Tips Dan Cara Buat Kuih Seri Muka Sedap, Lembut Dan Berlemak Dengan Resepi Sukatan Cawan Yang Pasti Menjadi.

As Salam,
Tips Buat Kuih Seri Muka Sedap Berlemak Manis Dengan Resepi Sukatan Cawan-Akhirnya sempena cuti Fasa ketiga (14-28 April 2020) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Allah izinkan dan mudahkan saya untuk buat sendiri antara kuih legend dan tradisi kegemaran mak-mak kita dulu iaitu Kuih Seri Muka atau ada juga orang sebelah utara panggil kuih ni sebagai Pulut Sekaya Pandan.


cara buat kuih seri muka yang lembut dan sedap
Kuih Seri Muka ini sering sahaja mendapat tempat setiap kali kenduri kendara atau majlis keraian, rasanya yang berlemak manis dan lembut menjadikan is sangat sesuai sebagai pemanis mulut kepada tetamu.

cara buat kuih seri muka atau pulut sekaya pandan
Ada beberapa tips kalau nak hasilkan kuih seri muka yang berlapis cantik seperti ini.Antaranya ialah sebelum kita tuang adunan yang berwarna hijau, kita letak pulut yang sudah dipadatkan atas pengukus dalam 5-7 minit, kemudian barulah kita tuang adunan utuk lapisan hijau.

Setakat ini, Encik Suami hanya keluar membeli barang kelengkapan dapur setiap dua minggu sekali.Jadi, saya juga siap-siap rancang awal, apakah menu yang saya nak masak untuk next two week termasuk saya "selit order" barang-barang extra untuk saya cuba resepi masakan yang saya sukai.heh.Suami saya kata, saya ambik kesempatan.ahaks.

resepi kuih seri muka sukatan cawan
Walaupun saya baru pertama kali mencuba buat kuih seri muka pandan dengan resepi ini, tapi saya berpuas hati dan gembira sebab hasilnya saya dapat taste kuih seri muka yang dikehendaki iaitu lembut, sedap dan berlemak.

Boleh juga dapatkan resepi dan step by step buat seri muka pandan yang sangat sedap ini di Channel Cik Matahariku di bawah ini ya :)

Tips dan Cara Mudah Buat Seri Muka Pandan yang sangat sedap di Channel Cik Matahariku-Jangan lupa subscribe, likes and comment ya!

Orait, sebelum mula buat kuih seri muka pandan ni, saya akui saya memang ada menjejak pelbagai resepi kuih seri muka, cuba memahami bagaimana kuih ini dihasilkan, apa tips yang boleh saya ikuti dan tentunya yang paling penting ialah apakah bahan-bahan asas yang diperlukan untuk dapatkan tekstur dan rasa kuih seri muka yang sedap, lembut, berlemak masin  (pulutnya) dan manisnya.

Jadi, resepi yang saya kongsikan ini adalah antara resepi yang mudah, hasilnya kuih seri muka tetap menjadi cantik berlapis, lembut dan berlemak.Jom, kita buat:)

buat kuih seri muka dengan acuan lompang
Kalau guna acuan lompang, kuih seri muka ni nampak lebih comel dan sesuai untuk jualan atau semasa majlis keraian.

Resepi Kuih Seri Muka Sukatan Cawan Yang sedap dan Pasti Menjadi.
Sumber resepi : Grup Masak Apa Hari Ni (MAHN)-FB.
Dicuba dan diolah semula oleh     : Cik Matahariku
Bahan-bahan :Bahagian Pulut ( Lapisan Putih)
2 cawan beras pulut putih
2 cawan santan cair / 1 kotak santan kara (200ml) dan 1 cawan air
1 Sudu teh garam halus

