Tips Rancang Family Day Yang Best dan Happening di Homestay Bungalow In A Village, Melaka

 Assalamualaikum,

Hey.korang nak tahu tak, hari ini hari kedua den istiqamah update blog secara berturut.Doa siapalah yang makbul tu kan.hehe.Orait, seperti dijanjikan, hari ini saya nak kongsikan aktiviti Family Day kami sekeluarga sepanjang berada di homestay ini.

Hari kedua di homestay, kami buat sesi bergambar semua ahli keluarga dengan baju sedondon family day.Baju royal blue untuk lelaki dan pink untuk ladies.Family potret kami tak lengkap sebab anak sulung sedang belajar di Asasi Sains di Gambang, Pahang tak dapat sertai program kali ini.

Aktiviti Best Family Day Hjh.Mohayah

Kalau ikut pengalaman saya dan Encik Suami menguruskan Family Day untuk keluarga besar kami, memang perlu ada perancangan teliti dari aspek pelantikan jawatankuasa.Walaupun korang rasa, ala kita buat simple-simple sesama kita, tak payah plan apa-apa, hari kejadian tahulah nak buat apa nanti.Not like that ya gaiss.Simple tips bagi saya, if  kita failed to plan, it means kita plan to failed.Nah gitu.Boleh baca Part 1 Family Day kami di sini : Penginapan Family Day yang sangat Best dan Five star-

Aktiviti dalam kolam selepas selesai acara Hari keluarga.Ni semua geng anak-anak dara dan Maksu.

Pun sama geng boboi.Geng sesama sepupu-Dari cucu mak yang paling sulung sampailah yang hok bongsu, semua ada dalam kolam ni.

Get ready untuk acara straw dan gelang getah.Yang pasti ramai yang mengelat.haha.Semua nak menang.Padahal hadiah yang depa dapat tu nanti sama jugak.hehe.

Take five selepas selesai 3 acara.Bukan peserta yang semput, tapi urusetia yang tak larat layan kerenah peserta muda dan tua yang macam-macam.

warming up dulu sebelum buat aktiviti Hari Keluarga.

Tips Rancang Family Day yang Best dan Happening

Perkara terbaik, sebelum rancang nak pilih tempat atau tarikh, uruskan dulu kapasiti bilangan ahli keluarga kita dan juga peruntukan atau sumber kewangan.Dari situ, barulah senang nak plan lokasi dan jenis penginapan yang setara dengan bajet.heh.Saya ringkaskan dibawah ya :

1. Buat Anggaran perbelanjaan Family Day dari peruntukan kewangan yang ada. Kalau family saya, kami memang ada plan sejak tubuhkan Tabung keluarga, salah satu aktiviti yang nak dibuat ialah Hari Keluarga. Jadi dari segi peruntukan kewangan, bab ini lebih mudah nak buat anggaran perbelanjaan.Kalau tiada peruntukan, mungkin boleh buat collection atau ansuran bulanan setiap ahli samada setahun atau dua tahun sebelum aktiviti hendak dijalankan.

2. Tentukan Lokasi dan Penginapan- Misalnya pemilihan lokasi.Kami pilih tempat yang berada ditengah-tengah antara penempatan ahli keluarga.Selain dapat jimat kos perjalanan atau pengangkutan, ia juga dapat memudahkan semua ahli keluarga ke destinasi percutian.Kemudian tentukan penginapan pula.Nak yang ada kolam, nak dekat pantai atau laut atau nak dalam hutan yang ada air terjun? Kalau berdasarkan situasi, ibu kami sudah agak berusia dan tak larat untuk berjalan atau duduk terlalu lama, ada juga kalangan ahli keluarga yang menghadapi masalah kesihatan seperti slip disc dan bekas pesakit kanser, jadi untuk kali ini kami pilih homestay yang hanya ada kolam dan fleksible untuk ahli keluarga bergerak dalam lokasi.

