakan Untuk Sarapan Pagi

As Salam,
Murtabak Maggi Mini Yang Sedap, Rangup Dan Mudah Disediakan-Mak-mak kat rumah la ni mesti dah fenin dok mikir apa lagi menu aku nak sediakan kat anak-anak and bapak anak kann.Dah 18 hari kot kita "berkurung" dalam rumah, walaupun ada yang cadangkan "berkebaya" pulak kalau dah bosan berkurung, depa tak tahu la ni kebaya pun tak sure muat lagi ke idok.kiki.

murtabak maggi sedap dan rangup
Murtabak Maggi Mini Yang Sedap, Rangup Dan Mudah Disediakan

Saya suka kongsikan pesanan dan teguran seorang Doktor di Facebooknya, katanya meskipun kita semua tahu yang kita sedang menghadapi bencana yang dahsyat, dengan kematian setiap hari, Virus Covid-19 datang dan menghantui kehidupan kita sekarang ini pastilah semuanya dengan izin Allah.

Kenapa tidak kita berlapang dada, kita usahakan mematuhi PKP dan nasihat-nasihat lain, InshaAllah, kita akan dapat melepasi ujian ini dengan tenang dan lapang.Semua orang sedang menjalankan tanggungjawab masing-masing kan. Walaupun kita mak-mak yang bukan Frontliner, kita juga sedang buat tanggungjawab kita.Pentingnya kita sentiasa positif dan pastikan ahli keluarga juga happy dan sentiasa in good mood:).

gambar murtabak maggi sedap dan mudah rangup
Gigih jugaklah saya cari acuan bentuk bulat tu.korang pun pandai-pandailah nak bentuk murtabak korang ikut bentuk apa, bintang dan bulan sabit pon boleh, kita buat dia..:)-

Orait, tulah.Jangan bagi chance mak-mak ni berletiaq pagi-pagi.Mahu sampai tengahari, satu apa pun tak siap.Hey!, saya pun dah hampir kering idea nak masak untuk breakfast hari ini.Sudahnya, saya buat Murtabak Maggi yang sonang dan pastinya menjadi kegemaran budak-budak kat rumah.Korang okey tak breakfast dengan murtabak maggi ni? Very simple, sampai Encik Suami tanya, kita makan ni je ke.hamboi ko cik Ayah.Demand nampaknya.uiks.

Resepi Murtabak Maggi Mini Yang Sedap dan Rangup
Sumber resepi : Cik Matahariku
Bahan-bahan
5 pack maggi kari ( saiz hidangan untuk 7 ahli keluarga)
8 biji telur saiz C
3 paket serbuk kari
Setengah batang carrot-sagat halus
3 tangkai daun saderi-potong halus
sebiji bawang besar dihiris
8-10 tangkai cili padi-kurangkan kalau tak suka pedas
1/2 sudu kecil garam
1/2 kecil gula ( tak letak takpe)
Sedikit minyak untuk menggoreng.
Nota : Saya dapat sediakan 18 keping saiz mini murtabak maggi dengan resepi ini-

Langkah Demi Langkah Buat Murtabak Maggi Mini Yang Rangup

cara mudah buat murtabak maggi cik matahariku
 Orait, ni bahan-bahan yang saya gunakan untuk buat murtabak maggi mini.Sebenarnya sukatan bahan dan bilangan serbuk kari yang korang nak guna pun tak semestinya kena sama dengan saya.Dalam pic ni just untuk shooting konon-konon ya.haha.Den pun tak guna resepi sangat, just ikut instinct sendiri.Tapi bila memikirkan nak kongsi dengan mak-mak beginner yang macam saya, yang baru nak belajar buat murtabak maggi, jadi saya bagi resepi kat atas, supaya proper sikit ilmu yang disampaikan gitu:)

cara mudah buat murtabak maggi mini
 Jangan lupa rendam dulu maggi tu dengan air panas.Jangan rendam lama sangat.Kalau dia kembang sangat pun tak sedap dan tak cantik murtabak maggi korang nanti.Ceh gitu.Agak-agak dah lembut, boleh buang air dengan tapis ya.

murtabak maggi mini yang mudah disediakan
Masukkan semua bahan yang dah dihiris.Gaul sehingga sebati semua bahan.Lepas tu baru masukkan serbuk kari, garam dan gula.Akhir sekali baru pecahkan telur dalam bekas tu.Gaul lagi sampai sebati semua bahan.

murtabak maggi simple
 Saya gunakan frying pan yang non stick supaya tak payah guna banyak minyak.Saya sapu sedikit minyak atas pan dan letakkan murtabak mini ikut acuan yang kita suka.

cara masak murtabak maggi kari
Dengan resepi ini saya dapat 18 keping murtabak maggi mini yang sangat mudah disediakan dan pastinya mengenyangkan.Sampai tengahari korang tak payah fikir nak masak apa.Ni lah tricknya kalau nak pilih menu.Biar anak-anak tak payah nak makan dua tiga kali.Karang petang-petang sikit lepas asar, baru kita masak untuk dinner terus.heh.

Haih.Nampaknya korang pun dah ada idea nak masak apa jap lagi kan.Boleh kongsikan kat ruangan komen kalau korang ada idea atau cadangan yang best supaya murtabak maggi ni jadi lebih sedap.

murtabak maggi kari paling mudah disediakan
Jangan lupa sediakan sos sebagai pencicah murtabak maggi ni ya.Boleh cicah dengan sos cili, mayonis atau sos black pepper, ikut kegemaran masing-masing.

Alhamdulillah, thanks reading this entry.Till we meet again.Sooooooon.InshaAllah.



Post a Comment

2 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!