Resepi Rendang Kerang Yang Sangat Sedap dan Mudah Di sediakan Di Rumah

 As Salam,

Resepi Rendang Kerang Yang Sedap dan Mudah Disediakan Di Rumah-Yeahh. Kita sudah berada di Syawal ke-9 hari ini.Sekejap betul rasanya.Padahal puasa sunat enam syawal baru buat dua hari.Nampak nau fefeling raya ko tak habis lagi kann. Mood nak beraya, memang tak dapatlah kan.Sudahnya ambik mood raya kat makanan jelah.Lepas tu bising kata tak kurus-kurus.Den lah tu.


Resepi rendang kerang yang sangat sedap dan mudah
Rendang Kerang yang Sangat Sedap versi Cik Matahariku. Saya dan keluarga penggemar masakan pedas, jadi rendang kerang ini memang versi yang pedas tapi tetap sodap.heh.

Sebenarnya rendang kerang bukanlah menu utama di rumah saya.Bila si Ayah request buat breakfast hari esoknya dengan Nasi Lemak dan Rendang kerang, anak-anak elok pulak bertanya, rendang kerang tu camno mama? Saya pernah kongsi sebelum ini, masakan rendang ibarat menu ekslusif di rumah saya sebab hanya jika ada perayaan atau permintaan sahaja baru saya memasaknya.ceh.


rendang kerang resepi Cik Matahariku
Selalunya jika saya dan Encik Suami breakfast diluar, dan bila kami makan nasi lomak, kami memang akan ambil rendang kerang bersama sambal nasi lomak.Alhamdulillah, walaupun PKP, moment makan nasi lomak bersama rendang ayam tetap dapat saya sediakan untuk Encik Suami tersayang.ewahh.kemain ko.


Tapi kali ini saya berbesar hati untuk menyediakan rendang kerang sebab memang saya juga menyukai rendang kerang yang dimakan bersama Nasi Lomak.Hal anak-anak yang tak biasa makan rendang kerang ni, saya dah sedia buat back up dengan masakkan juga untuk depa Sambal tumis ikan bilis.Jadi, biar saya kongsikan dulu resepi saya buat rendang kerang yang sedap yak amat ( sebab saya sendiri yang masak.haha.)


kerang masak rendang yang sedap
Gambar ini tatkala rendang kerang masih sedang dimasak.Kuah rendang pun masih belum memekat.Masa ni aroma rendang dah tersebar ke pelusuk alam rumah saya.Sapa yang masih tido, boleh terbangun lah dibuatnya.haha.


Resepi Rendang Kerang Yang Sangat Sedap dan Mudah Disediakan

Sumber resepi : Cik Matahariku

Bahan-bahan :

1 kilo kerang yang dah sedia direbus. ( Saya guna kerang yang instant dah buang kulit bagai )

Setengah cawan santan ( saya guna santan Kotak brand Kara )

4 sudu makan kerisik

3 sudu makan cili kering yang dah sudah blend.( Kalau suka pedas, boleh letak lebih )

Garam, gula secukupnya.

Asam keping ( 2 keping kecil )

Air suam/ air masak 1 cawan

Bahan-bahan untuk dikisar :

2 inci halia

1 inci lengkuas

1 inci kunyit hidup

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

10-15 tangkai cili padi ( kalau suka pedas )

2 batang serai

1 labu bawang besar ( dihiris)

Daun limau purut dan daun kunyit yang secukupnya ( dihiris )

Minyak masak yang secukupnya.


kerang masak rendang resepi paling sedap dan mudah
Gambar ini apabila kuah rendang dah memekat dan terbit minyak.Masa ni dah boleh tutup api dan angkat rendang kerang untuk dihidang :)


Gambar rendang kerang yang sedap dan cantik
Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah.Saya bukanlah pandai sangat masak, tapi bolehlah jika masak untuk keluarga dan anak-anak.heh.Bila resepi atau masakan yang saya sediakan sedap, saya akan cuba usahakan untuk dikongsikan bersama pembaca blog supaya jika ada kalangan readers yang baru nak belajar buat rendang kerang, mereka boleh dapatkan resepi dan caranya di Blog Cik Matahariku :)


Cara Menyediakan Rendang Kerang Yang Sedap di Rumah

1. Cuci dan toskan kerang yang sudah direbus.


2. Panaskan minyak dan masukkan hirisan bawang besar. Biarkan sehingga naik bau.


3.Masukkan bahan-bahan kisar.Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan cili kering blend. Biarkan seketika hingga sebati dan terbit minyak.


4. Masukkan kerisik dan santan juga air suam atau air masak. Diikuti asam keping.Biarkan seketika hingga sebati.Akhir sekali masukkan kerang yang sudah direbus.


5.Bila kuah rendang dah semakin pekat, masukkan daun kunyit dan daun limau purut.


6.Biarkan rendang sehingga kuah memekat, hingga terbit minyak.Gunakan api sederhana atau kecil sahaja.Masak rendang ini tidaklah perlu lama seperti kita masak ayam atau daging.Lagipun kerang dah sedia direbus jadi kita hanya masak kerang untuk sebatikan rasa rendang dan hingga dapat kuah yang pekat.


7.Bila kuah dah pekat, dah terbit minyak, bolehlah diangkat rendang kerang dan dihidang.


Selamat mencuba guys!





Post a Comment

2 Comments

  1. Masa first raya hari tu pun Syu buat rendang kerang. Asyik rendang ayam je...jemu jugak kan😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh..rendang kerang sama jugak rendang lain, memang sedap kalau buat cicah lemang atau pulut..

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!