Resepi Mudah Buat Roti Boy @ Mexican Coffee Bun Yang Sangat Sedap, Lembut Dan Pasti Menjadi Dengan Sukatan Cawan

As Salam,
Resepi Mudah Buat Roti Boy @ Mexican Coffee Bun Yang Sangat Sedap, Lembut Dan Pasti Menjadi Dengan Sukatan Cawan-Selalunya kalau pi shopping complex ambik bau je haruman Roti Boy atau Mexican Bun lalu kat hidung kita kann.Bukan tak mahu beli, biasanya pi shopping complex nak cari barang lain, bukan  nak beli roti.haha.Kali ini, saya usahakan untuk buat sendiri roti boy ni kat rumah.Alhamdulillah.Mexican Bun ni memanglah sangat sedap seenak baunya.

 Roti atau bun ni banyak nama.Kalau korang panggil roti boy, dia ialah roti yang sama yang dipanggil sebagai Mexican Coffee Bun atau Papparoti atau mamaroti eh..ni nama roti yang saya buat ni.Dah sah-sah den yang bueknyo.hehe.

Khas untuk peminat Roti Boy :) Jom kita buat sendiri..

Saya mengambil masa juga nak dapatkan resepi Mexican Coffee Bun ini dalam sukatan cawan.Tapi akhirnya saya jumpa resepi yang dalam sukatan cawan walaupun bukan keseluruhan resepi.At least, saya ada panduan untuk menyediakan topping dan filling dia.Jom tengok resepi :)

Resepi Mudah  Buat Roti Boy @ Mexicn Coffee Bun Yang Sangat Sedap Dan Pasti Menjadi
Olahan Resepi  : Cik Matahariku
Bahan-Bahan Untuk Doh ( dapat 20 pcs bun)
5 cawan tepung gandum
2 sudu besar buttercup
3 sudu besar gula halus
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
Bahan-bahan Untuk Yis ( Kembangkan yis)
1 paket instant yeast
2 sudu makan gula halus
2 sudu makan susu pekat/ susu cair
1 cawan air suam
Bahan Filling:
1/2 blok salted buttercup 
( potong kiub dan masukkan dalam doh yang hendak dibentuk bulat )
Bahan Topping
3 sudu teh nescaffe
1/2 cawan buttercup
1/2 cawan gula halus
1 biji telur
3/4 cawan tepung gandum
Piping beg untuk piping topping atas bun

 Roti Boy sebelum saya masukkan dalam oven. 

Selepas dah keluar oven. Dah gebus sangat, bila kembang dok berhimpit-himpit dalam tray.Kalau korang nak Coffee bun yang lawa, manalah tahu kan, nak hanto kat bakal mak mertua, korang buatlah jarak-jarak time susun dalam tray tu.Barulah dia jadi cun kembang seketoi-seketoi.Satu lagi tips, kalau korang nak bun tu penuh dengan colour coklat covered sampai bawah, buat topping dia sampai separuh bun atau lebih sikit.Nanti bila dalam oven, dia akan covered seluruh badan bun yang kita kasihi ni.ewahh.

Cara Menyediakan Mexican Coffee Bun yang sangat sedap dan lembut gebus
  1. Sediakan bahan-bahan untuk kembangkan yis.
  2. Dalam bowl lain, masukkan tepung gandum dan bahan-bahan untuk buat doh.
  3. Selepas yis dah kembang atau berbuih, masukkan larutan tersebut sedikit demi sedikit ke dalam tepung.Uli tepung hingga sebati.Saya guna mixer untuk uli doh supaya lebih cepat lembut dan gebu.
  4. Apabila doh sudah lembut dan elastik, biarkan sehingga 40-45 minit atau sehingga doh mengembang dua kali ganda. Balut bowl doh dengan plastik wrap atau penutup yang sesuai.
  5. Sementara tunggu doh mengembang, boleh siapkan topping pula.
  6. Sebelum buat topping, serbuk nescaffe tu larutkan dengan 3 sudu teh air suam atau panas.
  7. Mulakan buat bahan topping dengan masukkan butter dan gula dan kacau dengan menggunakan spatula.Kemudian bila dah creamy, masukkan telur, serbuk nescaffe dan akhir sekali tepung gandum.Kacau hingga sebati.
  8. Masukkan dalam piping beg dan simpan sekejap dalam chiller.
  9. Untuk bahan filling pula, sebenarnya ada banyak pilihan dan cara.Saya for sure akan pilih cara yang paling mudah iaitu gunakan salted buttercup, potong kiub.Kemudian bila kita nak bentuk bulat doh, ambik seketoi kiub dan masukkan dalam doh, setel.hehe.
  10. Selepas dah masukkan filling, biarkan doh mengembang sekali lagi.Bila dah mengembang sekali lagi, barulah buat topping bun.
  11. Sebelum bakar bun, pastikan tray dah alas dengan baking paper ya. Boleh bakar pada suhu 170 darjah dalam masa 20-25 minit atau ikut kepanasan oven masing-masing.
  12. Keluarkan dari oven dan biarkan seketika sebelum disimpan dalam bekas kedap udara atau boleh dihidang bersama nescaffe panas atau Kopi panas kaw.ahaks.
Step By Step Buat Mexican Coffee Bun Yang Sangat Sedap dan Gebus

 Antara bahan -bahan yang digunakan untuk buat Roti Boy @ mexican Coffee Bun-Bahan-bahan ini termasuk untuk buat doh, filling dan topping.Bahan-bahan yang lengkap sila rujuk resepi kat atas ya:)

 Doh yang sudah mengembang sehingga dua kali ganda- jika kita gunakan sukatan bahan yang betul dan yis yang berkualiti, doh akan cepat mengembang sehingga dua kali ganda kurang dari satu jam.Biasanya sekitar 40-45 minit doh boleh mengembang seperti ini. 

