Kek Paddle Pop Cheese Viral Resepi Azlina Ina

As Salam,
Kek Paddle Pop Cheese Viral ni sebenarnya antara jenis kek yang tengah hot jualannya sekarang.Saya agak ramai bakers tak menang tangan ambik order kek Paddle Pop Cheese ni kann. Saya pula dikelilingi rakan-rakan di maya atau luar maya yang semuanya taukey kek.Jadi, bila kita scroll fb, insta atau whatapps stories, semuanya akan share kek jenis ni. Setakat ini boleh tahan lagi, belum rasa nak makan lagi.InshaAllah, kalau teringin nak makan nanti, saya dah tahu nak cari siapa.haha.

Kek Paddle Pop Cheese Viral Resepi Azlina Ina- kek ini dijual pada harga RM25 satu bekas sq450 di kedai Red House Bakery Azlina Ina, Setia Alam.

Haih, siapalah yang tak terliur kalau tengok kek paddle pop cheese yang melting cam ni.Rasa nak cari sekarang jugak kek ni.huwaaa.

Sempatlah juga saya google dan cari resepi Kek Paddle Pop Cheese ni.Alhamdulillah.Nampaknya resepi ini dikongsikan oleh Tauke kek yang kini dah jadi jutawan tau.Jom kita tengok resepi kek Paddle Pop ni.Mesti korang pun tercari-cari resepi kek ni kann.


Resepi Kek Paddle Pop Cheese Viral Resepi Azlina Ina
Sumber resepi : Azlina Ina
Nota : Bahan-bahan dibawah ini adalah bahan untuk buat basic kek paddle pop iaitu Kek Vanila . Dengan bahan ini, kita dapat hasilkan sehingga 10 bekas square.
Bahan-bahan
5 biji telur
1 cawan gula halus
1sb ovalate
1sb creamy vanila(perisa ikut selera masing-masing)
mix sebati sampai gebu
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1sk soda bikarbonat
( ayak tepung gandum dengan baking powder dan soda bikarbonat)
Kemudian, masukkan tepung dalam adunan telur sedikit demi sedikit sampai habis.
Akhir sekali, matikan mixer dan tambah 1/2 cawan minyak jagung.
Kacau rata.
Jika guna bekas SQ450 kukus 8-10 minit
Belahkan 3 kek untuk letak di bekas yang akan digunakan nanti.

Gabungan warna kek paddle pop ni memang nampak soft je kann.kek ni buat kita feel macam makan ais krim paddle pop gitu :)


Tips Buat Kek Paddle Pop Cheese :
  1. Warna jangan lebih 4 nanti jadi caca marba Samada nak letak dalam adunan cheese perasa creamy vanila 1 sb blend sekali atau bahagikan warna baru letak perisa lain-lain. Contoh ungu yam atau bluebery,pink strawbery, kuning pisang,biru laici,plain cheese
  2. Letak pewarna biar setitis demi setitis sebab tak nak warna terlalu pekat.
Resepi Cheese
500g cream cheese
1 cawan susu pekat @1/2 tin
1 1/2 cawan whipping dairy
1 cawan susu segar (ikut cawan jadi tambah 1/2 cawan dulu blend kalau pekat baru tambah lagi)
Mix sebati @ blender sebati
Kalau blend tercair boleh masuk chiller 1 jam nanti dia pekat atau kalau terpekat boleh tambah susu segar.
Nota untuk jenama bahan-bahan yang diguna :
Cream Cheese - Dairyland / Royal Victoria / Tatura
Susu Pekat - Dairy Champ
Susu Segar - Dutch Lady
Whipping Cream - Royal Victoria / Emborg

Jika ada readers yang memerlukan step by step atau langkah-langkah menyediakan kek paddle pop cheese ini, boleh tengok cara membuatnya di sini :
Selamat mencuba semua:)




Post a Comment

0 Comments