Breaking

Sunday, June 20, 2021

Resepi Cara Masak Kari Daging Kambing Yang Pekat Tanpa Santan Dan Pasti Sedap Ala Mamak Style

 As Salam,

Dengan Bismillah,

Resepi Cara Masak Kari Daging Kambing Tanpa Santan Yang Pekat Dan Pasti Sedap Ala Mamak Style. Entri masak-masak ni sebenarnya entri throwback gitu.Saya masak menu ni untuk makan tengahari hari semalam. Weekend kan.Kita masaklah hok yang heavy sikit untuk bapak dan anak bapak makan tengahari.Lebih tepat lagi, bapak anak yang request menu ni.Haruslah kita usahakan ianya menjadi dengan jayanya.

Kari Daging Kambing mamak style.Ini cara saya masak kari Daging kambing yang pekat tanpa santan.Bagi saya, untuk masakan daging seperti kari kambing ni, memang lebih sedap kalau dapat yang pekat dengan campuran bahan rempah yang banyak. 

Encik Suamiku kerap request menu kari kat rumah ni.Saya agak dia dah kena manderem dengan resepi kari saya.haha.Dalam seminggu, pasti ada ulangan menu kari.Kalau tak daging kari atau ayam, ikan pun harus dikarikan jugak.mueheh.Bersyukurlah ya.Untung dia mintak benda yang kita mampu sediakan.Kalau menu yang level tinggi lagi, memang mampu order jelah.hiks.

Alhamdulillah.Syukur dapat sediakan menu permintaan Encik Suamiku:) Marilah kita sama-sama cuba dan masak sendiri Kari Daging Pekat tanpa santan mamak style.yeahh.


Marilah kita teruskan kepada tujuan entri kita pada kali ini ya Ibu-Ibu semua.InshaAllah, resepi yang saya kongsikan ini adalah masakan kari pertama yang saya kongsi dalam Blog Cik Matahariku. Kalau tak silap saya, saya pernah kongsi kari ikan senangin sebelum ini.Tapi yang ini kita masak Kari Daging Kambing pulak ya.Jom, tengok resepi dulu.


Resepi Cara Masak Kari Daging Kambing Tanpa Santan Yang Pekat Dan Pasti Sedap Ala Mamak Style


Sumber Resepi : Cik Matahariku

Bahan-Bahan Utama :

 1 kilo Daging Kambing  siap potong kiub

3 sudu besar kari daging Babas

3 sudu besar cili kering blend

3 sudu makan serbuk ketumbar

1 labu bawang besar saiz sederhana dihiris

5 tangkai daun kari

4 sekawan rempah tumis ( kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, buah cengkih )

Asam keping ( 1 keping )

2 sudu makan kerisik

2 biji kentang dipotong/ belah 4

1 biji tomato belah 4

1 sudu makan cuka (untuk makanan)

Minyak untuk menumis


Bahan-bahan untuk dikisar

5 ulas bawang merah 

3 ulas bawang putih

2 inci halia

1 inci lengkuas

1 inci kunyit hidup

1 sudu teh jintan manis

1 sudu teh jintan kasar


Cara Menyediakan Kari Daging Kambing yang Super Sedap Mamak Style.

Bila minyak dah panas, Mula-mula kita masukkan dulu bawang besar yang dah dihiris bersama rempah empat sekawan dan daun kari.Masak sehingga naik bau.

Kemudian masukkan bahan yang kita kisar seperti bawang, halia, kunyit dan lain-lain.Kacau sehingga semua bahan sebati.Biarkan seketika sebelum kita masukkan bahan lain.

Sebelum masukkan cili kering blend dan serbuk kari, kita biarkan dahulu air lebihan dari bahan yang kita kisar tadi, kering dahulu, barulah kita masukkan serbuk kari.

Kemudian, masa ni bolehlah kita masukkan cili kering blend, serbuk kari dan kacau hingga sebati.Kita biarkan semua bahan ini sebati hingga terbit minyak.Masak sehingga kari dan cili benar-benar masak.Kalau bahan tumisan jadi kering, tambah lagi air sedikit demi sedikit.


Bila bahan tumisan tadi dah terbit minyak macam dalam gambar, barulah kita masukkan daging kambing.Masukkan juga satu sudu teh cuka masakan.Saya dapat petua masukkan cuka dalam masakan daging adalah untuk empukkan daging dan memendekkan tempoh masa kita memasak daging. Boleh juga masukkan kentang time ni. Boleh tambah lagi satu cawan air nak bagi lembutkan daging kambing ni selain penggunaan cuka tadi.

Orait, masa ni kuah kari daging style mamak kita dah semakin pekat.Bolehlah masukkan  tomato dan juga kerisik.

Amacam gais.Suka dak tengok hasilnya? heh.Seperti yang diharapkan, kari daging mamak style ini memenuhi piawian kesedapan Encik Suamiku.ewahh.

Kita bagi close up sikit kari daging pekat style mamak yang telah diusahakan sehingga berjaya oleh Cik Matahariku-Jangan lupa gais hashtag #resepicikmatahariku-hiks.InshaAllah, pasti menjadi.

Kari daging kambing tanpa santan ini juga telah membuatkan anak kedua saya yang tak suka daging kambing akhirnya mengalah dan telah menambah makan nasi akibat tidak tahan dengan kesedapan kari mamak style ni.Kan dah kata, depa ni semua dah kena manderem sebenarnya.haha.


Selamat mencuba semua:)
Kuah kari ni kalau dapat makan dengan lempeng, roti puri, roti canai segera atau roti bomm pun massyuk kan.Jomlah buat!


Terima kasih sudi membaca post ini hingga baris terakhir.Korang memang readers dan followers sejati Cik Matahariku.huwaa.Terharu sangatt!















7 comments:

  1. Aduh sedapnya tengok kari tuh.. pekat melekat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup Dana..memang kari ni pekat melikat walaupun tak guna santan..kena masak sampai betul-betul terbit minyak..barulah sedap kari dia..heh..

      Delete
  2. Daging kambing sesuai masak cara camni. Esok pagi buat chapati atau roti puri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul kak Ina..tak payah tunggu pagi esoknya, sebelah petangnya saya buat roti jala..memang ngam cicah kari kambing ni..

      Delete
  3. Masak kari dengan kuah pekat camni boleh buat tambah nasi berkali-kali ini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..eh..mana tau ni kak..betul2..terpaksa tambah nasi sebenarnya..kiki..

      Delete
  4. Aduhai...hari tu akak grill kambing..ni dah nampak kari kambing plak...sedapnyaaaa....dah la fav akak ni...nak buat style ni la..letak kerisik...

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!

Post Top Ad

Your Ad Spot