Cara Menyediakan Lapisan Putih (Pulut ) Kuih Seri Muka Pandan
  1. Basuh dan rendam beras pulut sekitar 30 minit hingga 1 jam
  2. Toskan air rendaman pulut.
  3. Sapu minyak pada loyang kemudian alas loyang dengan plastik
  4. Masukkan beras pulut dalam loyang.
  5. Masukkan pula campuran santan dan garam dan gaul sehingga rata.
  6. Kukus beras pulut dalam tempoh 25 minit-30 minit atau sehingga pulut benar-benar tanak.
  7. Sekali sekala buka penutup pengukus dan kacau beras pulut supaya santan dan pulut bercampur atau sebati.
  8. Angkat pulut dari pengukus, tekan dan padat-padatkan guna sudu plastik.Jangan lupa cakar sedikit permukaan pulut supaya lapisan hijau dengan putih (pulut) dapat melekat cantik dan kemas.
resepi kuih seri muka sukatan cawan cik matahariku
Kalau korang nak dapatkan permukaan lapisan hijau yang licin, kena pastikan tutup loyang dengan  aluminium foil atau gunakan kain lembut pada penutup pengukus.Tujuannya supaya wap air tidak jatuh atas permukaan kuih.Boleh juga balut loyang atau penutup pengukus dengan plastik.

kuih pulut sekaya pandan sukatan cawan
 Padat-padatkan beras pulut selepas dikukus dan cakar permukaannya dengan garfu supaya bila kita tuang adunan lapisan hijau, ia dapat melekat dengan baik dan terhasil lapisan yang cantik.

resepi jualan kuih seri muka
Kalau guna acuan lompang, sapu sedikit minyak pada acuan supaya mudah kita nak keluarkan kuih.

Bahan-Bahan Lapisan Hijau Kuih Seri Muka Pandan
2 cawan santan pekat / satu kotak santan Kara (200ml) dan 1 cawan air
1 cawan air dan 4 helai daun pandan (kisar)
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula ( kalau suka manis)/ 3/4 cawan gula ( kurang manis tapi tetap sedap)
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Pewarna hijau

Cara Menyediakan Menyediakan Lapisan Hijau Kuih Seri Muka Pandan
  1. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, telur, santan, gula dan garam dalam satu bekas, kemudian kacau perlahan.Tuang ke dalam blender.Boleh juga masukkan semua bahan dalam blender, kemudian terus blend.
  2. Selesai blend bahan diatas, masukkan dalam bekas / periuk kecil, masukkan pula tapisan air pandan dan pewarna. Kacau semua bahan hingga sebati.
  3. Masakkan atas api sebentar sehingga mendidih atau sehingga terdapat sedikit ketulan tepung.Boleh tutup api dan biarkan seketika.
  4. Jika anda mahu gunakan acuan lompang, sapu minyak dahulu pada acuan, masukkan pulut dan padat-padatkan dalam acuan.
  5. Letakkan pulut yang sudah dipadatkan atas pengukus sebentar dalam 5-7 init untuk dapatkan lapisan kuih seri muka yang berlapis cantik.
  6. Kemudian, tuang adunan hijau atas pulut yang sudah dipadatkan tadi.
  7. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Cucuk dengan lidi, kalau lidi licin je maksudnya dah masak
  8. Bila kuih dah masak, tutup api, bukak tudung periuk atau pengukus, biarkan terbuka.Tujuannya supaya jika ada lebihan air atau nampak permukaan lapisan hijau lembik, ia akan kering dgn sendiri.
Step By Step Langkah Bergambar Menyediakan Kuih Seri Muka Pandan yang Lembut, Sedap dan Pasti Menjadi.

 Antara bahan yang digunakan untuk membuat kuih seri muka yang sedap dan lembut iaitu beras pulut putih, tepung gandum, tepung jagung, air pandan (diblend dan ditapis), gula, santan, telur dan garam. Beras pulut ini saya rendam sekitar 30-40 minit sahaja.

 Memandangkan saya menggunakan santan kotak, jadi untuk kukusan beras pulut, saya guna sekotak santan brand kara, yang bersaamaan dengan 1 cawan.Kemudian saya tambah lagi satu cawan air.Hasilnya, memang ngam-ngam paras santan kat atas beras pulut.Alhamdulillah, beras pulut menjadi lembut dan tanak elok jadinya. Jangan lupa masukkan garam ya.Boleh juga kita kukus beras pulut ini dengan dimasukkan satu helai daun pandan yang diikat untuk meningkatkan lagi aroma wangi pandan pada beras pulut.

 Ini pula adunan lapisan hijau kuih seri muka.Ini rupa selepas saya blend semua bahan untuk lapisan hijau kecuali air pandan dan pewarna saya masukkan kemudian.Masak atas api sekejap sehingga mendidih.

