Entri Nuffnang Pancing Traffik ke Blog

Dengan Bismillah,
Dua tiga hari selepas saya menulis entri tentang kejakunan saya mendapat Buffered Earnings atau CPUV di blog, saya dapati rupanya bukan saya sahaja yang jakun, malah ramai lagi blogger yang turut menulis entri yang lebih kurang sama. Apa yang menarik bagi saya ialah, saya dapati entri yang ditulis berkaitan BE, CPUV atau Nuffnang nyata mengundang dan memikat pelawat datang ke blog untuk membaca dan mengetahui lebih lanjut akan entri tersebut.
Gambar sekadar hiasan
Entri Nuffnang Pancing Traffik ke Blog

Jika anda termasuk dalam geng blogger yang suka kongsi jumlah CPUV yang anda dapat dengan kawan-kawan blogger, anda memang bijak dan kreatif dalam memilih topik untuk dijadikan bahan atau umpan memikat pengunjung ke blog anda. Lagipun tugas anda mudah sahaja kan? Anda hanya perlu print screen myNuffnang anda di bahagian Earnings, kemudian tunjukkan BE yang anda dapat. Kemudian, cerita sikit dan publish entri tersebut.Ada juga yang cerita berapa banyak dan berapa kali dah cash out pendapatan dari Nuffnang.

Kadang kala sampai rasa jengkel juga hati bila buat story cash out daripada Nuffnang, tak nak share pulak berapa dapat.Sekurang-kurangnya pengunjung dapat buat sedikit target atau andaian berapa banyak side income boleh capai dari Nuffnang ni.Apa pun, terserah kepada niat anda menulis entri tersebut.Mungkin sekadar ingin berkongsi rasa gembira dengan pengunjung di blog.Itu bukan masalah besar kan?
Walaupun ramai yang kata ekau kedekut, tetapi ekau tetap jadi pujaan!
Bagaimana Entri Nuffnang Berkesan Pikat pengunjung ? 

Ada beberapa sebab bagaimana dengan hanya bercerita hal yang sama dengan blogger lain, entri anda tentang Nuffnang tetap akan dibaca oleh para pelawat di blog anda.Walaupun tanggapan saya ini tidak semestinya seratus peratus berkesan, tetapi saya percaya, apa sahaja berkaitan CPUV atau BE dari Nuffnang, boleh menjadi bahan pemikat pengunjung ke blog anda.Edisi Siasat saya ini berfokuskan kepada beberapa kategori pengunjung yang datang ke blog anda dan ingin tahu apa yang anda tulis tentang BE atau CPUV.
  • Kategori Blogger Baru

Tak payah cakap orang lain, saya pada awal mempunyai blog, naik heran dengan           persembahan blog yang saya temui kebanyakannya menampal iklan Nuffnang di blog masing-masing. Tak tahu pun masa tu, bahawa sesungguhnya Nuffnang tu ialah syarikat pengiklanan yang menawarkan iklan secara online di blog.Akhirnya nak tahu punya pasal, saya pi baca semua post di mana-mana blog yang saya singgah yang ada kaitannya dengan Nuffnang. Jadi, moralnya entri berkaitan CPUV ni sangat berguna kepada semua blogger baru yang baru sahaja terjebak dalam blogsphere ni.Betul kan?

  • Kategori Blogger yang Berblog sambil menjana pendapatan
Faktor ini, tentu ramai yang terlibat kan ?. Tak kira anda blogger baru dan lama, sesiapa yang pasang niat berblog sambil cari side income, memang wajib ambik tahu pasal benda-benda yang saya sebutkan.Tak salah pun. Orang tak kreatif dan malas je yang tak ambik pedulik hal ini.Jadi dengan adanya entri yang ada umpan ini memang akan mengundang trafik ribu raban ke blog anda (err..yang ni saya pakai teka je, tak betul untuk blog saya, tapi mungkin betul untuk blog korang...ahaha..).

Apapun, tahniah kepada anda yang sedang membaca entri ke laut saya ni.hehe.Nampaknya saya berjaya memancing anda untuk membaca post saya kali ini hingga ke titisan huruf yang terakhir. Terbaiklah!. Jangan marah. Anda kategori mana ye?lalalala....

Post a Comment

9 Comments

  1. Entri tentang duit memang orang suka baca. Hihi..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih bagi tips. Pernah juga dpt BE...dulu la, skrg ni dah berbulan xmelekat. Tapi bila dikredit jumlahnye skit sgt, xsampai 5sen...huhu

    ReplyDelete
  3. betullah ciklaili,sapa-sapa pun suka kalau bab duit ni kan...hehhe..

    ReplyDelete
  4. sebab tu ada kalangan blogger yang suka buat duit dengan blog berpendapat Nuffnang ni kedekut dan tak berbaloi. Tapi kalau BM tulis blog sebab minat dan sambil tu saja pasang iklan,buat pejam mata je, 5 sen pon, 5 senlah...sikit2 lama2 jadi bukit...:)-

    ReplyDelete
  5. CPUV/BE adalah bonus bagi KA.. yg penting seronok share cerita di blog hehehe

    ReplyDelete
  6. setuju KA,ianya ibarat passive income.Kalau banyak boleh beri passion utk terus berblog dan berkongsi cerita...:)-

    ReplyDelete
  7. hehe..dah baca sampai habis pun entri ni..kan..mmg berguna pun wat entri pasal nuffnang ni..
    tp kan
    mcm m3h ni pun baru je buat blog..cpuv pun baru masuk..itupun puas gak cari ilmu camne nk dptkan iklan cpuv..

    ReplyDelete
  8. hebatlah tu kira, baru buat blog dah boleh dapat CPUV, bagus2..teruskan usaha gigih.Semoga suksess dalam berblogging..:)-

    ReplyDelete
  9. salam ramadan
    kebanyakkan blogger sekarang ni berblog sebab nak dapatkan duit sajer..bukannya minat. tu sebabnya mereka rasa frust bila tak dapat income seperti mana yang diinginkan.
    akak sajer ajer berblog utk suka-suka..bila dapat rezeki syukur alhamdulliah

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!