Masa ni saya dah masukkan filling dan biarkan doh mengembang sekali lagi.Jangan lupa alas tray terlebih dahulu dengan baking paper atau lenser dengan marjerin supaya roti tidak melekat atas tray. 
Sebaiknya jarak-jarakkan doh ni supaya bila dibakar dia tak akan melekat atau berhimpit-himpit antara satu sama lain. Saya buat macam ni sebab nak buat makan sendiri kat rumah.haha.Kalau dah bukak bakery, saya guna tray besar sikit arr.kiki.

 Sakan doh ni mengembang kann.dah macam tuan tanahnya pulak.ciss.

 Bila doh dah mengembang sekali lagi, bolehlah kita pakat hias dia dengan topping yang buat bun coffee ni gila sedap bau dia. Korang boleh guna pelbagai flavour untuk topping ni ikut kreativiti dan citarasa.Boleh guna kopi jantan, eh! maksud den boleh guna serbuk kopi, nescaffee 3+1, mocca, cappucino dan macam-macamlah.Kita buat dia hokey.

 Sorrylah ya. Den tak biasa buat topping dengan piping beg. Pejam mata jelah tengok corak spiral yang saya buat tu.Ingatkan bila dah bakar corak dia sama jugak macam tu.Rupanya sekali masuk oven, berubah seratus peratus ko.Kalau den tahu, den tepek je topping atas dia.haha.

Orait, my Coffe Bun on the way :) Yay! puas hati bila dia jadik macam ni maknanya confirm Mexican Bun ai menjadi. Tinggal nak tunggu rasanya jap lagi.Korang tunggu eh. Den bagi review baik punya.hoho.

 Taraaa.Suka takk ? Alhamdulillah.Saat yang ditunggu dah tiba.Salah satu moment yang paling saya suka dan bahagia ialah apabila bawak keluar bun atau roti dari dalam oven.Masa ni memang tak tunggu lama saya akan ngap terus roti atau bun panas dari oven.Inilah impian saya sebelum pandai buat bun sendiri dulu.Nak makan roti panas dan fresh dari oven sendiri.Syukur.I made it, finally:)

Orait, ini pula rupa dalam roti boy kita. Yang berongga besor tu tempat kita letak filling cube tadi, bila dah masuk oven, dia cair dan inilah juga antara sebab roti kita jadi sangat lembut, sangat sedap dan sangat semualah.heh.

Selamat mencuba :)
Semoga perkongsian Resepi Mudah Buat Roti Boy @ Mexican Coffee Bun Yang Sangat Sedap, Lembut Dan Pasti Menjadi Dengan Sukatan Cawan ini dapat membantu readers atau peminat Mexican Coffee Bun.yeahh.

Post a Comment

23 Comments

  1. yg penting rajin but roti boy tuuu., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, buat apa pun, kalau tak rajin memang takde hasil dan menjadi..hehe..

      Delete
  2. T.kasih atas resepi...nanti saya cuba.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sis klo sy pki tepung roti boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm sis, boleh juga pakai tepung roti ganti tepung gandum..

      Delete
  4. kalau pakai kopi yg biasa boleh ke puan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sis, bancuh dulu ya dengan air baru campur dengan bahan topping dia..

      Delete
  5. Puan, klau x nak kopi, nk flavor butter sahaja kna buat toping jgk ke? Xpyh letak kopi je la kan. Atau mcm mn. Sy suka mexican bun yg butter.

    ReplyDelete
  6. ya puan.Buat filling butter sahaja kalau puan tak suka letak topping coffee.tq bertanya puan ..:)

    ReplyDelete
  7. Terima kasih puan untuk resepi roti, saya dah cuba dan menjadi cuma saya tak uli sampai lembut , tapi masih jadi minta halal resepi nya, sedap sngt..

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah, terima kasih cuba resepi ni.Memang penat sikit kalau nak buat roti bila part uli doh tu..hehe..takpe, practise make perfect! memag sedap mexican bun ni..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah sy dh cuba..rotinye lembut..terima kasih ats perkongsian resepi...cuma topping tu bila sjuk jd melekit lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, topping tu sedikit melekit bila dah sejuk sebab kita ada guna gula sebagai bahan topping, tu yang jadi cam tu..

      Delete
  10. Assalamualaikum, kalau guna mixer untuk uli tepung tu berapa minit ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm sis, kalau guna mixer, boleh uli doh sekitar 10 ke 15 minit, dengan kelajuan sederhana atau medium ya.

      Delete
  11. kenapa mase baking tu takde naik bau yg wangi macam kat kedai huhuhuhu rse tk puas hty bile tak naik bau tu , roti okay menjadi sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis, terima kasih sudi cuba resepi di blog ini :) saya tak pasti pulak kenapa roti boy puan tak naik baunya semasa dibakar, kalau ikutkan, kalau kita buat roti bun biasa pun baunya boleh naik..hehe..kalau puan nak bau lebih kuat, boleh tambah esen vanila time buat topping dia atau lebihkan sedikit sukatan nescaffe.InshaAllah:)

      Delete
  12. sis nak tanya api atas bawah kw

    ReplyDelete
  13. salam sis , nak tny , guna butter salted atau unsakted ya

    ReplyDelete
  14. Terbaik ...lelaki pun boleh try buat, guna resepi ni. Hujung2 minggu nk hilngkn boring. Almklumlah, hidup mmbujang. Kalau mnjdi, dpt lh juga menyantap dgn family sibling.

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!