Langkah Demi Langkah Buat Kek Paddle Pop Cheese Viral Resepi Azlina Ina

 As Salam,

Langkah Demi Langkah Buat Kek Paddle Pop Cheese Yang Viral Macam Ais Krim Paddle Pop-Ramai yang tidak sangka rupanya kek Paddle Pop Cheese yang sedang viral tu sebenarnya adalah kek Vanila kukus didalamnya, tetapi hasil kreativiti bakers, maka ia digabungkan dengan cream cheese yang diperisakan dengan pelbagai flavour yang disukai.Tambah lagi dengan pilihan warna yang "soft" dan menarik perhatian, kek ini terjual dengan sangat laris dikalangan bakers tempatan.


Kek ini dijual bermula harga RM 10 untuk satu bekas sq 450, namun tidak dapat menandingi harga yang dijual oleh Jutawan kek Saudari Azlina Ina.Beliau yang mengakui menggunakan bahan premium, menjual kek Paddle pop Cheese kayangan ini pada harga RM 25 di bakeri beliau yang terletak di Setia Alam.

Ramai kalangan pelanggan beliau yang berebut-rebut memiliki kek nan satu ini-Terbaik marketing Azlina Ina ni.Dengan perkongsian resepi beliau, kek ini berjaya dihasilkan sendiri oleh bakers tempatan dan turut menjual kek yang sama namun pada harga yang lebih rendah.


Kali ini, saya kongsikan pula langkah demi langkah cara menghasilkan kek Paddle Pop Cheese dalam blog dengan tujuan untuk memanjangkan resepi percuma daripada saudari Azlina Ina.Harapnya mak-mak semalaya atau geng anak dara yang baru nak belajar cari duit poket boleh buat sendiri kek paddle pop ni sementara tengah high demand kat pasaran.yeahh.Jom kita tengok cara membuatnya.


Sebelum tu, kalau korang nak resepi yang details, boleh tengok kat sini ya : Resepi kek Paddle Pop Cheese Kayangan Azlina Ina-


Langkah Demi Langkah Buat Kek Paddle Pop Cheese Yang Viral Macam Ais Krim Paddle Pop


  1. Langkah 1
Ini rupa kek vanila yang dah siap kukus dalam bekas sq 450.Kek Vanila ni kita kena potong kepada tiga bahagian dan letak ke dalam bekas yang kita nak transfer utk jual atau makan.

cream cheese yang sudah diperisakan dengan perisa pilihan.Oleh sebab namanya kek paddle pop cheese, maka haruslah warna pilihan korang yang mirip-mirip kaler ais krim paddle pop tu.Barulah kek korang menjadi dari segi rupa dengan jayanya kann.heh.


Curah cream cheese utk base dia dengan kaler yang korang sukai.Sebenarnya kalau ikut Azlina Ina, nak cantik biarlah kaler kuning hok paling cerah ni yang bawah atau atas sekali.Tapi mana-mana pun boleh.Kita orang yang tukang beli ni, kalau benda sedap, memang tak tengok dah kaler-kaler tu semua.hihi.

Step seterusnya, letak kepingan kek vanila yang kedua, curah pulak dengan cream cheese kaler pink.lawa kan.

Layer ketiga, letak kepingan kek vanila kukus yang ketiga dan curah pulak cream cheese yang kaler biru.Ah, complete sudah kek paddle pop kita.Cuma belum buat lorek-lorek je lagi.

Okey, sekarang masanya untuk kita tepek kat layer paling atas dengan tompokan cream cheese pelbagai perisa.Boleh tiru yang macam ni untuk para beginner.Yang dah expert tu, korang cubalah buat style sendiri dehh.

Tips nak dapat corak yang lawa camni, korang boleh gerakkan lidi yang buat lorekan tu dengan buat style hurus S atau O.Mudah bukan?

Akhir sekali, kalau bajet lebih, korang boleh tabur dengan sprinkle star.Kalau ikut taste saya, kita tabur kekacang atau badam pun sodap ni.hehe.Kita buat dia kan.Tapi Chef Azlina Ina pesan, jangan tabur ceddar cheese nanti jadi comot pulak korang punya kek paddle pop tu.Ikutlah tips yang chef korang bagi tu.Nak kaya  cam dia kann.hihi.


           
klik banner untuk dapatkan panduan dan tips memulakan perniagaan bakeri hanya dari rumah.Buat bisnes bakeri seperti kek paddle pop cheese ni tidaklah sesukar mana.Yang menjadi cabaran ialah apabila kita menjual kek yang sama dengan orang lain, macam mana kita boleh lalui cabaran ini dengan tips yang diberikan dalam e-book tersebut.



Orait, selamat mencuba guys. Selain  kek paddle pop cheese ni, kita juga boleh hasilkan kek marble paddle pop cheese, kek kukus paddle pop dan macam-macam lagi dengan berasaskan warna paddle pop sahaja:)



Post a Comment

2 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!