 Rupa beras pulut yang sudah ditanak.Masa ni saya kacau atas pengukus supaya bercampur sebati santan dan beras pulut.

Ini pula pulut yang saya dah padat-padatkan dalam bekas.Saya letak atas pengukus dalam 5-10 minit sebelum saya tuang adunan hijau.Ini petua bagi memastikan lapisan hijau dan putih sekata dan tidak bercampur.

Jika mahukan kuih seri muka yang licin dan permukaan yang rata, biarkan di atas pengukus selepas tutup api dengan keadaan penutup terbuka.Tujuannya supaya wap yang ada kesan mengukus kering sendiri.InshaAllah, permukaan kuih akan jadi rata dan sekata.

Ini pula kuih seri muka yang saya masukkan dalam acuan lompang. Masa ni den tengah rajin, jadilah comel-comel kuih seri muka tu.Masa mengukus pula, gunakan api sederhana sahaja. Lapisan hijau dan pulut putihnya berlapis cantik:) ewahh.kemain.

Tips Buat Kuih Seri Muka Sedap Berlemak Manis Dengan Resepi Sukatan Cawan Yang Pasti Menjadi
  1. Banyak pendapat otai-otai yang pakar buat kuih seri muka ini tentang berapa lama tempoh sebaiknya rendaman beras pulut untuk hasilkan kuih seri muka yang menjadi dan lembut.Secara keseluruhannya, saya dapati ramai yang memberi pendapat bahawa tempoh rendaman sekitar 30 minit hingga 1 jam adalah sesuai. (Sumber FB). Selain jimat masa, jika pulut direndam sekitar 3 jam, kemungkinan beras pulut terlalu kembang dan tak cantik selepas dikukus.
  2. Pastikan pulut yang sudah dikukus dipadat-padatkan dengan sudu plastik atau yang sesuai supaya kuih terbentuk cantik dan padat bila dipotong.
  3. Masak sebentar atas api adunan lapisan hijau sehingga mendidih supaya mudah dan cepat proses mengukus.
  4. Gunakan api sederhana sahaja semasa mengukus.Gunakan aluminium foil untuk tutup loyang atau kain lembut pada penutup pengukus supaya air wap kukusan tidak jatuh atas kuih dan menyebabkan permukaan kuih tidak licin.
  5. Jika mahukan lapisan berlapis yang cantik antara pulut dan lapisan hijau, letak pulut yang sudah dipadatkan atas pengukus dalam 5-7 minit, kemudian barulah kita tuang adunan utuk lapisan hijau.
  6. Pastikan kuih benar-benar sejuk sebelum dipotong.Barulah potongan kuih nampak kemas dan cantik.
  7. Gunakan pisau plastik (pisau potong kek) untuk memotong kuih seri muka untuk dapatkan potongan kuih yang kemas.Boleh juga sapu pisau dengan sedikit minyak supaya potongan kuih cantik.
  8. Sebaiknya buat kuih seri muka ini pada sebelah malam, supaya esok paginya kuih dah benar-benar sejuk dan mudah dipotong.
Saya juga ada kongsikan Cara Mudah buat Seri Muka Durian Yang sangat Sedap ( sila klik ) jika anda ingin mencuba buat sendiri seri muka durian dengan rasa durian yang lebih:) 


Jika anda mempunyai minat berniaga, boleh cuba menjual seri muka durian ini kerana bahan yang digunakan juga sangat mudah dan pasti ramai yang mahu mencuba keenakan seri muka durian homemade yang memberikan rasa sebenar durian :)

Sekiranya anda mempunyai kemahiran yang sangat bagus dalam menyediakan kuih muih jenis kukus seperti kuih seri muka pandan, pelbagai jenis kuih talam, kuih nona manis, kuih pulut koci dan mungkin banyak lagi, saya cadangkan anda cuba untuk menjadikan kepakaran anda itu sebagai aktiviti yang dapat menjana pendapatan sampingan.

