Sagu Gula Melaka Yang Lembut, Sejuk Dan Sedap Untuk Keluarga

As Salam,
Sagu Gula Melaka Yang Sejuk Dan Sedap Untuk Anak-Anak- Dalam pada kebanyakan netizen sedang membicarakan banyak hal tentang virus Covid-19, saya memilih untuk bertenang dan buat seperti biasa.Saya ada terbaca tentang pesanan someone yang saya ikuti di Instagram, katanya, beringat-ingat dengan suasana semasa ini dan jangan sampai kita tak dapat kawal situasi sehingga masa kita terlalu banyak menghadap FB atau wassap berbanding waktu kita mentadabbur dan membaca Al Quran.

Sagu Gula Melaka Yang Sejuk Dan Sedap Untuk Anak-Anak

Saya suka buat sendiri mengikut tekstur kuih sagu yang saya ingini.Sebelum ini saya pernah beli di pasar malam, tapi rasa sagunya keras dan berasa kanjinya.Bila buat sendiri, saya boleh pastikan kanji sagu ini benar-benar dicuci dan ditapis elok:)

Yelah, kadang kita tak perasan, nak tahu update tentang isu Covid-19, sampai kita banyak habiskan masa untuk baca FB dan wassap berbanding kita fokus hal lain yang lebih bermakna.Semoga saya juga berharap, saya dapat kawal rutin dan masa saya sendiri bersama keluarga.aamin.

Orait, kali ini saya nak kongsikan antara kegemaran saya sekeluarga pada musim panas iaitu Kuih  Sagu Gula Melaka yang sangat lembut, sedap dan sejuk di tekak tatkala kita memakannya.Ada tak readers saya yang suka sagu gula melaka ni? Nanti kongsi kat komen ya:)

Untuk mendapatkan sagu yang lembut, kita perlu rendam dahulu biji sagu sebelum merebusnya.Selain itu, satu cara lain nak pastikan sagu dah betul-betul masak ialah apabila biji sagu berubah menjadi seperti mata ikan, dan ia menjadi sedikit likat apabila kita mengacaunya dalam periuk.

 Selepas kita tapis kanji dari biji sagu dengan cara siraman bawah paip, kita boleh masukkan dalam satu bekas, dan letakkan pewarna yang kita suka.Saya pilih hijau untuk kuih sagu saya kali ini.Sebenarnya, bila dah lembut macam ni, kita boleh je jadikan sagu ni sebagai kuih sago kelapa dengan cara tabur dengan kelapa parut.Saya tak dapat nak cuba macam tu sebab kelapa parut elek.haha.

Saya simpan kuih sagu ni semalaman dalam fridge supaya esoknya anak-anak dapat terus makan bila waktu tengahari atau sebelah petang.

Untuk kuahnya, saya guna gula kabung atau gula melaka yang dicairkan iaitu dimasak atas api sederhana dengan satu sudu gula pasir. Saya tak gunakan santan, tapi hanya menggunakan susu cair brand Saji.

Kalau ada yang belum pernah buat dan ingin mencubanya, saya ada kongsikan resepi di sini :sila klik ya:)-Resepi Sagu Gula Melaka Yang Lembut Dan Sedap dengan Sukatan Cawan.

Ini sagu gula melaka yang saya pernah kongsikan dalam blog ini sebelum ini. Saya juga ada kongsikan cara peyediaannya dan tips memasak biji sagu dengan betul.Boleh klik post yang saya kongsi linknya kat atas ya:)

Selamat mencuba, semoga memenuhi selera anda sekeluarga:)

Post a Comment

4 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!