3.Urusan Makanan-Perbincangan perlu dibuat bagi menentukan urusan makanan ahli keluarga sepanjang bercuti.Mahu masak, tempahan katering atau makan di restoran atau kedai luar?Memandangkan kami berbincang sesama ahli keluarga, semua pun mood bercuti, memang taklah kalau nak masak-masak kan.Tambah lagi ahli keluarga besar, jadi option yang terbaik ialah kami tempah makanan dari katering.Yang ini Encik Suami uruskan dengan owner homestay untuk dapatkan katerer yang boleh ambil order kami selama 3 hari 2 malam menginap di sana.Menu kami sediakan sendiri.Selain itu, hari pertama sahaja kami buat potluck dan buat BBQ dengan menunya juga kami sedaiakan sendiri.

4. Pemilihan Aktiviti Hari keluarga-Aktiviti hari keluarga sebenarnya lebih kepada nak buat aktiviti bonding  sesama adik beradik, biras dan ipar duai serta anak buah dan sepupu sepapat.Boleh fikirkan aktiviti yang sesuai mengikut peringkat umur.Contohnya aktiviti isi air dalam botol dengan span, aktiviti dalam kolam, aktiviti masukkan getah dalam straw, aktiviti berjalan sambil kaki diikat dan banyak lagi.Hadiahnya pula korang boleh pilih yang berpatutan seperti barang-barang di kedai ECO atau DIY.Boleh juga buat sambutan Hari Lahir untuk semua ahli keluarga, Cabutan bertuah dan pertukaran hadiah dengan bajet tertentu.

5. Pelantikan AJK Hari Keluarga-Part ini taklah wajib tetapi sangat membantu jika kita mahu kelancaran program Hari Keluarga kita.Untuk family Day sebelah kami tempohari, saya memang wujudkan AJK seperti Penginapan, Makanan, Pakaian, Kerohanian, Keselamatan, Sambutan Hari Lahir, BBQ, Hadiah dan boleh tambah mengikut keperluan.Yang menariknya, kita akan rasa kebersamaan apabila semua ahli keluarga dapat berperanan dalam penganjuran Hari Keluarga.

Sambutan Hari Lahir yang kami buat pada sesi minum petang hari kedua di homestay.Sangat meriah dan kek pula disponsored oleh Kak Uda.Bukan kek biasa-biasa okey, kek premium semuanya, macam kat hotel five star.Ini grup cucu-cucu Hajah Mohayah:)

Alhamdulillah, kami 7 beradik dengan bonda tercinta. Abang Long sebelah kiri sekali anak pertama, dan adik bongsu Adik Zack.Kami 5 beradik perempuan diapit oleh lelaki-lelaki penjaga syurga kami.hiks.

Geng birass.Untunglaa kan dua ketoi je pompuan tu.Mak Long dan Mak Usu.

Eh, ni bukan saya dapat hadiah ya.Ni sesi bertukar hadiah.Kak Ngah yang dapat hadiah saya.Paling seronok sebab kak Ngah bagitahu dari awal memang dah aim hadiah tu.bukan tupperware ya, tipuware je.hehhe.

Keluarga kami kena jadi penyampai hadiah kepada si montel Haykal. 

Dapat cabutan bertuah Milo satu pack 2 kilogram.Memang jadi rebutan juga pack Milo ni.Rezeki Syamila dapat cabutan bertuah ni.

Sebenarnya, memang biasa bila kita buat aktiviti berkumpul seperti ini, pasti ada yang tidak dapat beri komitmen kerana kekangan kerja, belajar atau masalah kesihatan.Tapi saya sangat bersyukur apabila hanya 3 orang ahli keluarga yang tidak dapat sertai program kali ini kerana masing-masing komitmen belajar.

Syukur.Hari keluarga kami berjalan lancar, Cuaca terang benderang. Cucu-cucu mak pun dapat mandi kolam dengan sepuasnya. Semoga kami direzekikan dapat bersama-sama lagi dalam acara keluarga seperti ini.aamin.

Post a Comment

2 Comments

  1. Tempat yang ada kolam renang dah jadi pilihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul WP, budak suka orang dewasa pun senang nak jaga sambil sembang-sembang tepi kolam..hehe..

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!