Klik banner untuk mendapat tips dan panduan memulakan bisnes dari rumah dengan modal yang kecil tetapi untung lumayan

Bagaimana nak mulakan hobi memasak kita kepada aktiviti yang dapat hasilkan pendapatan yang lumayan? Mari saya kongsikan panduan dan tips yang boleh anda perolehi dari sini :
resepi sedap cik matahariku
Alhamdulillah, anak-anak dan bapak anak pun suka kuih seri muka ni, biasa depa hanya dapat rasa kuih ni time balik kampung, sebab Mak Muo memang very expert bab buat kuih ni.Kali ni saya dah rasa confident nak buat sendiri kat rumah.Anak-anak kata sedap macam kuih nenek la mama.heh.

seri muka pandan sukatan cawan
Kuih Seri Muka Pandan yang sangat sedap, lembut dan berlemak:) Very recomendded kepada anda yang mahu mencuba buat pertama kali.

Selamat mencuba semua readers, kuih seri muka pandan ini sangat mudah untuk disediakan sebab bahan yang tidak banyak dan tidak ambil masa lama untuk menyiapkannya.


Post a Comment

23 Comments

  1. Wak suka makan aje, buat tak gheti

    ReplyDelete
  2. cantik hasil kuihnya. sedap kuih seri muka ni.

    ReplyDelete
  3. macam mana nak elak tepung berketul2 masa masak tu ye? api dh perlahan tp sy punya tepung terus bergumpal..dah kacau2 mcm tu jugak so teruskan je masuk dalam loyang.. sekarang tgh tunggu.. mcm mana la rupanya nanti ni.. huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebaiknya kacau perlahan dulu sebelum letak atas api.Walaupun api perlahan, perlu juga sentiasa kacau adunan lapisan hijau tu sebab kita guna tepung jagung, tepung jagung memang cepat likat.Tak payah masak lama sgt atas api tu, cukup sehingga nampak sedikit gumpalan atau tepung bergentel, terus tutup api.Boleh juga blend sekali lagi adunan tu kalau tepung terlampu bergentel.InshaAllah menjadi.

      Delete
  4. cik timm nak try buat hari ni ikut petua akak, hehe..
    harap menjadi sbb 1st time..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klo kat klntan pulut sekaya tu yg kplanya warna coklat, resepinya telur je klo xsilap.

      Delete
  5. Hari ni sy nak cuba resepi kuih favourate family ni. Tk share resepi. Moga Allah limpahi rezeki atas puan sekeluaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat mencuba puan, semoga dipermudahkan :) terima kasih banyak atas doanya.semoga puan mendapat yang lebih baik.aamin

      Delete
  6. sedapnya hidangan ini. mohon nak kongsi resipi saya ini, http://resepiserimukasukatancawan.blogspot.com/sama2 kita cuba resipi masing2. �� goodluck & harap2 menjadi!

    ReplyDelete
  7. terbaik cikgu.
    minta izin copy skit maklumat dari blog ni utk siapkan assignment,hehehe.

    ReplyDelete
  8. Sis tertinggal telur dlm ingredient list :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ada je telur dalam list dan gambar bahan-bahan yang saya kongsikan, cuba chheck sekali lagi :)

      Delete
  9. Kalau lupa nak masukkan telur dalam adunan kuih masih boleh jadi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh puan, kuih seri muka tetap menjadi.InshaAllah.

      Delete
  10. Hi Cik, kuih nampak sedap. Terima kasih kerana berkongsi, tetapi mungkin boleh elak kukus kuih dalam loyang plastik. Plastik boleh resap ke dalam makanan kami jika dipanaskan pada suhu yang sangat tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik, terima kasih atas teguran.pic saya kukus dengan alas plastik tu, masa first tiem saya buat kuih seri muka ni, sekarang saya dah tak alas dengan plastik.saya kukus dalam loyang tanpa plastik:)

      Delete
    2. Ah baiklah. Lega hati dengar cik jawab begitušŸ˜Š Cik, boleh saya minta kebenaran guna gambar yang ada cawan plastik dan plastik dan post di media sosial utk tujuan beri kesedaran kepada org ramai? Sebab rasanya bukan cik seorang yg berbuat demikian, ramai juga buat kerana tidak tahu akan bahaya memasak plastik. Terpulang kepada cik samada membenarkan saya nyatakan sumber gambar atau tidak.

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!