As Salam,
Dengan Bismillah,
Popia Sayur Rangup Dengan Inti Yang Sedap- Alhamdulillah.Semalam petang, saya ada buat Popia sayur untuk minum petang sekeluarga.Sejak PKP dan bekerja WFH, rutin makan di rumah saya dah berbeza.Kami tak ambik lunch sebab masing-masing breakfast pun dah lambat, sekitar jam 10 pagi. Saya hanya siapkan makanan Dinner.Makan malam pula kami akan ambil sekitar jam 6 petang. Itupun ikut En Boss kat umah ni.Kalau dia tak mau makan berat, saya akan buat kudap-kudapan ringan sahaja macam Popia sayur ni.Okeylah.Nampaklah rajin sikit kan.kiki.
Sebenarnya, dah banyak kali jugak saya buat Popia sayur ni kat rumah.Pernah sesekali buat popia carbonara,Tapi popia sayur tetap menjadi pilihan anak beranak.Iyelah.Kita masak sedap sangat kan.ciss.Saya akan kongsi resepi yang sama cara saya buat Popia Sayur ni,Korang bolehlah cuba buat sendiri kalau nak try di rumah ya.
Resepi Popia Sayur Rangup Dengan Inti Yang Sangat Mudah dan Sedap
Sumber resepi : Cik Matahariku
Bahan-Bahan :
Cara Buat Inti Popia Sayur Yang Mudah dan Sedap
Bahan-bahan
1 paket kulit popia ( 50 keping )
1 batang timun sederhana besar
1 batang carrot sederhana besar
1 biji sengkuang cina
satu gengam udang kering ( dikisar )
3 biji bawang merah ( dikisar )
2 biji bawang putih (dikisar )
2 biji telur
minyak untuk menumis
Cara Buat Inti Popia Sayur
1. Keluarkan kulit popia siap-siap dari fridge supaya senang kita nak menggunakannya nanti.
2. Sagat timun, carrot dan sengkuang dengan gunakan sagat buat kerepek.
3. Blend atau tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang kering.Boleh letak cili padi kalau suka pedas.
4. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk atau kisar tadi.Kalau ikut saya lagi sedap tumbuk sebab rasa bawang tu asli bila kita masukkan dalam minyak..ikut koranglah kann.
5. Kalau dah naik bau bawang yang ditumis tadi, masukkan segala mak nenek sayur yang disagat tadi.Kalau nak inti yang rangup bila kita makan, tak payah goreng lama-lama.
6. Masukkan gula, garam dan perasakan jika suka.
7. Pecahkan telur dan gaul sebentar.Tutup api.
8 .Letak inti sayur yang dah siap goreng tadi dalam bekas bertapis supaya air lebihan dalam inti sayur tadi dapat ditoskan.Senanglah kerja kita nak gulung popia nanti,Kalau tak toskan inti sayur ni, jadi lembiklah popia korang tu dan tak jadi rangup.
9. Mulalah gulung popia anda sehingga siap satu paket.
10.Lekatkan kulit popia dengan air masak atau putih telur supaya dia tak terbuka time kita goreng nanti.
Cara Buat Sos Cicah Popia Sayur Goreng
Bahan-bahan
2-3 ulas bawang putih
2 biji tomato (dikisar)
1 sudu besar cili kering kisar
Garam dan gula secukup rasa
Cara menyediakan Sos Cicah Popia Goreng
Tumbuk kasar bawang putih.
Panaskan minyak dan tumis bwang putih sehingga naik bau.
Masukkan 1 sudu besar cili kisar ke dalam kuali. Kacau dan tunggu sehingga pecah minyak.
Masukkan tomato yang sudah dikisar ke dalam kuali. Kacau rata.
Masukkan garam dan gula secukupnya. Tunggu sehingga tomato masak dan sebati.
Siap!
Tips Mudah Buat Popia Sayur Super Sedap dan Lebih Rangup
1. Gunakan sayuran yang boleh tahan lama dan tidak mengecut apabila dimasak.Misalnya lebih baik guna carrot, sengkuang atau timun berbanding kita guna kobis atau taugeh.
2. Pastikan inti popia benar-benar kering sebelum kita gulung dengan kulit popia supaya popia lebih rangup apabila digoreng. Kelemahan kulit popia ialah ia akan jadi lembik bila terkena air.Jadi, jangan jangan lupa guna tapis untuk letak inti popia supaya air masakan tadi dapat disejat.
3. Panaskan minyak seperti biasa.Kecilkan api apabila popia sedang digoreng supaya kulit popia yang sebelah dalam dapat digoreng dengan lebih baik.Jangan lupa balik-balikkan popia dalam kuali untuk dapat warna yang sekata.
4. Bahan yang menjadikan popia sayur lebih sedap ialah penggunaan ikan bilis atau udang kering atau telur.Semua bahan tersebut akan menjadikan rasa sayur sedikit berlemak.Kalau nak sayur lebih rangup, jangan masak inti terlalu lama.
Sekiranya ada kalangan pembaca blog ini yang suka buat popia frozen, saya juga ada kongsikan tips dan cara menyediakan popia frozen supaya kekal rangup walaupun sudah difrozenkan.Boleh tengok kat sini : Tips Popia Frozen Kekal Rangup
Orait readers semua,
Selamat mencuba ya!.Doakan saya sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat selalu memberi manfaat kepada sesiapa sahaja :)aamin.
2 Comments
kudapan yg mudah dibuat utk seisi keluarga. cicah dgn sos lada pasti sedap...
ReplyDeletebetul tu sdra, kalau kat rumah saya, makan popia ni tak kira masa, asal teringin pagi atau malam pun depa goreng popia ni sebab sekali buat memang banyak.lepas tu frozenkan.
DeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!