Post Throwback : Selamat Hari Guru Buat Semua Rakan Pendidik Guru

 Assalamualaikum.

Terima Kasih Mei yang Membahagiakan-Alhamdulillah.Jarang-jarang saya dapat alert dan menulis bila sampai penghujung satu-satu bulan.Bulan Mei ni agak kebetulan hujungnya jatuh time cuti sekolah.Kena pulak mood berblog tengah on top.hahaha.Yang sebenarnya ko takdak idea nak menulis apa walhal bahan cerita punyalah banyak.

Senang cerita, bulan Mei ni ada beberapa hal yang saya terlibat dan menjadikan sebagai bulan paling busy bagi diri saya.Syukurlah bila sibuk dengan kerja, berbanding sibuk cari kerja.huhu.Zaman di mana orang lain pun dah buat lebih dari satu kerja kan.

Selamat Hari Guru Tahun 2024

Secara peribadi, saya mula menjadi guru sebaik tamat belajar degree.Masa tu tak konvo lagi.Sekitar tahun 2000. Masa berlalu.Selepas saya sambung belajar mengambil KPLI, saya mula menyambung perkhidmatan sebagai guru di sekolah kerajaan.Diam tak diam, dalam tempoh itu, saya rupanya sudah pun bergelar guru selama 24 tahun.Lama jugak kan.Kalau dalam goverment, lagi 6 tahun, cukup haul dan boleh apply bersara awal.hehe.

Sambutan Hari Guru di sekolah dengan tema Back To school. Tema ni paling senang dan jimat sebab saya tak pening nak plan pakai baju apa atau nak siapkan aksesori apa2.Semuanya saya pinjam baju sekolah anak yang no.3.Beg sekolah je tak pinjam, sebab saya memang ada beg sendiri buat simpan laptop.Hadiah Encik suami sebab dapat no. satu periksa akhir tahun.haha.

Bila pakai baju seragam sekolah, automatik rasa dan berjiwa muda.Haha.Padahal memasing dah jadi omak.Sekali sekala dengan kawan-kawan sekolah kita melaram dengan baju sekolah.Dulu masa sekolah, kalau boleh sibuk nak pakai baju biasa sebab malas nak iron baju tiap hari kann.kihkih.

Bersama anak-anak pengawas tahun 2 dan 3.Cikgu korang pun dah macam ketua pengawas la nengoknya.Budak-budak ni suka la tu tengok cikgu depa pakai baju seragam dah sama dengan dia orang.Bagi chance ya anak-anak.

Masa ni kitonyo duty jadi emcee majlis sambutan Hari Guru.Ni semua geng-geng PA system n Montaj.Masa kita on duty masa tulah cameraman ambik gambo.Pasrahlah.Macam kita terpaling jadi emcee gamaknya.haha.

semoga ukhwah dan persahabatan kami di sekolah berpanjanagan dan doakan kami dapat jadi guru yang dedikasi, ikhlas berkhidmat dan sedia berkorban demi nusa dan bangsa.aamin.
 
Terima Kasih Guruku
Selama bergelar guru, memang banyak hal yang meruntun jiwa saya sebagai guru.Ada masa kita bersemangat, ada masa kita rasa nak berhenti kerja.Namun itu semua, bukanlah penamat selagi kita insaf dan ikhlas dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab.

Saya memilih untuk sabar dan ikhlaskan diri.Ada satu kalimat yang bekas anak didik saya hantar dalam wassap kepada saya pada hari sambutan Hari guru yang lalu.Dia mengirim doa dan ucapan yang panjang buat saya.Syukur dapat anak murid yang soleh, baik dan mengingati gurunya.

Dihujung ucapannya, saya tersentuh apabila satu baris ayat ini ditulisnya.
TANPA GURU, TIDAK KU KENAL TUHANKU...

Sebaris ucapan itu, menyedarkan saya bahawa itulah tugas sebenar seorang guru.Bukan hanya mengajar ABC atau 123, lebih berat dan besar dari itu, aku disini kerana amanah mengenalkan Tuhan kepada anak-anak kecilku.Semoga ALLAH permudahkan urusanku dunia dan akhirat.aamin.

Selamat Hari Guru, Guruku
Cik Matahariku

Post a Comment

2 Comments

  1. selamat hari guru awak...

    masa dengan pegawas tu awak kira ketua pengawas lanjut usia lah ye hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas ucapan, saya mak-mak pengawas..gituu.

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!