Resepi Cucur Sayur Bilis Lebih Rangup dan Sedap Dimakan Begitu Saja

Dengan Bismillah 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Resepi Cucur Sayur Bilis Lebih Rangup dan Sedap Dimakan Begitu Saja-Alhamdulillah.Dah lama saya teringin nak kongsi dalam Blog ini, resepi cucur sayur terbaharu yang saya dapat dan saya dah cuba sendiri, tapi tulah.kitonyo kalau sibuk kat sekolah, memang tak sempat nak berblog bagai. 

Close up Cucur sayur bilis yang rangup diluar dan lembut didalam.Entah berapa puluh kali saya buat cucur dengan resepi ini, memang terbaik hasilnya.Kalau kita tukar jenis sayur pun takde masalah.yang penting bahan rahsia dia ialah gabungan tepung gandum, tepung beras, baking powder.Selain itu, bahan sayuran dan penggunaan bahan kisar juga menyebabkan cucur kita lebih "berasa" sedapnya.Masya Allah.

Pertama kali saya cuba resepi ini, masa ada program perkhemahan kat sekolah.Masa tu saya salah seorang pembantu Fasilitator. Antara tugasan lain semasa camping tersebut, ada slot masakan chef cilik.Menunya hidangan petang dengan tema Cucur. Nampak simple, tapi pada saya benda simple ni lah paling susah kalau dibuat pertandingan.Kena ada faktor X atau lebih istimewa, sebab cucur ni makanan harian semua orang kat Malaysia kot.haha.

kemain presentation kami masa pertandingan cucur kat camping sekolah tempohari. Kumpulan kami dapat nombor 2 bukan sebab cucur tak sedap tau, tapi sebab dapo kayu kami tak hidup dan kami terpaksa goreng kat portable gas.Aduhh.Kurang markah tang situ je.hihi.

Kenangan bersama anak-anak camping tempohari.Budak-budak ni pakat berebut habiskan cucur yang kami sediakan sampai tak cukup dibuatnya.kesian pulak tengok memasing macam kebulur.hehe.

Kat rumah saya sendiri pun, cucur sayur ni most favourite En Suami.Kalau dia teringin, tak semestinya time minum petang, pagi atau malam pun dia boleh request cucur ni. Nasib pulak kita ini pun biasanya kalau sekali membancuh cucur sayur ni, saya akan buat banyak terus.Bila-bila nak makan, kita gorengkan je.Setel.
Cucur Sayur dengan resepi ini sedap dimakan begitu sahaja tanpa perlu sos pencicah.
Bahan kisar yang kita masukkan dalam adunan sedikit sebanyak menjadikan cucur sayur kita lebih sedap dari yang lain. 

Resepi Cucur Sayur Bilis Lebih Rangup dan Sedap Dimakan Begitu Saja

Sumber Resepi : Adik Foods
Dicuba oleh : Blogger Cik Matahariku

Bahan-bahan utama :
Tepung Gandum ( cap ros ) 2 cawan
Tepung beras 1 cawan
Baking Powder 1 sudu teh
Garam dua sudu teh
Gula 2 sudu teh
Bahan perasa 1 sudu teh
Air sejuk 2 cawan ( boleh tambah ikut kesesuaian adunan )

Bahan-bahan sayuran :
sebiji kentang saiz sederhana di sagat halus
separuh carrot disagat halus
Daun kucai secukupnya 
Satu labu bawang holland dihiris
4 batang sosej dihiris/ crabstick/ udang segar

Bahan-bahan dikisar :
bawang merah dua ulas
ikan bilis secukupnya
dua tangkai cili merah/ hijau

Cara Menyediakan Cucur Sayur Yang Rangup diluar dan Lembut di dalam :
1. Sediakan bahan utama dalam bekas yang sesuai, lebih besar lagi bagus sebab mudah nak bancuh adunan dengan bahan sayuran yang agak banyak.
2. Masukkan bahan sayuran dan bahan kisar dalam bekas tadi.Gaul semua bahan supaya sebati.
3. Masukkan air sejuk dan bancuh adunan secara berdikit-dikit.Jangan tuang semua air ke dalam bekas.
5. Cara nak pastikan adunan dah sesuai untuk digunakan ialah bila kita angkat dengan sudu, adunan tersebut tak menjadi berat sangat. Dia ringan tapi tidak terlalu cair. 
5. Sediakan minyak untuk menggoreng.Pastikan minyak betu-betul panas, barulah masukkan adunan cucur. bila dah masukkan adunan dalam kuali, kecilkan api sedikit supaya cucur masak sekata.

Bab buat cucur ni kadang kita buat dia jadi liat bila dah sejuk kan? tapi dengan resepi ini, saya dapati cucur yang saya buat walaupun dah sejuk tetap lembut dan enak dimakan begitu sahaja. Korang kena cuba tau.InshaAllah pasti tak mengecewakan :)

Orait, sampai sini dulu. Kalau korang ada yang mencuba buat cucur sayur dengan resepi ini, jangan lupa share pengalaman kat post ini ya.Kita nak tau berjaya atau tak korang buat cucur sayur yang memenuhi citarasa kami sekeluarga :)

Cik Matahariku,
Tanpa cucur yang sedap apalah ertinya gorengan tepungmu itu.haha.



Post a Comment

0 Comments